window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Notis: Penutupan laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 selama 5 jam, setiap hari dari 22 - 26 Jan

Haris · Jan 21, 2022 01:00 PM

Notis: Penutupan laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 selama 5 jam, setiap hari dari 22 - 26 Jan 01

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), gambar hiasan

Laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kilometer (KM) 19.65 hingga KM19.80 ditutup lima hari bagi tempoh lima jam bermula Sabtu ini. 

Penutupan sementara di kedua-dua arah laluan itu ditutup bermula pukul 12.01 malam hingga pukul 5 pagi pada 22 Januari hingga 26 Januari ini.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. memaklumkan, penutupan laluan bagi kedua-dua arah menuju ke Kuala Lumpur dan Klang itu bertujuan memberi laluan kerja pelancaran rasuk jambatan dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Notis: Penutupan laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 selama 5 jam, setiap hari dari 22 - 26 Jan 01

“Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Klang akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Kuala Lumpur. 

“Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Kuala Lumpur akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Notis: Penutupan laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 selama 5 jam, setiap hari dari 22 - 26 Jan 02

Menurut Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd., pengguna Lebuhraya NKVE dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kebarangkalian kesesakan trafik yang tinggi.

“Pengguna di Lebuhraya NKVE dari arah Klang juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Kuala Selangor dan Tanjung Malim untuk menghala ke Utara bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda.

“Pengguna di Lebuhraya PLUS dari arah Utara juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya Latar dan Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Klang dan KLIA untuk menghala ke Klang bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda,” ujarnya.

Notis: Penutupan laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 selama 5 jam, setiap hari dari 22 - 26 Jan 03

Kemaskini terbaru, lebuh raya DUKE di Sek 11 Kota Damansara

Tambah kenyataan itu, pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di beberapa kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan terkawal.  

“Sila patuhi had kelajuan yang disarankan serta arahan pengawal trafik dan berhati-hati memandu di dalam kawasan pembinaan.

“Sila hubungi kami di talian 1 300 88 5522 atau email feedback.dash@prolintas.com.my untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan,” jelasnya. - Utusan Malaysia

Layari www.mydash.com.my untuk maklumat lanjut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda