window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nyanyi sambil peluk, gigit stereng - MK K-Clique jadi pujaan gadis-gadis TikTok

Mersita · Oct 28, 2022 02:00 PM

Nyanyi sambil peluk, gigit stereng - MK K-Clique jadi pujaan gadis-gadis TikTok 01

Ya, citarasa masing-masing berbeza, dan nampak gayanya penyanyi popular MK K-Clique berjaya meraih perhatian ramai menerusi hantarannya di TikTok baru-baru ini dengan hanya menyanyi di dalam kereta. Manakan tidak; ketampanan dan bakat nyanyiannya mendendangkan lagu romantis sambil memeluk stereng membuatkan ramai tertawan, tak keruan.

Salah satu video dimana MK, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, menyanyikan lagu berjudul SWIPE dendangan ALYPH dengan penuh gaya dan kemudiannya menggigit stereng menarik perhatian ramai terutama kaum hawa yang merasakan aksinya itu cukup menggoda – sehinggakan segelintir pengguna menghantar komen, “Nak jadi stereng tu,” selain memuji ‘kecomelan’ penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu.

@mk.kc302

Baby, aku ada type 🍑

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
♬ Calm Down - Rema

Hantaran tular berkenaan telah ditonton lebih 1.9 juta kali dan menerima lebih 215.4 ribu tanda suka serta lebih 2 ribu komen, setakat waktu penulisan.

Satu lagi video baharu yang dikongsikannya turut mengundang reaksi sama, dimana MK mendendangkan lagu romantis ‘Ragu’ oleh Rizky Febian sambil memeluk stereng. Para peminatnya sekali lagi berseloroh dengan komen, “Nak jadi stereng,” selain mengatakan yang MK patut berkahwin cepat-cepat kerana “dah angau ni.”

@mk.kc302

Ini draft, rezeki kamu bukan rezeki febian.

♬ Calm Down - Rema

Juga baca: Mula dari bawah, MK K-Clique dulu hanya penarik kereta sebelum jadi rapper terkenal

Ternyata, ramai wanita tertawan dengan gayanya yang bersahaja ini. Samada aksinya benar menggoda atau tidak, barangkali ia masih terpulang dengan rupa paras seseorang - ataupun mungkin kebolehannya menyanyi yang meruntun jiwa.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda