window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Op Khas Motosikal Roda Tiga di JB, 22 etnik Rohingya ditahan, motosikal disita!

Khairil ยท May 25, 2022 07:00 PM

 

Op Khas Motosikal Roda Tiga di JB, 22 etnik Rohingya ditahan, motosikal disita! 01

Sejumlah 22 motosikal roda tiga yang digunakan warga asing etnik Rohingya dikenakan tindakan sita oleh polis susulan Operasi Khas Motosikal Roda Tiga yang dijalankan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Selain tindakan sita, polis turut mengeluarkan sebanyak 54 saman terhadap penunggang motosikal terbabit atas pelbagai kesalahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Op Khas Motosikal Roda Tiga di JB, 22 etnik Rohingya ditahan, motosikal disita! 01

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Johor Bahru Utara, tindakan sita dan saman yang dijalankan adalah mengikut kesalahan seperti berikut:

  • 22 saman - Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Tiada lesen memandu)
  • 10 saman - Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Tiada perlindungan insurans kenderaan)
  • 22 saman - Peraturan 34 LN 170/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 (ubahsuai struktur kenderaan)
  • Sita - Seksyen 64 akta pengangkutan jalan 1987

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata ketika pemantauan dibuat, pihaknya mendapati penunggang motosikal ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula.

Menurutnya, selain menunggang secara bahaya, ia turut mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan imej yang dikongsikan Polis Daerah Johor Bahru Utara, rata-rata motosikal yang digunakan adalah jenis Honda iaitu Honda EX-5.

Op Khas Motosikal Roda Tiga di JB, 22 etnik Rohingya ditahan, motosikal disita! 02

Sementara itu, polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda