window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik

Faisal · Feb 9, 2021 09:30 PM

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 01

Great Wall Motors (GWM) baru sahaja merasmikan jenamanya di Thailand sebentar tadi. Acara rasmi itu juga mempertontonkan beberapa model kereta di bawah naugannya.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 02

Antaranya ialah Ora (kereta elektrik) dan Haval (SUV & trak pikap). Dengan pasaran Thailand yang dilihat sebagai satu peluang yang besar, GWM berhasrat untuk mengembangkan sayapnya melalui pelbagai pilihan kereta untuk kesesuaian pengguna. Pelancaran kereta GWM di Thailand akan berlangsung di Bangkok International Motorshow pada Mac ni.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 01

Apa yang menarik perhatian kami selain Haval H6 ialah Ora Good Cat.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 02

Hatchback segmen B yang berbentuk retro futuristik ini sesuai untuk kegunaan bandar. Dimensi buat hatchback elektrik ini adalah seperti berikut:

Dimensi ORA Good Cat
Dimensi Ora Good Cat
Panjang (mm) 4,235
Lebar (mm) 1,825
Tinggi (mm) 1,596
Jarak roda (mm) 2,650

Untuk maklumat anda, dimensi ini hampir serupa dengan Proton X50.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 03

Dari segi tren kuasa, ia hadir dengan motor elektrik yang menghasilkan sebanyak 143 PS dan 210 Nm tork.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 04

Di China, Ora Good Cat didatangkan dengan spesifikasi bateri seperti berikut:

Spesifikasi bateri
Kapasiti Jarak pemanduan
47.8 kWh 400 km
59.1 kWh 500 km

Untuk pengecas pantas, Ora Good Cat boleh dicas dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit sahaja. Pengecas yang biasa pula mengambil masa selama 8 jam.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 05

Untuk maklumat anda, Ora Good Cat boleh mencapai kelajuan sehingga 150 km/j.

Bagaimana dengan Malaysia?

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 06

GWM telah berhasrat untuk menjadikan Thailand sebagai pusat produksi serantau. Sebagai negara jiran, perkara ini semestinya menimbulkan harapan di kalangan rakyat.

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik 07

Setakat ini, belum ada sebarang perincian mengenai perkembangan jenama tersebut di Malaysia. Walau apapun, kami akan laporkan sekiranya ada maklumat yang menarik untuk anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda