window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k

Zamil Syaheer · Dec 7, 2021 06:00 PM

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 01

Beberapa bulan selepas kami mengintipnya di Shah Alam, ORA Good Cat elektrik penuh (EV) telah dipamerkan buat pertama kali di khalayak pada pelancaran acara Tindakan Pembangunan Bumiputera yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 02

Antara kereta yang menarik perhatian ramai di acara tersebut, Good Cat yang dipamerkan di sini adalah unit pandu kiri yang diimport dari China.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 01

Sumber dalam Go Auto Sdn. Bhd. – wakil jenama Great Wall Motor di sini (termasuklah Haval) mengatakan bahawa spesifikasi ORA Good Cat ini hampir sama dengan apa yang pelanggan Malaysia boleh jangkakan apabila EV itu akhirnya dilancarkan di sini.

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 02

Sumber tersebut juga menyebut bahawa ORA Good Cat dijangka berharga sekitar RM 130k hingga RM 150k di Malaysia. Tarikh pelancaran belum ditentukan pada masa penulisan.

Spesifikasi ORA Good Cat di Malaysia

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 03

Contoh khusus ini mempunyai motor segerak magnet kekal dengan 143 PS / 210 Nm yang menghantar kuasa ke roda hadapan.

Juga baca: Spyshot: Ora Good Cat dikesan di Malaysia, akan dilancarkan di sini atau tak?

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 04

Paparan dwi-skrin lebarnya terdiri daripada paparan infotainment skrin sentuh 10.25-inci dan gugusan instrumen digital 7-inci

Bagi pek baterinya, ia mempunyai bateri litium ternary 63.1 kWj (mempunyai nikel-mangan-kobalt sebagai bahan katod) dengan jarak maksimum 501 km.

Juga baca: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 05

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 06

Kabel pengecasan berada di bawah lantai but

ORA Good Cat menyokong pengecasan pantas DC sehingga 60 kW dan pengecasan AC sehingga 6.6 kW. Hatchback EV ini dikatakan mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat, dengan kelajuan tertinggi 152 km/j.

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 07

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 08

Di bawah rupa yang comel, Good Cat mempunyai interior yang agak bergaya serta elegan, dengan penggunaan bahan kulit dan sentuhan lembut yang menyeluruh.

Juga baca: Kereta elektrik orang kaya bebas cukai, tapi kereta hybrid marhaen tidak. Ini sebabnya

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 09

Ia juga padat dengan ciri keselamatan dan dilengkapi dengan set lengkap ADAS yang merangkumi ciri ini, antara lain:

  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Forward Collision Avoidance Assist (FCA)
  • Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)
  • Smart Cruise Control with Stop & Go (SCC)
  • Blind spot monitoring system (BSM)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assist (TJA)

ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k 10

Di rantau ASEAN, Good Cat sudah pun dijual di Thailand, dengan tiga varian: Tech dan Pro 400 km dan Ultra 500 km. Harga untuk kereta di negara gajah putih bermula dari THB 989k (~RM 123k) hingga THB 1.2 juta (~RM 150k).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda