window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021

Mersita Β· Sep 8, 2021 09:00 AM

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 01

Apabila keputusan jualan kereta bagi separuh pertama tahun 2021 dikeluarkan, ia menunjukkan penurunan tidak dijangka dalam prestasi jualan SUV segmen B manakala jualan SUV segmen C dan D menampakkan pertumbuhan dua digit. Nampak gayanya selera warga Korea bagi SUV telah beralih ke kereta bersaiz lebih besar daripada kereta jenis kompak.

Bagi separuh pertama tahun 2021, Korea merekodkan jumlah keseluruhan jualan kereta sebanyak 753,104 unit. Jumlah ini menunjukkan penurunan 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada angka ini, SUV dan RV (Korea mengkategorikan SUV 7 tempat duduk seperti Hyundai Palisade dan MPV sebagai RV) mewakili 329,703 unit.

Manakala sedan dan hatchback tergolong dalam satu kategori, jualan SUV dilaporkan telah meningkat sehingga 0.4 peratus berbanding separuh pertama tahun 2020 (328,399 units). Walaupun ia tampak seperti satu peningkatan kecil, Korea menganggapnya sebagai satu pencapaian bagus memandangkan jualan sedan dalam separuh pertama tahun 2021 menjunam sehingga 18.5 peratus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 01

Hyundai Tucson masuk set penggambaran siri Vincenzo

Sedang dunia rakus memasuki pasaran SUV segmen B/kompak, Korea pula menunjukkan minat yang rendah dalam segmen ini. Prestasi jualan bagi segmen ini jatuh sehingga 37.6 peratus; dari 107,282 unit dalam separuh pertama tahun 2020 kepada 66,896 unit dalam tempoh sama pada tahun 2021.

Kia Seltos masih menjuarai jualan dalam segmen ini dengan 21,952 unit terjual dari bulan Januari sehingga Jun 2021. Namun, angka ini masih lagi 24.7 peratus lebih rendah berbanding tahun 2020.

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 02

Di tangga kedua pula ialah Renault Samsung XM3, juga dikenali sebagai Renault Arkana di pasaran-pasaran lain. Dalam tahun-tahun terdahulu, prestasi jualan XM3 selalunya setara dengan prestasi jualan Seltos. Walaubagaimanapun, jumlah jualan SUV coupe itu mengalami penurunan lebih besar pada tahun 2021 dimana hanya 8,086 unit terjual – penurunan sehingga 63.7 peratus.

Hyundai Kona menyusul di belakang XM3. Kona juga tidak begitu laku tahun ini, dengan hanya 7,568 unit terjual dalam masa enam bulan yang lalu – penurunan sebanyak 59.3 peratus.

Baca juga: Rebiu: Hyundai Kona 2020, alternatif kepada Proton X50 dan Honda HR-V

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 03

Samsung XM3 atau lebih dikenali sebagai Renault Arkana dalam pasaran lain

Malangnya bagi model ini, laporan tentang bateri elektrik (EV) Kona terbakar dan arahan panggilan semula (recall) peringkat global yang dikeluarkan bagi menyelesaikan masalah ini telah menjejaskan jualan model ini dengan teruk.

Ini memaksa Hyundai untuk menggugurkan model Kona EV dan memperkenalkan Kona N dengan harapan yang ia akan menyelamatkan prestasi jualan serta reputasi SUV ini.

Jualan SUV segmen B di Korea
Model Jualan H1 2021
Kia Seltos 21,952
Samsung XM3 8,086
Hyundai Kona 7,568

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 04

Hyundai Kona N

Tetapi, Kona EV bukanlah satu-satunya model dalam segmen ini yang dihentikan produksinya disebabkan oleh prestasi jualan teruk. Kia juga telah menggugurkan Kia Stonic dan Kia Soul di Korea atas sebab yang sama.

Di samping itu, Hyundai Tucson 2021 serba baharu menerajui jualan bagi kategori SUV segmen C/bersaiz sederhana. Model ini menyaksikan peningkatan jualan 116.8 peratus, dengan 28,391 unit terjual dalam separuh tahun pertama tahun itu. Hyundai hanya mampu mengumpul jualan 13,098 unit dalam separuh pertama tahun 2020.

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 05

Dengan sokongan kerajaan Korea bagi memperkasakan penggunaan kereta mesra alam, tak hairanlah apabila Tucson varian hibrid berpengecas turbo menjadi idaman dan pilihan utama di kalangan pembeli.

Model-model segmen C yang lain tidak merekodkan prestasi sebaik Tucson. Kia Niro terjual sebanyak 8,688 unit (28.5 peratus lebih rendah berbanding 2020) manakala Kia Sportage hanya terjual sebanyak 6,486 unit (32.9 peratus lebih rendah berbanding tahun lepas).

Baca juga: Baru sehari, dah lebih 16,000 tempahan dibuat untuk Kia Sportage 2022 serba baru di Korea!

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 06

Kia Niro EV

Walaubagaimanapun, prestasi jualan tidak memberangsangkan bagi Kia Sportage sudah boleh dijangka sejak Kia bersiap-sedia untuk melancarkan Kia Sportage generasi kelima yang serba baru. Jualan dijangka untuk menampakkan pertumbuhan positif kini memandangkan model generasi baharu itu telah mula dijual secara rasmi.

Satu-satunya SUV segmen C lain yang menunjukkan kenaikan dalam rekod jualan jika dibandingkan dengan tahun lalu ialah Hyundai Nexo. Kenderaan elektrik bertenaga sel (FCEV) ini terjual sebanyak 4,416 unit dalam separuh pertama tahun 2021. Ini mewakili peningkatan 69.1 peratus berbanding tahun lepas.

Jualan SUV 2021 segmen C di Korea
Model Jualan H1 2021
Hyundai Tucson 28,391
Kia Niro 8,688
Kia Sportage 6,486

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 07

Hyundai Nexo

Sedang jualan SUV segmen B tidak memberangsangkan, jualan SUV segmen D meningkat sehingga 14.2 peratus berbanding tahun lepas. Kia Sorento mendahului carta dengan 39,974 unit terjual (5.6 peratus lebih banyak daripada tahun lepas) manakala Hyundai Santa Fe mengekori dengan 21,723 unit terjual (16.8 peratus lebih rendah).

Menurut Motorgraph, Sorento varian hibrid berpengecas turbo 1.6 liter ialah sebab mengapa Kia jauh maju di hadapan Santa Fe. Varian itu merangkumi 44.3 peratus daripada jumlah jualan.

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 08

Namun, keadaan mungkin berubah bagi Santa Fe tak lama lagi memandangkan Hyundai sudah membuka buku tempahan untuk varian hibrid terbaru itu. Oleh itu, mereka menjangkakan yang Santa Fe hibrid akan membantu model itu mengejar posisi lebih tinggi dalam carta menjelang penghujung tahun 2021.

Jualan SUV segmen D di Korea
Model Jualan H1 2021
Kia Sorento 39,974
Hyundai Santa Fe 21,723

Yang menariknya, walaupun kami tidak menggolongkan Genesis GV70 sebagai SUV segmen D memandangkan GV70 disasarkan untuk pasaran premium, SUV mewah itu mengalahkan prestasi jualan Santa Fe. Genesis berjaya menjual GV70 sebanyak 22,701 unit pada separuh pertama tahun 2021 – 1,000 unit lebih banyak daripada Santa Fe!

Baca juga: Kenali Genesis, kereta Korea pilihan terbaru dalam koleksi DYMM Sultan Johor

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 09

Genesis GV70

Trend dikalangan warga Korea dimana SUV lebih digemari berbanding sedan hatchback memang cukup ketara kehangatannya. Tapi, perkara yang paling mengejutkan ialah peralihan drastik kepada SUV bersaiz lebih besar. Usah lupa yang Hyundai Tucson juga ditawarkan dengan opsyen jarak roda lebih panjang di Korea. Perkara ini mungkin menghangatkan lagi popularitinya sejak ia dilancarkan.

Kejayaan kenderaan hibrid mahupun Nexo juga menjadi bukti yang gesaan negara itu untuk beralih ke kenderaan mesra alam berjalan lancar seperti yang dirancang. Agak menarik untuk kita perhatikan bagaimana situasi ini bercambah dalam masa terdekat sedang jenama-jenama ini bertungkus-lumus untuk mencapai sasaran jualan kenderaan mereka.

 

Orang Korea suka SUV besar, jualan SUV segmen B kompak pula menjunam pada H1 2021 10

Rekod jualan Ioniq 5 dan Kia EV6 tidak disertakan memandangkan model-model ini dilancarkan pada bulan Mac

Mampukah Santa Fe hibrid mengejar posisi Sorento? Berapa banyakkah Ioniq 5 dan Kia EV6 akan terjual menjelang hujung tahun ini memandangkan pelancarannya masing-masing dibuat pada Februari dan Mac? Jom kita tunggu dan lihat, dapatkan perkembangan terbaru di Facebook WapCar – BM.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda