window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh?

Zamil Syaheer · Mar 22, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya tuan-tuan dan puan-puan, harga Honda City dengan varian paling tinggi sudahpun mencecah RM 100k, hampir dengan harga sedan segmen C Honda Civic 1.8 S yang berada pada julat RM 109k.

Kenapa City RS mahal? Harga City Hybrid sebelum ini lagi murah!

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 01

Sebab pertama adalah trenkuasa City RS e:HEV dengan dua motor i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive) hibrid sepenuhnya yang jauh lebih mahal berbanding City Hybrid GM7 single-motor Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual-Clutch Drive).

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 02

Malah, tidak seperti City Hybrid GM7, City RS e:HEV baru didorong oleh motor elektrik pada kebanyakan masa, termasuk dari pemanduan awal dan urban. Enjin petrol City RS e:HEV hanya boleh digunakan untuk mengecas semula bateri atau pada kelajuan yang lebih tinggi.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 03

Selain daripada itu, transmisinya juga amat berbeza. Walaupun model generasi sebelum ini menggunakan transmisi automatik DCT tujuh kelajuan, trenkuasa City RS e:HEV baru jauh berbeza kerana ia tidak mempunyai transmisi konvensional.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 04

Sebaliknya, City RS e:HEV menggunakan E-CVT, tetapi itu hanya pada nama sahaja, kerana transmisi sebenarnya jauh lebih kompleks berbanding CVT biasa.

Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Tapi itu trenkuasa saja kan?

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 05

Separuh benar, tetapi ada lagi benda yang lebih dari sekadar trenkuasa.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 06

City Hybrid GM7 mempunyai pengalaman pemanduan yang baik.

Untuk rangkuman anda, ketika Honda Malaysia memperkenalkan City Hybrid GM7, sebahagian besar ciri-ciri yang ada lebih kurang sama dengan varian 1.5 E.

Oleh itu, ia hanya menerima dua beg udara depan dan dua sisi, menjadikan jumlah beg udara keseluruhan menjadi empat. Varian 1.5 V yang teratas menambah beg udara tirai, menaikkan jumlah beg udara menjadi enam.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 07

Tetapi City RS jauh lebih matang, termasuklah pengalaman pemanduannya.

Tetapi, dengan City RS e:HEV, Honda Malaysia telah memposisikan varian hibrid sebagai varian tertinggi. Dengan penambahan RM 19k berbanding City 1.5V, harganya amat dekat sekali dengan sedan segmen C Honda Civic 1.8S.

Juga baca: Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru!

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 08

Selain daripada trenkuasa yang canggih, penambahan RM 19k juga melengkapkan City RS e:HEV dengan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing dan kamera Honda LaneWatch. Dua ciri ini tidak pernah dilihat pada sedan bukan nasional segmen B.

Ia mendapat ciri seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Auto High Beam (AHB)

ACC pada City RS e:HEV hanya berfungsi pada kelajuan 30 km/j ke atas, manakala Civic, CR-V, dan Accord pula menambah fungsi low speed follow (LSF) dan mampu memberhentikan kereta terus.

Sistem ACC pada City RS e:HEV tidak berfungsi pada keadaan trafik berhenti-bergerak. Bawah 30 km/j, ACC akan berhenti berfungsi dan pemandu perlu mengambil alih.

Pada RM 100k+, baik beli Honda Civic…betul tak?

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 09

Honda Civic 1.5 TC-P.

Kami sedar bahawa Honda City RS e:HEV (segmen B) hanya RM 3,000 lebih murah berbanding Honda Civic (segmen C), tetapi varian Civic ini kurang mantap dari segi kelengkapan.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 10

Selain enam bag udara dan kawalan stabiliti sebagai standard, Civic 1.8 S tidak dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing dan kamera LaneWatch. Hanya varian tertinggi 1.5 TC-P dilengkapi dengan ciri ini.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 11

Civic 1.5 TC-P juga RM 25k lebih mahal dari model aras mula – satu jumlah yang agak besar berbanding Civic 1.8 S.

Juga baca: Rebiu: Honda Civic 1.5 TC-P facelift, terbaik dari Corolla Altis dan Mazda 3?

Konklusi – City RS e:HEV masuk akal bagi sesetengah orang

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 12

Walaupun harganya mahal, tetapi Honda City RS e:HEV masih lagi mempunyai peminatnya.

Kami berpendapat bahawa harga RM 106k itu wajar kerana City RS e:HEV menawarkan tahap keselesaan dan ciri keselamatan setaraf sedan segmen C.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 13

Memang Honda Civic berada satu segmen diatas City dan menawarkan trenkuasa yang lebih besar dan ringkas, tetapi dengan apa yang ditawarkan City RS, agak susah untuk berdolak dalih dengan trenkuasa i-MMD yang sofistikated dan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 14

Jika anda ingat, City RS e:HEV mempunyai tork sebanyak 253 Nm – jauh lebih tinggi daripada kedua-dua Civic 1.8S dan 1.5 TC-P.  Namun begitu, City RS e:HEV masih lagi City, sedan segmen B yang kecil berbanding Civic.

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh? 15

Honda Civic 1.5 TC-P.

Jika anda membeli Civic, anda akan mendapat but belakang yang lebih besar (519 liter vs 410 liter) dan lebih banyak ruang di bahu untuk penumpang di belakang. Tambahan pula, nama Civic itu sendiri jauh lebih besar dan gah berbanding City bagi sesetengah pembeli.

Juga baca: Perbandingan: Honda City RS vs Toyota Vios G vs Nissan Almera Turbo VLT. Saingan varian paling atas!

 

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda