window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Padah menunjuk borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan palsu

Mersita · Apr 8, 2021 02:00 PM

Padah menunjuk borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan palsu 01

Baru-baru ini, satu status gambar dimuatnaik oleh seorang wanita tular di media sosial kerana ia menunjukkan satu borang rentas negeri yang belum diisi namun sudah mendapat cop dan tandatangan pegawai polis. Gambar yang ditularkan itu pula disertai dengan ayat “Dapat info SOP terbaru ialah approve (luluskan) dulu baru isi form (borang).”

Padah menunjuk borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan palsu 02

Ketua Polis daerah Kemaman, Supt. Hanyan bin Ramlan berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Insp. Mohamad Ramizan bin Ramli.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau juga berkata yang borang rentas negeri kosong lengkap dengan cop dan tandatangan tersebut telah diberikan kepada seorang wanita yang memohon untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur atas tujuan menghadiri temuduga pekerjaan yang dijadualkan berlangsung pada 8 April 2021.

Padah menunjuk borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan palsu 01

“Satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan atas pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” kata beliau.

Borang rentas negeri sepatutnya dimuat-turun, dicetak sendiri dalam dua salinan dan diisi terlebih dahulu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran berserta dokumen sokongan bukti keperluan rentas negeri.

Padah menunjuk borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan palsu 02

Penjelasan pihak wanita yang memuatnaik gambar borang berkenaan. Sumber: Twitter

Fikir dulu sebelum post.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda