window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga?

Zamil Syaheer · Aug 3, 2021 08:00 PM

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 01

Kadang-kadang, netizen selalu merungut bahawa negara Malaysia mesti dapat model kereta baru jauh lebih lambat berbanding negara di luar. Lain ceritanya pula di Pakistan. Honda Atlas Cars, pengedar rasmi model Honda di Pakistan baru sahaja melancarkan Honda City generasi GM6 di negara tersebut.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 02

Honda City generasi GM6 akan menggantikan model generasi GM2 yang telah dijual di Pakistan selama 12 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 01

Di Pakistan, Honda Atlas Cars menawarkan tiga varian GM6 Honda City - 1.2L S, 1.5L S, dan 1.5L Aspire.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 02

Varian aras mula dikuasakan oleh enjin 1.2 liter 4-silinder petrol aspirasi natural semula jadi dengan 90 PS dan 110 Nm. Varian pertengahan dan teratas pula menggunakan enjin 1.5 liter 4-silinder petrol aspirasi natural yang menghembuskan 120 PS dan 145 Nm. Pilihan transmisi yang ditawarkan adalah manual 5-kelajuan dan automatik jenis CVT.

Dari segi kelengkapan, GM6 City yang dijual di Pakistan tampak lebih kosong berbanding model spesifikasi Malaysia yang sudahpun dihentikan.

Juga baca: Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 03

Honda City GM6 untuk pasaran Pakistan menggunakan lampu depan halogen dan lampu belakang jenis mentol, bukan LED. Selain itu, kesemua varian menggunakan rim 15 inci, bukannya rim aloi dwi-tona 16 inci seperti di Malaysia.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 04

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 05

Beralih ke bahagian interior yang berwarna kuning air (beige), varian aras mula menggunakan unit skrin sentuh berukuran 7 inci, manakala varian teratas pula 9 inci. Varian S hanya dilengkapi dengan dua pembesar suara, manakala varian Aspire mendapat empat. ‘Tweeter’ adalah opsyenal.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 06

Dari segi keselamatan, semua varian dilengkapi dengan dua beg udara depan dan ABS. Lain-lain seperti kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman tidak ada, termasuklah beg udara sisi dan tirai.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 07

Varian aras mula 1.2L S MT.

Harga bermula dari PKR 2,599,000 (~ RM 68k) untuk varian 1.2L S MT aras mula sehingga harga PKR 3,174,000 (~ RM 83k) untuk varian CVL Aspire 1.5L spesifikasi teratas.

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 08

Proton Saga untuk pasaran Pakistan.

Sebagai perbandingan, harga ini meletakkan City GM6 lebih tinggi daripada Proton Saga (PKR 2,175,000, ~ RM 59k) sehingga PKR 2,425,000, ~ RM 66k). Sekali imbas, perbandingan ini mungkin tidak adil, tetapi Proton yang lebih murah menawarkan kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, dan hill hold assist.

Juga baca: Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Pakistan baru nak merasa Honda City GM6, tetapi 'spec' kalah dengan Proton Saga? 09

Toyota Yaris (Vios) di Pakistan.

Sementara itu, saingan lain seperti Toyota Yaris (dijual di sini sebagai Vios) menawarkan kawalan kestabilan dan hill hold assist, walaupun jumlah beg udara masih dua. Toyota Yaris dijual pada PKR 2,409,000 (~ RM 63k) sehingga PKR 2,899,000 (~ RM 75k).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda