window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era

Mersita · Aug 25, 2020 08:00 PM

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 01

Beberapa minggu lepas, kami pernah menulis tentang 5 kereta sports Kei yang comel dari Bubble Era Jepun. Seperti yang kami nyatakan diatas, kali ini kami mahu bercerita tentang ‘hot hatch’ Kei pula.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 02

Idea bagi ‘hot hatch’ Jepun bukanlah konsep baru sama sekali. Dahulu kita ada Nissan March Super Turbo, Honda City Turbo II, dan juga Toyota Starlet Turbo S Limited. Tapi, kereta-kereta ini memang berkuasa dalam kelas mereka yang tersendiri dan bebas daripada undang-undang ketat kereta Kei.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 03

Ya, malah City, walaupun dengan rupa parasnya yang kecil, secara teknikalnya bukanlah sebuah kereta Kei. Enjin berpengecas turbonya berkapasiti 1.2 liter melangkaui syarat maksima 550 cc atau kemudiannya 660 cc yang tertakluk untuk kereta Kei. Sama juga dengan janaan kuasanya iaitu 103 PS – lebih tinggi daripada 64 PS yang diwajibkan untuk kereta Kei.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, empat kereta ini; Daihatsu Mira TR-XX Avanzato, Suzuki Alto Works, Mitsubishi Minica Dangan ZZ-4, dan juga Subaru Rex VX Supercharger adalah ‘hot hatch’ Kei yang paling popular.

Keempat-empat hatchback ini mempunyai janaan kuasa dan saiz enjin yang sama. Disebabkan oleh situasi ekonomi Jepun pada akhir 80-an dan awal 90-an yang dikenali sebagai “Bubble Era”, beberapa teknologi yang hebat ditayangkan pada masa itu.

Daihatsu Mira TR-XX Avanzato – 'Hot hatch' Kancil

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 01

Rakyat Malaysia barangkali kenal dengan nama “Mira” kerana ia adalah asas bagi Perodua Kancil. Tambahan pula, ramai peminat yang mengubah Kancil mereka dengan lencana Daihatsu. Walaupun dengan usaha mereka untuk membuatkan Kancil tampak lebih serupa dengan Avanzato, Mira TR-XX yang sebenar didatangkan dengan hanya 3 pintu.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 02

Mira TR-XX dilancarkan pada tahun 1990 dengan generasi L200 dan seterusnya disambung dengan generasi L500 sehingga 1998. Pada mulanya, ia ditawarkan dengan hanya pacuan roda hadapan sebelum varian pacuan 4 roda diperkenalkan pada tahun 1992 dan Mira TR-XX dikuasakan dengan enjin EF-JL turbo dengan 3 silinder. Yang menariknya, varian pacuan roda hadapan mempunyai stereng pacuan 4 roda (4WS) sama seperti Honda Prelude Si dan juga W223 Mercedes-Benz S-Class yang akan datang!

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 03

Kereta ini nampak seperti Kancil spesifikasi sekolah memandu Malaysia, tapi dengan pintu yang lebih sedikit, turbo, dan pacuan 4 roda.

Ia juga didatangkan dengan pengelap cermin/wiper automatik dan lampu hadapan automatik. Disebabkan oleh saiznya yang kecil dan badan yang ringan (kurang daripada 800 kg), ia adalah sebuah kereta yang seronok dan comel untuk dipandu. Tak hairanlah Perodua Kancil digelar sebagai "Nippa" di UK.

Suzuki Alto Works – Satu perintis

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 04

Suzuki barangkali yang pertama sekali memulakan revolusi ‘hot hatch’ Kei apabila mereka menambah pengecas turbo pada enjin SOHC 550 cc di dalam Alto pada tahun 1985. Selepas itu, kategori ini menjadi semakin panas apabila Alto Works dilancarkan pada 1987 dengan enjin twin-cam berpengecas turbo.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 05

Dan pada tahun 1988, satu generasi baru Alto diperkenalkan dan dengan ini muncullah Alto Works RS-R yang cukup lejen. Alto Works generasi kedua dilancarkan sejurus selepas undang-undang enjin kereta Kei ditingkatkan kepada 660 cc. Kereta tersebut mempunyai rupa hadapan yang sangat menonjol dengan lampu hadapan bulat serta gril yang asimetri.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 06

Sama seperti Mira TR-XX, Alto Works juga boleh didapati sebagai pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda. Perkara yang membuatkan RS-R amat digemari ramai adalah kerana enjin F6A Suzuki 3 silindernya, yang dikenali ramai sebagai enjin kereta Kei versi 2JZ. Ia adalah enjin ketul besi yang boleh ditala sehingga 122 PS dengan ubah-suai yang minima. Garis merah sehingga 9,500 rpm juga adalah perkara biasa bagi enjin kereta tersebut.

 

Mitsubishi Minica Dangan ZZ-4 – Yang paling canggih

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 07

Soalan bonus: Apakah kereta produksi besar-besaran yang pertama sekali diberi 5 injap bagi setiap silinder? Jawapannya adalah Mitsubishi Minica Dangan ZZ. Tahap kejuruteraan yang boleh dicapai dalam pembuatan kereta yang tampak seperti diberi dana tanpa had agak mengagumkan. Tak hairanlah jika beberapa peminat Mitsubishi sedih sekali apabila mengenangkan zaman kegemilangannya.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 08

Kredit gambar: lanemotormuseum.org

Walaupun zaman ini mungkin tidak akan berulang lagi, tahap kecemerlangan Mitsubishi dalam pembinaan ‘hot hatch’ Kei patut dipuji dalam hal ini. Minica adalah model yang paling panjang tempohnya di pasaran sejak tahun 1962. Minica Dangan ZZ pada mulanya dilancarkan sebagai kenderaan komersial sebelum ia menjadi ‘hot hatch’.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 09

Kredit gambar: lanemotormuseum.org

Minica Dangan didatangkan samada dengan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda – sama seperti Mira TR-XX dan Alto Works. Walau dengan enjin turbonya, ia masih lagi mampu mengekalkan kecekapan petrol yang baik dan beberapa pemilik boleh mencapai 19.1 km/liter dengan mudah sekali.

Subaru Rex VX Supercharger – Yang paling pelik

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 10

Melengkapkan senarai ‘hot hatch’ Kei ini adalah kereta Kei Subaru. Rex telah wujud sejak 1972, menggantikan R-2. Seperti model Subaru terdahulu, Rex generasi pertama adalah kereta kecil yang cukup unik sebagai kereta Kei kecil dengan enjin belakang.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 11

Inilah cara untuk anda membuka bahagian enjin belakang di dalam Rex generasi pertama.

Tapi, jangan terlalu seronok dulu dengan cara pembukaan hud enjin pada generasi pertama dan generasi ketiga iaitu Rex VX. Berbeza dari model lain, Rex VX diberi super charger dan ya, ia boleh didapati dalam pacuan semua roda seperti kebanyakan model Subaru yang lain.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 12

Kredit gambar: 80shero

Memberikan Rev VX ‘supercharger’ bermaksud yang ia tidak akan ada ‘lag’ atau sekatan-sekatan. Tapi, selain daripada ‘supercharger’, ‘hot hatch’ kecil ini diberi enjin 660 cc dengan 4 silinder. Malangnya, prestasinya tidak begitu hebat berbanding yang lagi 3. Kesudahannya, Rex VX tidak begitu terkenal.

Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era 13

Wakil kereta Kei ‘hothatch’ yang serba baharu – Suzuki Alto Works

Inilah dia – 4 ‘hot hatch’ Kei yang ikonik dari Bubble Era. Yang mana satu yang paling anda suka? Jom komen di laman Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda