window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023?

Mersita · Sep 28, 2022 08:00 PM

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 01

Toyota Alphard sememangnya digemari dan diidami ramai, namun sedar tak sedar MPV mewah ini sudah mencapai usia 7 tahun dalam generasinya sekarang. Yang dahulunya salah satu model terlaris keluaran Toyota, Alphard kini mengalami penurunan dalam jualan di Jepun - dibuktikan oleh data jualan yang menunjukkan ia tersingkir dari senarai Top 20.

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 02

Berada di tangga ke-22 bulan lalu dengan 2,133 unit terjual, punca permintaan Alphard menurun adalah disebabkan oleh isu rantaian bekalan dan kebanyakan pengedar menangguh pengambilan tempahan bagi model tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 01

Lakaran oleh Best Car Web

Faktor kedua berkenaan adalah menurut sumber didedahkan oleh Best Car Web dan portal berkenaan telah menayangkan satu lagi lakaran untuk menggambarkan kemungkinan rupa bentuk Alphard generasi seterusnya.

Juga baca: Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung!

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 02

Sumber portal berkenaan juga menyatakan yang Alphard generasi keempat mungkin didebut pada Mei 2023 dan ura-ura mengatakan ia mungkin dibangunkan di atas platform TNGA. Besar kemungkinannya ia akan menggunakan platform TNGA-K yang juga digunakan pada Toyota Harrier dan Toyota Crown serba baru.

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 03

Trenkuasa hibrid Crown, 2.5 liter

Bercakap tentang Crown, Alphard AH40 generasi seterusnya mungkin bakal berkongsi beberapa perincian dan trenkuasa. Best Car Web membuat spekulasi yang enjin ‘naturally aspirated’ 2.5 liter (186 PS/221 Nm) dan enjin hibrid Dynamic Force berpengecas turbo 2.4 liter (272 PS/460 Nm) mungkin dibawa masuk ke dalam MPV mewah serba baharu itu nanti.

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 04

Varian pacuan empat roda (4WD) untuk Alphard AH140 akan ditawarkan seiring dengan model-model pacuan roda hadapan (FWD) – sama seperti Alphard yang dijual di pasaran kini.

Dari segi kelengkapan pula, tak banyak maklumat yang didedahkan namun portal otomotif Jepun itu menjangkakan yang ia akan tampil serupa atau lebih baik berbanding kelengkapan yang ditawarkan pada Crown.

Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023? 05

Walaupun Alphard bakal meneruskan perjuangannya untuk merangkul semula posisi di atas, Vellfire pula mungkin akan digugurkan dalam generasi seterusnya. Memandangkan Toyota sedang memperkemaskan barisan tawarannya, kembar Alphard yang lebih sporty itu barangkali akan dihentikan produksinya.

Juga baca: Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda