window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty?

Mersita · Nov 11, 2021 03:45 PM

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 01

Pada awal minggu ini, Perodua mengumumkan yang tempahan untuk Perodua Myvi 2022 facelift (D15A) baru sudah dibuka. Bagi memeriahkan lagi ‘hype’ kedatangan ‘King’ dinaiktaraf ini, Perodua telah mengeluarkan gambar paparan panel meter Myvi baru ini di saluran media sosial syarikat itu.

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 02

Merujuk kepada gambar tersebut, rona merah dipilih untuk tolok meter – serupa dengan perincian yang juga berona merah pada papan pemukanya seperti yang dilihat pada gambar acah sebelumnya. Barangkali Perodua ingin memberikan ‘King’ naiktaraf visual sporty di dalamnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Sekilas pandang interior Perodua Myvi 2022 baharu – infotainmen Ativa, stereng baru, aksen merah

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 01

Selain daripada rupa sporty in, yang juga mengimbau kembali rekaan meter Myvi dalam model generasi terdahulu, paparan LCD berwarna baharu juga dipadatkan di tengah-tengah. Gambar ini seolah memperlihatkan siluet pencahayaan hadapan yang ditunjukkan di dalam paparannya.

Ini besar kemungkinannya paparan sapaan yang akan keluar apabila Myvi baru ini dihidupkan.

Baca juga: Hatchback kesayangan Malaysia - Evolusi Perodua Myvi dalam 3 generasi

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 02

Myvi sebelum facelift ditunjukkan

Di dalam Myvi pra-facelift yang dijual sekarang, tolok meternya dikelilingi oleh perincian berona biru manakala satu paparan digital kecil berwarna biru dipasang di tengahnya.

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 03

Seperti yang boleh dilihat dari gambar Myvi baru yang terkini ini, Perodua memberikan ‘King’ satu naiktaraf moden yang agak mengujakan. Selain daripada panel meter, gambar stereng Myvi baru yang jelas juga diperlihatkan. Ia seakan serupa dengan stereng Perodua Ativa.

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 04

Jika diperhatikan butang-butang pada stereng Myvi baru ini, ia dipadatkan dengan kelengkapan keselamatan yang pelbagai, termasuklah bantuan kekal lorong dan kawalan peluncuran adaptif (ACC). Seperti yang kami telah laporkan sebelum ini, Myvi baru akan dilengkapi dengan suite Perodua Smart Drive Assist (PSDA) – sama seperti Ativa.

Baca juga: Perodua Ativa 2021 - penerima pertama 5 bintang ASEAN NCAP 2021 yang lebih ketat!

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 05

D-CVT Ativa ditunjukkan

Satu lagi perubahan besar yang akan tiba pada Myvi baru ini ialah kotak gear automatik CVT bagi menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuannya yang terdahulu. Namun, kotak gear manual 5 kelajuan akan digugurkan dalam Myvi baru ini.

Baca juga: Bakal dilancarkan Nov ini, bagaimana transmisi D-CVT Perodua Myvi 2022 lebih mantap dari CVT Iriz?

Walau bagaimanapun, enjin Myvi baru akan kekal sama – iaitu enjin 1.3 liter 1NR-VE (70 PS/121 Nm) serta enjin 1.5 liter 2NR-VE (76 PS/137 Nm).

Pandang pertama panel meter Perodua Myvi baru 2022 facelift. Makin sporty? 06

Harga Perodua Myvi baru 2022 facelift ini dijangka akan naik – bermula dari RM 45,700 hingga RM 58,800. Harga Perodua Myvi terkini yang dijual di pasaran (sebelum facelift) bermula dari RM 43,029 hingga RM 52,697.

Baca juga: Tempahan Perodua Myvi facelift 2022 dibuka untuk Malaysia, dari RM 46k, ADAS Ativa, 22.2 km/l!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda