window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan?

Haris · Feb 24, 2021 08:00 PM

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 01

Pandu uji media Perodua D55L baru sahaja selesai sebentar tadi di litar ujian Perodua, Rawang. Bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai prestasi SUV kompak ini, editor Wapcar.my, Eric Goh berkongsi pengalaman beliau.

Hampir segala-galanya baharu untuk Perodua D55L. Oleh yang demikian, ini mungkin suatu anjakan paradigma bagi Perodua.

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Ativa (D55L) bakal ditawarkan dalam 1 spesifikasi enjin dan transmisi iaitu enjin 3 silinder 1.0 liter turbo 1KR-VET dengan gandingan transmisi D-CVT.

Baca: Enjin 1KR-VET, kereta mana lagi yang guna?

Perincian kabin dalaman diperhalusi

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 01

Kabin dalaman Daihatsu Rocky

Melangkah masuk ke dalam model Perodua D55L, penulis serta merta kagum dengan tahap perincian kabin yang jauh lebih baik berbanding model Perodua sebelum ini.

Sekilas pandang, cukup untuk mengatakan bahawa aspek inilah yang mengalami peningkatan paling mendadak; ke arah yang jauh lebih baik.

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 02

Daihatsu Rocky pasaran Jepun

Bunyi angin dan tayar juga diredam dengan sangat baik, agak senyap walaupun mencapai kelajuan tiga angka. Namun begitu, ngauman enjin masih didengari apabila pedal ditekan dengan sedikit agresif. Selain daripada itu, tiada isu bunyi angin yang menyelinap ke dalam kabin. Agak senyap.

Platform DNGA hanya permulaan

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 03

Anekdot menarik - Perodua telah membangunkan talaan supensi khas buat pasaran Malaysia. Daihatsu Rocky didakwa mempunyai talaan suspensi yang sedikit keras justeru talaan baharu ditetapkan.

Dengan bantuan platform DNGA, Perodua D55L memecah persepsi aspek kendalian pemanduan Perodua ke tahap yang jauh lebih baik. 

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 04

Jika dibandingkan dengan Perodua Myvi ataupun Perodua Bezza, talaan suspensi Perodua D55L ini lebih sempurna; mampu menyerap hentak dengan lebih keyakinan.

Setakat ini Perodua masih tidak mencapai tahap talaan Ride & Handling Proton, tetapi bagi Perodua, ini satu pembaikan yang amat membanggakan.

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 05

Ketika ujian slalom, oleng badan (body roll) Perodua D55L agak terasa namun masih tegap di atas jalan raya. Hal ini kerana Perodua D55L tidak dibangunkan untuk dilenjan tetapi lebih kepada perincian kendalian yang jauh lebih baik berbanding model terdahulu.

Prestasi turbo Perodua

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 06

Prestasi enjin 3 silinder 1.0 liter turbo 1KR-VET kini menjadi bualan ramai pihak. Berdasarkan pengalaman pandu uji tersebut, muatan sebanyak 3 penumpang (termasuk penulis) tidak memberikan sebarang lelah kuasa kepada enjin ini.

Baca: Toyota Raize kalahkan model yang lebih besar!

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 07

Kesemua varian Perodua D55L didatangkan dengan butang Kuasa (Power) pada bahagian stereng yang bertujuan untuk memberikan lebih respons kepada enjin.

Perlu diingatkan, penggunaan butang Kuasa ini akan memberi kesan terhadap penggunaan minyak jika digunakan dalam jangka masa panjang. 

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 08

Transmisi D-CVT juga perlu diberi perhatian. Penggunaan rantai besi dan set gear planetary yang menggantikan pacuan rantai pada transmisi CVT konvensional memberikan respons yang lancar tanpa sebarang sengguk-sengguk.

Perlu diingatkan, Perodua D-CVT adalah berlainan dengan transmisi Direct Shift CVT oleh Toyota.

Lebih menarik lagi, terdapat mod manual bagi model Perodua D55L ini.

Baca: Apa maksud D dalam D-CVT?

Ruang dan praktikaliti

2020 Daihatsu Rocky rear seats

Daihastu Rocky

Tidak banyak perbezaan Perodua D55L dengan kembar Daihatsu Rocky - Toyota Raize. Perubahan yang dapat dilihat adalah pada unit skrin infotainment dan tolok penyaman udara.

2020 Daihatsu Rocky buttons

Mirip Daihastu Rocky

Dengan harga yang ditawarkan, D55L dipenuhi dengan plastik keras namun Perodua tetap menerapkan beberapa kemasan yang menarik. Proton X50 mempunyai kemasan kabin yang jauh lebih premium.

Walaubagaimanapun, tiada pembaca Smart Tag yang ditemui disamping pelarasan stereng secara condong (tilt) sahaja. Hmm?

Betul ke pakai A.SA 3.0?

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 11

Kesemua varian dilengkapi dengan Perodua A.S.A 3.0. Varian H dan AV pula dilengkapi ciri tambahan seperti Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert and Adaptive Cruise Control.

A.S.A 3.0 pula menampilkan ciri-ciri Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Pedal Misoperation Control, Front Departure Alert dan Lane Departure Warning and Prevention.

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 12

Bukan itu sahaja, varian H dan AV juga turut dilengkapi dengan lampu LED adaptif, suatu ciri yang hanya dilengkapi pada kenderaan pada harga RM 100k ke atas.

Baca: Lampu LED Adaptif, spesifikasi awal Perodua D55L?

Kesimpulan - Demam SUV baru sahaja bermula

Pandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan? 13

Perodua turut mengumumkan bahawa pelancaran Perodua D55L akan dilakukan secara maya pada 3 Mac 2021.

Walaupun pandu uji media ini agak singkat namun ia cukup untuk memberikan tanggapan yang positif terhadap Perodua D55L ini. Tidak banyak yang boleh diminta pada harga yang ditetapkan.

Wapcar.my dan Perodua mempunyai kejutan untuk model ini. Nak tahu apa? Ikuti perkembangan kami di laman Wapcar-BM dan Kumpulan FB Wapcar-BM

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda