window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia?

Haris Β· Feb 8, 2023 04:00 PM

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 01

Apabila bercakap mengenai kereta asas, Perodua tidak dinafikan pakar dalam menawarkan kenderaan yang mampu berkhidmat kepada rakyat. Perodua Axia D74A 2023 serba baharu tidak terkecuali dan pada masa ini, ia sudah memberikan penanda aras yang cukup tinggi untuk sebuah kereta paling berpatutan di Malaysia.

Buat masa ini, hathchback itu masih tersimpan di sebalik seragam camo seperti yang anda lihat dan hanya akan diumumkan pada 14-Februari 2023 kelak.

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anggaran harga bagi Perodua Axia baharu 2023:

  • 1.0 G - RM 38,600
  • 1.0 X - RM 40,000
  • 1.0 SE - RM 44,000
  • 1.0 AV - RM 49,500

Dengan 4 varian yang ditawarkan, anggaran harga hatchback baharu ini telah meningkat sehingga 13% berbanding pendahulunya.

Peningkatan harga ini pastinya tampil dengan penambahan ciri, serta perubahan transmisi yang pertama kali ditawarkan selepas 8 tahun sejak Perodua Axia pertama dilancarkan.

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 01

Untuk Perodua Axia baharu, transmisi automatik D-CVT yang sama dengan Myvi facelift tetapi dengan kalibrasi yang berbeza disesuaikan dengan enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi semula jadi 1KR-VE (68 PS / 91 Nm).

Semasa perjalanan singkat 8 km berhampiran KLIA 2, kami mendapati transmisi baharu ini jauh lebih lancar daripada transmisi automatik 4-kelajuan sebelum.

Namun, kami mendapati juga bahawa pertukaran gear terasa kurang licin seperti yang anda harapkan daripada sebuah CVT. Ini juga dirasai pada Myvi facelift tetapi tidaklah sehingga tahap ia menjadikan pemanduan tidak selesa.

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 02

Sementara itu, enjin 3-silinder yang dikekalkan daripada Perodua Axia generasi sebelumnya juga terasa lebih halus apabila pada kelajuan sehingga 80-90 km/j. Malah, sedikit lebih senyap.

Gegaran enjin masih dirasai dengan bunyi dentuman kecil kedengaran di seluruh kabin apabila enjin dipaksa tetapi ini sekadar menguruskan jangkaan pembeli yang perlu berkompromi sedikit untuk Perodua Axia generasi D74A baharu ini.

Baca: Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut?

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 03

Varian SE ditunjukkan, tiada sistem infohibur skrin sentuh

Di luar penghalusan enjin dan kotak gear, Perodua Axia D74A ternyata masih sangat baik untuk dipandu. Buat pertama kalinya dalam model Perodua asas, terdapat stereng pelarasan condong dan pelarasan kedudukan memandu yang jauh lebih baik berbanding Axia lama.

Kedudukan tombol gear Axia D74A juga diletakkan lebih tinggi daripada generasi sebelumnya.

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 04

Ketika memandu pada kelajuan lebuh raya, Perodua Axia D74A juga terasa berkebolehan jika anda tidak kisah dengan bunyi kabin bising sedikit. Ia juga jauh lebih stabil berbanding generasi lama dan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pelarasan ketinggian kenderaan yang lebih rendah.

Baca: Perodua Axia 2023: Hampir semua tempahan tertunggak untuk model 2022 ditukar kepada model D74A baharu

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 05

Rim 14-inci adalah standard pada semua varian Axia D74A​​​​​​

Lebih penting lagi, platform DNGA juga memberikan Axia D74A satu lagi kelebihan berbanding pendahulunya dan juga "abangnya" yang lebih besar, Myvi.

Platform DNGA terasa selesa walaupun dengan suspensi yang agak lembut ketika melalui beberapa ketidaksempurnaan kecil di jalan raya, berbeza daripada Myvi yang terasa keras walaupun di atas jalur derum (rumble strips - Jalur asfalt, plastik dan sebagainya pada jalan raya yang tinggi sedikit, merentasi lorong lalu lintas yang menghampiri sesuatu bahaya).

Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia? 06

Secara keseluruhan, Perodua Axia D74A serba baharu perlu meyakinkan pembelinya - dan tugas inilah yang dilakukan dengan baik sekali apabila terdapat sehingga 3.5k tempahan diterima ketika ia masih belum dilancarkan.

Perjalanan selama 10 minit ini mungkin cukup meyakinkan penulis Wapcar untuk melakukan tempahan. Kita akan mempunyai satu lagi peluang untuk rebiu yang lebih mendalam selepas pelancaran Perodua Axia D74A 2023 pada 14-Feb 2023 kelak.

Baca: Inilah dia: sekilas pandang Perodua Axia D74A 2023 - lebih besar, selamat, jimat bahan api & selesa!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda