window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini!

Haris · Nov 8, 2022 04:30 PM

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 01

Kajian membuktikan bahawa lebih 80 peratus kemalangan kenderaan berpunca daripada satu komponen terpenting iaitu otak[1]. Walaupun kenderaan moden kini lebih selamat dengan setiap generasi baharu, sains masih ketinggalan dalam mencari penawar untuk kebodohan manusia.

Sekurang-kurangnya, teknologi telah memberi kita beberapa ciri seperti kawalan kestabilan untuk mengurangkan kemungkinan insiden yang tidak diingini.

Pada zaman ini, kawalan kestabilan adalah ciri paling minimum dari segi keselamatan kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 01

Namun apabila mencari kenderaan terpakai yang lebih berusia, tidak semestinya anda perlu berkompromi dengan ciri ini. 

Kawalan kestabilan adalah sistem yang membantu mengelakkan pemandu daripada kehilangan kawalan kenderaan akibat perubahan arah secara mengejut atau keadaan jalan licin. Sistem ini menggunakan data daripada sensor kelajuan roda dan sensor sudut stereng, antara lain, untuk menentukan sama ada kenderaan itu akan hilang kawalan.

Ia akan memberi campur tangan dengan cara menekan brek secara autonomi dan juga dengan menambah output enjin untuk membantu pemandu mendapatkan semula kawalan.

Perlu diingatkan bahawa kawalan kestabilan bukan 100 peratus berkesan tetapi sekadar langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Oleh sebab itulah, di sini Wapcar.my akan menyenaraikan 10 kereta terpakai yang masih layak untuk pinjaman dan akan membantu memastikan anda berada dalam keadaan selamat jika situasi buruk melanda anda.

Baca [1]80% kemalangan berpunca dari sikap, 66% kemalangan maut adalah penunggang motosikal

Kia Picanto JA

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 02

Sebagai spesis terakhir hatchback segmen-A bukan nasional di Malaysia, Kia Picanto kurang mendapat perhatian yang mencukupi ketika ia masih berada dalam pasaran.

Lantas ini menjadikannya kini agak berbaloi untuk dijual secara terpakai. Picanto generasi ketiga mempunyai rasa premium dan menawarkan banyak ciri kelengkapan termasuk kemasukan tanpa kunci, butang tekan mula, lampu depan auto, enam pembesar suara serta Android Auto dan Apple CarPlay, kesemuanya dalam pakej yang padat.

Lebih penting lagi, ia mempunyai 6 beg udara, ABS, EBD, bantuan brek dan kawalan kestabilan.

Paling berbaloi tentunya model Kia Picanto GT-Line yang mempunyai brek kecemasan autonomi (AEB).

Berdasarkan merit ini, ia layak berada di tempat pertama senarai ini.

Harga Kia Picanto JA terpakai: RM 37,000 – RM 45,000

Baca: Panduan: Kia Picanto terpakai dari RM 25k, apa barang Axia? Ini dia hatchback segmen A terbaik!

Honda City GM6

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 03

Sebagai sebuah jenama kegemaran Malaysia, tentu penulis akan meletakkan Honda City generasi sebelum (GM6) kerana takut dikecam bangsa H. Sedan ini benar-benar kereta yang lebih menyeluruh dan terus mengekalkan nilai yang kukuh dalam pasaran terpakai.

Honda City GM6 sekitar tahun 2017 mempunyai kawalan kestabilan pada varian tertinggi; 1.5 E dan 1.5 V. Harga untuk 1.5 E kini berlegar hanya di bawah tanda RM 50k sekarang dan dengan kemahiran tawar-menawar, anda mungkin boleh mendapat Honda City 1.5 V untuk harga yang sama.

Harga Honda City GM6 terpakai: RM 48,000 ke atas

Baca: Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

Honda Jazz

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 04

Tak semua orang menyukai siluet sedan tiga kotak tradisional dan jika anda salah seorang daripada mereka, anda pasti akan memilih Honda Jazz.

Honda Jazz adalah hatchback yang paling laris dalam segmen hatchbacknya dan Perodua Myvi G3 mungkin sekali direka bentuk sedemikian kerana mahu mengambil bahagian pasaran daripada Jazz. 

Sebagai hatchback segmen B dengan kesemua fleksibiliti yang anda perlukan dan kawalan kestabilan pada varian yang lebih tinggi, Honda Jazz ternyata layak dalam senarai ini.

Harga untuk Honda Jazz varian 1.5 E atau 1.5 V tahun 2015 - 2016 adalah tepat pada harga RM 50k tetapi seperti biasa langkah tawar menawar mungkin mampu membawa rundingan di bawah harga itu.

Harga Honda Jazz GK terpakai: RM 48,000 ke atas

Baca: Berminat dengan Honda Jazz terakhir (GK) Malaysia? RM 60k je untuk model terpakai!

Peugeot 208

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 05

Ya, ada yang berjenaka mengenai bagaimana kawalan kestabilan juga mungkin rosak juga pada sebuah Peugeot, memandangkan imej kebolehpercayaan yang terhakis pada jenama ini.

Namun, bagi mereka yang tidur lebih nyenyak dengan kereta 'Conti' di anjung parkir rumah mereka dan takut untuk lewat ke tempat kerja, Peugeot 208 ini mungkin sesuai golongan itu.

Jangan takut, ia masih sebuah hatchback kecil yang bergaya dan mempunyai semua nuansa reka bentuk unik yang menjadi sinonim dengan Perancis dan pasti ada pembeli yang sesuai untuknya.

Sebagai rujukan, anda boleh menemui Peugeot 208 hatchback seawal tahun  2018 bermula sekitar RM 45k dan sudah tentu ia mempunyai kawalan kestabilan.

Harga Peugeot 208 terpakai: RM45,000 – RM 50,000

Kia Cerato

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 06

Pada masa dahulu, Kia Cerato boleh dikatakan salah satu sedan segmen C dengan kelengkapan terbaik dalam pasaran. Ia kelihatan tampan, luas dan penuh dengan ciri kelengkapan.Satu-satunya kekurangan adalah trim kabin dalaman gentian karbon palsu yang tidak disenangi ramai.

Memandangkan lencana pada gril hadapan itu, harga pasti memihak kepada anda dan Kia Cerato juga patut ditinjau.

Harga Kia Cerato terpakai: RM 41,000 – RM 48,000

Baca: Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli?

Mazda 2

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 07

Mazda 2 mungkin mempunyai bahagian dalam yang sedikit lebih kecil daripada pesaingnya tetapi Mazda 2 menanggung kekurangan itu di perincian lain. Penggunaan bahan premium, kabin minimalis, bersama-sama dengan dinamik pemanduan yang sinonim dengan Mazda, anda mempunyai kereta segmen B yang lembut, bergaya dan terasa cukup bagus secara keseluruhan.

Harga juga agak tinggi di pasaran terpakai tetapi anda boleh Mazda 2 tahun 2016 atau 2017 bermula hanya di bawah RM 50k. Seperti biasa, langkah pembrokeran yang bijaksana akan menurunkan lagi harganya. 

Harga Mazda 2 terpakai: RM 47,000 ke atas

Baca: Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik!

Mitsubishi ASX facelift 2016 4WD

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 08

SUV sangat popular pada masa kini lantas mengekalkan harga terpakai yang stabil; walaupun untuk SUV yang berumur seperti Mitsubishi ASX. SUV daripada Mitsubishi ini antara perintis pasaran SUV dan masih bagus untuk digunakan.

Jika anda sedang mencari SUV kompak dengan kawalan kestabilan, anda pasti bertuah jika dapat menemui Mitsubishi ASX. Walau bagaimanapun, kelemahannya, anda perlu memilih varian 4WD kerana ia satu-satunya yang mempunyai ciri yang disebutkan di atas. Sebagai nilai tambah, varian 4WD turut disertakan dengan 7 beg udara.

Bukan senang untuk menemui satu unit di bawah markah RM 50k tetapi ia ada di luar sana. 

Harga Mitsubishi ASX terpakai: RM 47,000 ke atas

Baca: Mitsubishi ASX tamat pengeluaran, tiada model pengganti?

Nissan Sylphy B17

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 09

Dalam segmen yang didominasi oleh Honda Civic dan Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy tidak pernah benar-benar berpeluang untuk bersaing sengit. Lebih memilukan lagi apabila mengenangkan bahawa Nissan Sylphy boleh dinobatkan sebagai sedan yang paling selesa di antara ketiga-tiganya.

Dengan kabin dalaman yang luas, jurutera Nissan nampaknya tidak mahu memenangi sebarang anugerah di atas litar kerana Sylphy ditakdirkan untuk menjadi sebuah bot yang selesa dan mewah dengan pemanduan yang meluncur di sepanjang permukaan.

Menjadi salah satu model yang kurang popular bermakna harga memihak kepada anda.

Harga Nissan Sylphy terpakai: RM 35,000 – RM 44,000

Baca: Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli?

Toyota Vios NSP151

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 10

Jika kestabilan ketahanan adalah tema anda, tentunya anda akan memilih Toyota Vios. Lambang Toyota yang tersemat bermakna harga pasaran terpakai menyusut pada kadar yang lebih perlahan daripada kereta api KTM.

Toyota Vios facelift yang hadir pada akhir 2016 menyaksikan kawalan kestabilan standard merentasi varian; walaupun pada varian J-spesifikasi terendah.

Cara paling mudah untuk membezakan facelift adalah melalui jalur DRL LED di bawah lampu depan yang kelihatan seperti dipasang semula selepas ia meninggalkan kilang.

Manfaat lain dari facelift ini ialah enjin serba baharu, 1.5 liter 2NR-FE dual VVT-i serba aluminium baharu itu dipasangkan dengan kotak gear automatik CVT. Walaupun output kuasa lebih rendah, Toyota mendakwa enjin baharu itu sehingga 18 peratus lebih jimat minyak.

Harga Toyota Vios terpakai: RM 47,000 ke atas

Baca: Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik?

Ford Fiesta

Panduan: 10 kereta terpakai bawah RM 50k dengan Kawalan Kestabilan (VSC), elak beli kalau tiada ciri ini! 11

Jika anda benar-benar mahukan sesuatu yang tampil berbeza, lebih unik daripada Peugeot 308, apa kata pertimbangkan Ford Fiesta.

Anda boleh memilih sama ada Ford Fiesta 1.5 atau EcoBoost kerana harganya lebih kurang sama. Jika hatchback inilah yang satu-satunya kenderaan yang boleh diakses dengan akaun bank anda ketika ini, pastikan anda membaca panduan Ford Fiesta terpakai kami di pautan di bawah.

Harga Ford Fiesta terpakai: RM24,000 – RM 44,000

Baca: Panduan: Ford Fiesta terpakai serendah RM 12k, hatchback 'conti' murah tapi bermasalah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda