Panduan: Honda City Hybrid (GM7) terpakai kini serendah RM 60k, pilihan terbaik sebelum harga minyak naik?
Haris · May 28, 2022 11:59 AM
Honda City Hybrid GM7 terpakai berharga serendah RM 55k
Transmisi DCT pada model Honda
Patutkah ini menjadi hibrid pertama anda?
Honda City Sport Hybrid i-DCD adalah salah satu daripada tiga model hibrid Honda Malaysia yang diperkenalkan beberapa tahun lalu, dua lagi ialah Jazz Hybrid dan HR-V Hybrid.
Ia menandakan peralihan dari segi trenkuasa untuk Honda, kerana model hibrid IMA (Integrated Motor Assist) satu generasi sebelum hanya ditawarkan dengan transmisi CVT.
Sebagai gantinya, sistem i-DCD yang lebih terkini pada masa itu menggunakan transmisi dwi0klac (DCT), sesuai dengan nama dan karakter Sport Hybrid.
Dengan Sport Hybrid, Honda City pastinya menawarkan suatu pengalaman pemanduan yang jauh lebih menarik berbanding varian petrol biasa. Kesemua ini adalah hasil daripada peralihan spesifikasi trenkuasanya.
Oleh kerana berat tambahan bateri litium-ion di dalam but belakang, Honda terpaksa menggunakan pengukuhan tambahan pada bulkhead belakang serta memberikannya tiang-A yang lebih tegar. Terdapat juga nisbah stereng yang ditala semula dan penalaan suspensi yang diolah semula untuk memberikan City Hybrid dinamik pemanduan yang lebih baik daripada varian petrol biasa.
2015 Honda CITY S+ I-VTEC 1.5
RM 47,800
RM 524
/bulan
102,899 km
8.5 years
Cheras
2016 Honda CITY E 1.5
RM 50,300
RM 590
/bulan
107,923 km
6.5 years
Kuala Lumpur
2016 Honda CITY V I-VTEC 1.5
RM 55,000
RM 603
/bulan
97,069 km
7 years
Cheras
Varian City Hybrid yang ditawarkan
Tidak seperti Honda City RS e:HEV semasa yang menjadi varian teratas, ciri kelengkapan City Hybrid i-DCD generasi lama ini sebenarnya berdasarkan spesifikasi pertengahan City 1.5E.
Tiada LED
Oleh itu, ia tidak dilengkapi dengan ciri yang khas pada varian City 1.5V teratas, seperti lampu depan LED, lampu kabus hadapan, spoiler penutup but, stereng berbalut kulit dan beg udara tirai.
Ketika pelancaran, Honda City Hybrid berharga RM 89,200, sedikit lebih murah berbanding tanda harga RM 92,000 untuk City 1.5V dengan spesifikasi terbaik.
Alasan untuk mempertimbangkan City Hybrid
Pertama sekali, alasan terbaik untuk memilih Honda City Hybrid berbanding varian petrol biasa ialah rangkaian kuasanya yang lebih canggih.
Jika anda masih ingat, varian petrol biasa Honda City mendapat enjin 1.5 liter SOHC yang disambungkan pada transmisi CVT. Naik taraf dari itu, Honda City Hybrid menerima enjin 1.5 liter DOHC hibrid petrol-elektrik yang disambungkan pada transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan. Perbezaannya antara siang dan malam.
Terdapat lubang udara di bahagian sisi tempat duduk penumpang belakang untuk menyalurkan udara sejuk ke dalam pek bateri
Output sistem gabungan untuk Honda City Hybrid ialah 137 PS dan 170 Nm. Walaupun peningkatan kuasa ini mungkin tidak terlalu banyak, City Hybrid masih menjadi pilihan kami untuk dinamik pemanduan keseluruhannya.
Tuil gear elektronik futuristik
Memandangkan Honda City Hybrid menggugurkan transmisi CVT dan memihak kepada DCT, peralihan gear amat pantas. Ditambah pula dengan paddle shifter yang dipasang pada stereng, anda kini mempunyai sedan segmen B yang menyeronokkan untuk dipandu yang juga sangat menjimatkan minyak.
Ya, kerana akhirnya, City Hybrid, walaupun menggunakan nama Sport Hybrid pada namanya, ia masih mampu memberikan sedikit sebanyak kadar penjimatan bahan api yang mengagumkan.
Secara purata, pemilik sedan sporty ini telah melaporkan angka penggunaan bahan api sekitar 5 liter/100 km (20 km/L) hingga 3.3 liter/100 km (30 km/L).
Harga City Hybrid terpakai
Honda City Hybrid 2017 terpakai secara amnya akan dijual pada harga kira-kira RM 60k, manakala model 2018 berlegar sekitar RM 65k. Unit yang dibuat pada tahun 2019 biasanya berharga sekitar RM 68k.
Masalah Honda City Hybrid GM7
Walaupun terdapat stigma yang meluas terhadap kenderaan hibrid, Honda City Hybrid adalah model yang agak bebas daripada masalah.
Walaupun sesetengah pemilik melaporkan bahawa kereta itu memaparkan mesej ralat seperti “Check Transmission, Reverse Gear Not Available”, atau “Check System, Stop Driving When Safe”, ia selalunya berpunca daripada bateri 12V yang telah rosak dan memerlukan penggantian.
Bagaimana pula dengan isu inverter yang selalu ditemui dalam model hibrid?
Honda i-DCD tidak mempunyai masalah itu kerana ia tidak mempunyai inverter pada awalnya - sebenarnya ada, tetapi ia disepadukan ke dalam unit kuasa Intelligent Power Unit (IPU), dan bukan suatu bahagian yang anda boleh digantikan secara berasingan.
Berdasarkan pengetahuan kami, kegagalan inverter amat jarang berlaku. Terdapat kes terpencil di mana inverter gagal tetapi tiada pemilik yang diketahui terpaksa membaikinya di luar tempoh jaminan.
Bagi kos penggantian bateri, Honda Malaysia menyatakan kos kira-kira RM 5,500 untuk menggantikan pek bateri Litium-ion.
Oleh itu, untuk lebih ketenangan fikiran, adalah sangat disyorkan untuk memilih City Hybrid yang lebih baharu, lebih deal lagi yang masih mempunyai waranti pengeluar.
City Hybrid, sama seperti model Honda lain yang dijual oleh Honda Malaysia, dilindungi oleh waranti perbatuan 5 tahun tanpa had. Selain itu, ia juga dilindungi oleh perbatuan tanpa had 8 tahun untuk bateri hibrid.
Konklusi
Dengan segala yang telah dijelaskan di atas, Honda City Hybrid masih lagi sebuah model yang tahan. Pengalaman pemanduannya jauh lebih menarik daripada varian petrol, dan pada tahap tertentu, lebih baik dalam beberapa aspek berbanding Honda City RS e:HEV semasa.
Masih ada sedikit kekurangan, di mana anda kehilangan beberapa ciri tambahan seperti beg udara tirai dan lampu LED, tetapi jika penggunaan bahan api adalah apa yang anda cari, ini adalah satu pengorbanan kecil.
Lagipun, dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa subsidi bahan api bakal disasarkan kepada kumpulan B40 yang layak, jangkakan harga bahan api RON95 akan meningkat bagi mereka yang tidak layak menerima subsidi. Oleh itu, memaksimumkan setiap titisan minyak akan menjadi tema baharu untuk rakyat Malaysia.
Toyota Prius terpakai mungkin lebih murah, tetapi ia juga jauh lebih tua dan sudah tiada jaminan pengeluar. Atas sebab itu sahaja, sukar untuk terlepas pandang prospek nilai yang dibawa oleh City Hybrid.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen