window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k?

Haris Β· Nov 23, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 01

Toyota Rush mungkin lebih terkenal dengan lambang Perodua tetapi lambang Toyota tetap mempunyai peminat yang sendiri. Pengeluar lain ketika itu sibuk mengeluarkan model sedan dan hatchback namun Toyota dan Perodua hadir dengan SUV kompak, sebuah langkah yang melawan aruz.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 01

Sambutan bagi SUV 7 tempat duduk terawal ini mungkin merudum selepas generasi kedua diperkenalkan tetapi ia bukanlah penamat bagi jenama Toyota Rush. Tinjauan kereta terpakai mendapati bahawa Toyota Rush masih memegang nilai jualan sekitar 25% - 30% harga jualan selepas lebih 10 tahun. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 01

Oleh kerana nilai jualan yang masih tinggi, adakah ini bermakna Toyota Rush generasi pertama masih berbaloi untuk dipertimbangkan?

Bukti pengaruh jenama?

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 02

Generasi pertama, dengan dagu Thanos

Toyota Rush generasi pertama masih popular walaupun versi rebadge Perodua Nautica dikatakan sebagai model Perodua dengan unit jualan paling rendah sepanjang zaman. Kekuatan jenama memainkan pengaruh yang besar di sini.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 03

Triniti jenama kereta

Toyota Rush generasi pertama ini pula merupakan rebadge daripada Daihatsu Terios generasi kedua. Sebelum rebadge sebagai Toyota Rush, Daihatsu Terios generasi pertama merupakan kereta induk bagi model ‘SUV’ lagenda Malaysia, Perodua Kembara. Pusing-pusing situ juga.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 04

Boleh dikatakan, Toyota Rush generasi pertama adalah keseinambungan daripada kejayaan Perodua Kembara ketika rebadge Perodua (Perodua Nautica) gagal mendapat sambutan. Mungkin disebabkan itu, Toyota Rush generasi pertama ini jauh lebih popular berbanding Toyota Rush generasi kedua.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 05

2 facelift diterima oleh Toyota Rush sejak pelancarannya pada tahun 2008 iaitu pada tahun 2011 dan 2015. Selepas itu, Toyota Rush generasi kedua dilancarkan atau lebih dikenali sebagai Perodua Aruz.

Kelebihan Toyota Rush

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 06

Selalunya kekurangan dan masalah model kereta terpakai akan diberitahu dahulu tetapi untuk Toyota Rush generasi pertama, ada berita yang agak baik untuk anda.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 07

Toyota Rush menggunakan enjin, casis dan transmisi yang sama dengan Toyota Avanza 1.5. Oleh yang demikian, kedua-duanya berkongsi alat ganti yang sama dan masih boleh ditemui. Tidak keterlaluan juga jika kami mengatakan bahawa terdapat alat ganti berkaitan enjin yang sama dengan Perodua Myvi 1.5.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 08

Toyota Rush juga mempunyai posisi pemanduan yang tinggi dan tempat duduk kedua boleh dilipat habis untuk lebih ruang kargo.

Kekurangan dan masalah Toyota Rush

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 09

Di suatu sudut yang lain, Toyota Rush merupakan rebadge daripada Daihatsu Terios. Kualiti binaan Daihatsu tidak sebaik Toyota dan ini jelas dirasai oleh pemilik awal Toyota Rush.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 10

Disebabkan ia berkongsi aspek teknikal dengan Toyota Avanza 1.5, ini juga bermaksud bahawa Toyota Rush turut mempunyai kekurangan yang sama dengan Toyota Avanza. Lelah kuasa (under power) dan sistem suspensi yang sedikit keras sehingga terasa melompat.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 11

Jangkakan untuk menukar segala-gala yang berkaitan dengan sistem gantungan seperti bush, lower arm, absober jika anda membeli Toyota Rush generasi pertama secara terpakai. Itu adalah antara saranan kumpulan pemilik Toyota Rush generasi pertama.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 12

Masalah suis brek menyala. Gambar: Firdaus

Pastikan juga untuk memeriksa getah-getah yang telah haus seperti pada suis brek. Masalah lain yang utama adalah pada kotak gear tetapi selalunya terjadi jika pemilik pertama yang tidak menjaga minyak pelincir transmisi.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 13

Jadi, hati-hati bila anda sedang mencari Toyota Rush generasi pertama. SUV kompak ini tahan lasak dan selalu dilenjan. Pastikan buku servis boleh dibuktikan dengan jarak perbatuan yang munasabah mengikut tahun. Mungkin, mencari sebuah model yang elok dan ‘jujur’ inilah masalah terbesar Toyota Rush.

Model mana yang boleh dipertimbangkan?

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 14

Jika anda sedang mempertimbangkan model Toyota Rush, pastikan anda memilih varian S (paling atas). Hal ini kerana hanya varian paling atas sahaja yang dilengkapi dengan 2 beg udara dengan ABS + EBD.

Varian bawah daripada S hanya mempunyai 1 beg udara di bahagian pemandu tanpa ABS.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 15

Walaubagaimanapun, model tahun 2015 (facelift kedua) mempunyai 2 beg udara dan ABS pada kesemua varian. Jika anda ragu-ragu dengan 2 beg udara, model terbaru tahun 2020 juga masih ada yang menggunakan 2 beg udara.

Model tahun 2015 juga dilengkapi dengan stereng kuasa elektronik. 

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 16

Kesemua model menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder 3SZ-VE yang turut digunakan pada Toyota Avanza, Perodua Alza dan Perodua Myvi SE. Jadi, masalah enjin kurang ditimbulkan di sini.

Kesimpulan

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 17

Toyota Rush milik En Dzully

Toyota Rush generasi pertama masih boleh dipertimbangkan jika ada yang sedang mencari sebuah SUV yang kompak. Ia mempunyai baris ketiga yang sesuai untuk kanak-kanak tetapi 7 tempat duduk bukan kekuatan utamanya.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 18

Apa yang dijangkakan daripada Toyota Rush generasi baru / Perodua Aruz boleh dijangkakan pada Toyota Rush generasi lama dari segi kendalian pemanduannya. Walaupun dengan jenama Toyota pada muncungnya, Toyota Rush mengalami susut nilai yang agak tinggi.

Panduan kereta terpakai: Toyota Rush sebelum Aruz, SUV kompak berbaloi pada RM 30k? 19

Toyota Rush oleh Aki

Jadi adakah susut nilai ini memberi kelebihan pada anda? Jika anda benar-benar sukakan rekaan Toyota Rush ini atau mencari sebuah kenderaan kedua yang boleh dipercayai, apa salahnya pertimbangkan Toyota Rush ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota Rush 1.5G AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda