window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord?

Faisal · Apr 3, 2021 12:00 PM

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 01

Di Malaysia, pasaran sedan segmen D diterajui oleh Honda Accord dan Toyota Camry. Kedua-dua model ini sering menjadi pilihan ramai kerana kos penjagaan yang rendah dan boleh digunakan untuk jangka hayat yang panjang. Tetapi untuk mereka yang sudah bosan dan mahukan sesuatu yang lebih unik dan premium, Mazda 6 generasi sekarang memberikan pakej yang jauh lebih menarik.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 02

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Mazda 6 generasi sekarang terkenal dengan gaya dan reka bentuk Kodo Mazda yang cukup seksi. Walaupun sudah memasuki tahun ke-9, ia masih kelihatan seperti sebuah model baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 01

Sewaktu mula-mula keluar dahulu, ia ditawarkan dengan varian dan harga seperti berikut:

  • 2.0L Sedan: RM 159,455
  • 2.5L Sedan: RM 189,728
  • 2.5L Touring: RM 193,832

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 02

Menariknya, ini merupakan Mazda 6 pertama yang datang dengan teknologi SkyActiv. Teknologi ini kiranya menerapkan sentuhan emosi pada casis, trenkuasa, dan pengalaman memandu. Varian 2.0L mempunyai 153 PS/200 Nm. Varian 2,5L pula hadir dengan 185 PS/250 Nm. Kedua-dua sumber kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 03

Memandangkan Mazda 6 generasi ini bertakhta lama dalam pasaran, ia telah diberi sehingga 5 kali kemaskini seperti di bawah:

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 04

Papan pemuka yang direka semula.

Facelift 2015: 2.0L sedan - RM 159,158, 2.5L sedan - RM 194,647 dan 2.5L Touring - RM 198,647. 

  • Papan pemuka baru
  • Konsol tengah baru dengan brek parkir elektrik (EPB)
  • Rim berwarna gunmetal (2.5)
  • Lampu depan dan belakang jenis LED (2.5)
  • Head-up display (HUD, 2.5)

Kemaskini 2017: 2.0L sedan - RM 165,518, 2.5L sedan - RM 201,007 dan 2.5L Touring - RM 211,006 (termasuk insurans).

  • G-Vectoring Control (GVC)
  • Roda stereng baru
  • HUD berwarna (2.5)
  • Paparan pelbagai maklumat MID berwarna (2.5)

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 05

Kemaskini 2018: 2.0L sedan - RM 156,190, 2.5L sedan - RM 189,698 dan 2.5L Touring - RM 193,472.

  • Penambahan kuasa enjin: 2.0L (164 PS/213 Nm), 2.5L (195 PS/258 Nm)
  • Wajah depan yang dimodenkan
  • Lampu depan dan belakang LED yang lebih baru
  • Roda 19 inci baru (2.5)
  • Fungsi kunci pintu walk-away (2.5)
  • Papan pemuka dan konsol tengah yang baru
  • Trim pintu yang baru
  • Tempat duduk baru
  • Kamera 360-darjah (2.5)

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 06

Kemaskini 2019: 2.0L sedan - RM173,659, 2.5L sedan - RM211,148 dan 2.5L Touring - RM215,148.

  • GVC Plus
  • Apple CarPlay dan Android Auto

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 07

Kemaskini 2021: 2.0L Sedan - RM 170,917, 2.5L Sedan - RM 207,642 dan 2.5L Touring - RM211,478.

  • Roda 19 inci berwarna hitam kilat (2.5)
  • Cermin sisi berkemasan hitam kilat (2.5)
  • Bahan kulit merah Burgundy Red (2.5)
  • Apple CarPlay nirwayar
  • Fungsi kunci pintu automatik walk-away untuk 2.0
  • Paddle shift untuk 2.0

Juga bacaMazda 6 2021 diperbaharui di Malaysia – standard dengan 'wireless' Apple CarPlay!

Varian mana yang patut anda beli dalam pasaran terpakai?

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 08

Khusus untuk yang hendak membelinya secara terpakai, kami mengesyorkan untuk terus ke varian 2.5 kerana kelengkapannya cukup tinggi. ADAS pun ada.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 09

Varian 2.0 pula akan lebih murah untuk dijaga kerana rodanya lebih kecil. Lagi satu, varian ini juga tiada komponen kapasitor i-Stop yang mana kalau rosak, harga untuk menggantinya agak tinggi.

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 60,000
    RM 677
    /bulan

    88,538 km

    10.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0

    RM 77,000
    RM 808
    /bulan

    102,174 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 62,400
    RM 655
    /bulan

    62,745 km

    10 years

    Kuala Lumpur

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 01

Model facelift pertama.

Apapun, kami cadangkan untuk anda terus ke model facelift yang bermula pada tahun 2015/2016. Julat harganya kini antara RM 62k ke RM 95k.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 02

Papan pemuka pada Mazda 6 model awal.

Keluaran model pra-facelift pula boleh didapati pada harga serendah RM 55k.

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 60,000
    RM 677
    /bulan

    88,538 km

    10.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0

    RM 77,000
    RM 808
    /bulan

    102,174 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 62,400
    RM 655
    /bulan

    62,745 km

    10 years

    Kuala Lumpur

Isu umum dan permasalahan

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 01

WH Oneplus Auto

Kami telah merujuk pakar Mazda di WH Oneplus Auto cawangan Bangi untuk mengetahui isu umum mengenai Mazda 6 generasi GJ. Secara amnya, ia lebih mahal daripada si Toyota dan Honda tetapi itu pun sebab harga alat gantinya sedikit tinggi.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 02

Kredit: WH Oneplus.

Antara isu yang sering pemilik hadap ialah bunyi “kruk kruk” pada suspensi depan. Menurut WH, hal ini berpunca dari bushing yang terlalu besar sehingga terkena bahagian casis. Untuk menukar bushing yang lebih sesuai, pemilik perlu berbelanja sekitar RM2,000. Malangnya, bushing ini turut menjejaskan lower arm. Sekiranya perlu, harga untuk menukar lower arm yang baru mencecah RM 500 – RM 600 untuk sebelah.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 03

Kredit: WH Oneplus.

Selain itu, masalah kegagalan kapasitor pada sistem auto start-stop juga sering berlaku pada pemilik Mazda 6 2.5. Kalau terjadi, sistem auto start-stop tidak akan berfungsi. Menurut WH, kos untuk menukar kapasitor i-Stop ini berharga sekitar RM 2,500 - RM 4,500, bergantung pada unit baru atau terpakai.

Masalah Komponen yang terlibat Kos pembaikan
Bunyi suspensi depan

Bushing depan

Lower arm

RM 2,000

RM 500 - RM 600

Start-stop gagal berfungsi Kapasitor i-Stop/i-ELOOP

RM 2,500 (terpakai)

RM 4,000 (baru)

Bunyi belt merengek Pengetat tali kipas RM 650
DRL tak nyala, air masuk Lampu RM 450 (tukar lensa)
Bunyi ketukan sewaktu selekoh Drive shaft depan RM 2,500

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 04

Dalam masa yang sama, isu yang selalu berlaku pada pemilik Mazda 6 (dan CX-5) adalah kehausan pad brek dan cakera yang pra-matang.

Apapun, puncanya adalah pin brek yang mudah tersekat akibat longgokan habuk

Bagaimana pula denga kos pembelaannya?

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 05

Kredit: WH Oneplus.

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai kereta buatan Jepun, kos penjagaan Mazda 6 cukup rendah. Cumanya, alat gantinya sedikit mahal berbanding Honda dan Toyota kerana ia lebih canggih. Contohnya, kereta Mazda di era SkyActiv menggunakan bateri jenis EFB. Untuk Mazda 6, bateri Q85 yang digunakan berharga sekitar RM 480 - RM 580.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 06

Kredit: WH Oneplus.

Bercakap mengenai SkyActiv, enjinnya menggunakan suntikan direct-injection. Hasil suntikan ini menyebabkan karbon terkumpul di dalam enjin. Sampai satu tahap, sisa karbon ini perlu dibersihkan supaya komponen enjin dapat berfungsi dengan optimum. Menurut WH, pembersihan karbon boleh dibuat dengan harga RM 580. Apapun, istilah “decarbonised” ini hanya untuk setiap 100,000 km sahaja.

Kos asas buat penjagaan Mazda 6 GJ
Varian 2.0 2.5
Cukai jalan (RM) 380 880
Saiz tayar 225/55 R17 225/45 R19
Tayar/biji (RM) 400 650
Bateri (Q85 EFB) 450

Juga bacaMazda 6 2021 diperbaharui di Malaysia – standard dengan 'wireless' Apple CarPlay!

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 07

Konklusi

Walaupun telah lama berada di pasaran, Mazda 6 terpakai tetap mempesonakan dan masih nampak baru.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 08

Ditambah pula dengan rupa paras yang seksi dan mutu buatan Jepun yang boleh dipercayai, sedan segmen D yang menggiurkan ini boleh menjadi pembelian yang paling memuaskan untuk anda yang tidak mahu kereta kontinental.

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord? 09

Bagi anda yang berminat, Carlist ada banyak Mazda 6 terpakai yang dijamin dalam keadaan baik dan boleh dipercayai.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mazda 6 Sedan 2.0 SkyActiv-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda