window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan?

Haris · Apr 10, 2021 11:59 AM

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 01

BMW memang terkenal dengan rekaan yang radikal. Dengan tema terbaru BMW yang berkisar tentang cara memaksimumkan penggunaan kidney grill, model-model zaman 2000 kelihatan seperti generasi terakhir yang memiliki rekaan yang malar segar.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 02

Joji Nagashima bersama-sama dengan rekaan beliau

Jika anda mempunyai pendapat yang sama, mungkin anda akan mempertimbangkan model BMW 3 Series generasi E90 ini. Hasil tangan Joji Nagashima ini menjadi rujukan pada model F30 seterusnya, memberikan suatu penampilan moden dan menangkap arus zamannya. Atas sebab inilah, ia kelihatan masih bergaya pada masa kini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 01

Joji Nagashima sedang bekerja

Oleh yang demikian, adakah BMW 3 Series E90 ini mampu menjadi model klasik BMW masa depan? Jika anda berminat, ia masih boleh ditemui ketika ini dan mungkin anda mempertaruhkan sesuatu yang akan menguntungkan anda dengan hanya menyimpannya.

Masalah BMW 3 Series E90

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 02

Perkara pertama yang kami dapat selepas merujuk kepada pemilik AutoDeutsch KL, beliau langsung menjawab bahawa model BMW 3 Series E90 dengan kualiti binaan yang agak baik, setaraf dengan model Mercedes-Benz C-Class W203.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 03

Komen beliau juga ringkas, BMW 320i E90 selalunya mempunyai masalah kebocoran enjin. Kos bagi membaiki masalah ini juga bergantung kepada komponen mana yang terlibat.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 04

Tinjauan kami turut mendapati bahawa masalah ini berkaitan dengan masalah ‘enjin makan minyak hitam’. Antara bengkel yang berkongsi masalah ini adalah CentRoy Bimmers Autoworks.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 05

Simptom kegagalan enjin N46B20 ini jelas, minyak hitam asyik perlu ditambah dan asap hitam keluar dari ekzos kereta. Hal ini disebabkan oleh pemilik tidak menggunakan minyak yang disyorkan oleh BMW. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada kedap batang injap (valve stem seals) dan gelang omboh (piston ring). Masalah juga dikatakan selalu berlaku pada setiap selang 50,000 km jarak perbatuan.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 06

Foto: CentRoy Bimmers Autoworks

Siapkan bajet bermula dari RM 1,300 untuk menyelesaikan masalah ini. Jika kereta anda memerlukan servis lebih, proses top overhaul boleh memakan kos sekitar RM 2k - RM 3k. Rujuk bengkel masing-masing untuk sebut harga yang lebih terperinci.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 07

Foto: CentRoy Bimmers Autoworks

Selain daripada masalah ini, jangkakan juga untuk menukar komponen yang haus seperti brake pad, getah, sesendal (bushing), tombol i-Drive, lengan kawalan hadapan (front arm) dan sebagainya. Kosnya juga sedikit tinggi, boleh mencecah hampir 5 angka.

Kos servis dan penyelenggaraan

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 08

Foto: Autodeutsch KL

Untuk kos servis dan penyelenggaraan pula, tugas-tugas ini perlu dijalankan pada setiap selang 10,000 km jarak perbatuan dengan anggaran sekitar RM 450 dan RM 550.

Transmisi ZF juga disarankan untuk selalu diselenggara mengikut selang jarak setiap 100,000 km seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Kos selenggara transmisi ini adalah sekitar RM 1,000.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 09

Perlu diingatkan, untuk penyelenggaraan transmisi, terdapat pelbagai pendapat mengenai selang jarak yang diperlukan. Paling konservatif yang pernah kami terima adalah setiap 30,000 km manakala paling optimis adalah tak perlu tukar sepanjang hayat - seperti yang didakwa oleh BMW sendiri. Pemilik perlu menganggarkan sendiri sela jarak yang sesuai dengan pemanduan masing-masing.

Model mana yang disyorkan?

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 10

BMW 320d E90

BMW 320d E90 adalah pilihan yang disyorkan sekiranya anda ingin bergaya sambil berjimat. Malah, enjin diesel BMW adalah antara enjin yang terbaik justeru tidak salah jika ingin mencubanya. Cuma jangan selalu meligatkan (rev) enjin depan rumah nanti asap berbau diesel menyusup masuk ke dalam rumah. Model ini juga sesuai untuk mereka yang suka memandu pada jarak jauh.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 11

BMW 325i M Sport

Selain itu, model 325i juga masih nampak menarik. harga jualan asal adalah sekitar RM 309,800 untuk varian 325i Sports. Ia kini boleh didapati serendah RM 60k untuk model yang tidak melebihi 10 tahun dari tahun 2021.

Secara umumnya, model facelift LCI yang dilancarkan pada tahun 2008 ke atas juga lebih disyorkan.

Kesimpulan

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 12

Terus terang cakap, jika anda kurang berkemampuan untuk membela sebuah BMW ketika ia baharu, berkemungkinan besar model terpakai BMW pun masih agak mahal untuk anda. Kualiti dan standard BMW kekal tinggi walaupun harga jualan terpakai jatuh terciduk.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 13

Namun, jangan jadikan itu suatu alasan untuk tidak merasai kualiti pemanduan dan binaan BMW 3 Series E90 yang sangat mantap ini. Sekurang-kurangnya, semak panduan ini sebelum membeli supaya tahu sedikit sebanyak mengenai model ini.

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan? 14

Melihat ke masa hadapan, BMW 3 Series E90 memang ada peluang untuk menjadi sebuah kereta klasik. Siapa tahu, fenomena BMW 3 Series E30 yang kini menjadi idaman peminat kereta klasik boleh berlaku pada model E90? Kedua-duanya menjadi ikonik selepas peminat menyedari bahawa rekaannya yang menangkap arus zaman sekaligus menonjolkan penampilan yang malar segar.

Nak panduan BMW lain?

BMW 3 Series E46 – kini serendah RM13k, baloi angkat ‘second hand’?

BMW 5 Series F10 – kini serendah RM 114k, baloi angkat ‘second hand’?

Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda