![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 01]()
Sejak Honda civic FC dilancarkan pada tahun 2016, ia telah menjadi kehangatan dalam pasaran automotif tempatan. Pencapaian ini berterusan dengan model facelift yang memberikan beberapa penambahbaikan. Ia telah terjual sebanyak 2,900 unit sejak dilancarkan pada Februari yang lalu.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 02]()
Walaupun industri kini berpindah kepada kenderaan jenis SUV, Honda Civic masih diminati ramai.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 01]()
Dengan 2 pilihan enjin melalui 3 varian, ramai memilih enjin 1.5 Turbo berbanding 1.8. Antara sebabnya ialah prestasi yang lebih tinggi, cukai jalan yang lebih murah, dan kelengkapan yang lebih banyak. Namun demikian, Civic 1.8 tidak terasa kosong sama sekali.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 02]()
Dari segi kuasa, model 1.5 TC-P jelas menyerlah. Anda memperolehi prestasi yang lebih tinggi di samping memiliki penjimatan pada cukai jalan.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 03]()
Berdasarkan rebiu kami, varian 1.5 TC-P mencatatkan pecutan 0-100 km/j selama 8.2 saat. Kami belum membuat rebiu varian 1.8 S tetapi menurut Honda, ia mencatatkan masa selama 10.4 saat untuk pecutan abad yang sama. Kedua-dua varian memiliki kelajuan tertinggi pada 200 km/j.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 04]()
Walaupun posisi kerusi agak rendah, Civic tidak memberikan keseronokan pemanduan seperti Mazda 3. Ia juga tidak selesa seperti Toyota Corolla Altis. Civic sebenarnya berada di tengah-tengah dari segi dinamik.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 05]()
Dari segi rupa paras, varian 1.5 TC-P kelihatan lebih sporty dengan spoiler di belakang dan roda 18 inci yang lebih besar berukuran 235/40 R18. Untuk maklumat anda, ia juga didatangkan khusus dengan tayar Michelin Pilot Sport 4. Jika dibandingkan, varian 1.8 S hanya didatangkan dengan roda 16 inci.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 06]()
Dari segi kelengkapan, varian tertinggi TC-P didatangkan lengkap dengan ciri keselamatan seperti Honda LaneWatch dan Honda Sensing. Namun demikian, varian 1.8 S masih memiliki kelengkapan keselamatan yang mencukupi seperti 6 beg udara dan kawalan keselamatan asas.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 07]()
Kedua-dua varian didatangkan dengan paparan infotainment 7 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
![Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo? 08]()
Dengan itu, Civic manakah pilihan anda? Sesetengah pihak berpendapat bahawa Civic 1.5 TC-P ialah varian yang paling berbaloi walaupun dengan perbezaan harga sebanyak RM26,000.
Varian 1.8 S pula tidak dilengkapi dengan sistem keselamatan yang penuh tetapi ia sudah memadai sekiranya anda ingin berjinak dengan sebuah Honda Civic.