window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai?

Haris Β· Mar 5, 2021 08:00 PM

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 01

Tak dinafikan, Honda CR-V adalah model SUV yang sudah lama bertapak dalam hati rakyat Malaysia. Sejak daripada pengenalan model ini pada tahun 2001, Honda CR-V telah menampilkan ruang but belakang yang sangat besar dalam kelasnya, melonjakkan ia menjadi SUV paling digemari di Malaysia.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 02

Honda CR-V G4 facelift. Foto: Cars of Malaysia

Malah, Honda juga turut menolak untuk meletakkan 2 tempat duduk belakang dalam Honda CR-V seperti mana pengeluar lain seperti Nissan X-Trail dan Mitsubishi Outlander untuk mengekalkan ciri terbaik ini pada Honda CR-V.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan reputasi yang sangat memberansangkan, harga susut nilai bagi Honda CR-V generasi ke 4 kini serendah RM 60k, membangkitkan keinginan para bapa untuk membelinya. Oleh itu, ini sedikit panduan bagi mereka yang berminat dengan Honda CR-V terpakai!

Generasi Honda CR-V

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 01

Honda CR-V G2

Generasi Honda CR-V yang terawal sampai di Malaysia secara rasmi adalah Honda CR-V generasi kedua yang dijual secara CKD pemasangan kilang Melaka pada tahun 2001 - 2006. Ketika itu, model ini dijual pada harga sekitar RM 146k dan ini menjadi penanda aras harga kepada harga-harga CR-V yang akan datang.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 02

Honda CR-V G3. Foto oleh Cars of Malaysia

Generasi ketiga Honda CR-V pula hadir pada tahun 2007 - 2012 manakala model generasi keempat pula hadir pada tahun 2013 - 2016. Kedua-dua model ini mendominasi pasaran SUV segmen C di Malaysia sambil menggondol beberapa anugerah SUV terbaik sepanjang penawarannya.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 03

Honda CR-V G4

Model generasi keempat akan menjadi fokus utama artikel ini. Ketika dilancarkan, ia ditawarkan pada harga serendah RM 139k hingga RM 169k, sedikit murah berbanding model generasi terdahulu.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 04

Model facelift untuk generasi ke 4 hadir pada tahun 2015

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 05

Honda CR-V terbaru

Bagi model paling terkini Honda CR-V generasi kelima, ia ditawarkan dalam 4 varian (ketika dilancarkan, kini hanya 3 varian) dengan model asas menggunakan enjin 2.0 liter NA manakala varian atas menggunakan enjin 1.5 liter turbo. Model facelift telah dilancarkan pada tahun 2020.

Masalah Honda CR-V generasi keempat

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 06

Tiada model yang sempurna. Menurut tuan Nor Azman Norzaini dari AR Man Auto Care, antara masalah biasa yang dihadapi oleh Honda CR-V generasi keempat ini adalah masalah kebocoran enjin. Masalah ini akan berlaku kepada model sekitar 4-5 tahun ke atas. Bergantung pada bahagian (gasket, oil seal, o-ring), kos sekitar RM 400 - RM 900 diperlukan untuk baikpulih masalah ini.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 07

Selepas itu, terdapat juga masalah gegaran ketika kelajuan tinggi. Masalah ini berlaku disebabkan oleh driveshaft yang bergoyang atau rosak. Kos baik pulih masalah ini adalah sekitar RM 1,500 sebelah (periksa driveshaft sebelah kiri/kanan) jika menggunakan komponen original.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 08

Terdapat juga masalah kabin dalaman iaitu kerusi tidak boleh lipat. Hal ini disebabkan kekunci pada kerusi patah lalu menyebabkan kerusi tidak boleh dilipat. Kos baik pulih bagi komponen ini adalah RM 600.

Di samping itu, bagi Honda CR-V yang mempunyai masalah penyaman udara kurang sejuk disebabkan oleh kebocoran gas pada cooling coil atau kipas radiator tidak berfungsi. Bergantung kepada komponen mana, kos baikpulih bahagian ini adalah dalam julat RM 400 - RM 1,500.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 09

Akhir sekali, terdapat juga masalah auto tensioner / belting dengan simptom bunyi kasar pada bahagian enjin. Bergantung kepada komponen, kos baik pulih berada pada julat harga RM 300 - RM 800.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 10

Pembaca boleh mengunjungi AR Man Auto Care sendiri bagi mengetahui lebih lanjut tentang permasalahan Honda CR-V masing-masing atau rujuk tuan Nor Azman melalui pautan ini.

Kelebihan Honda CR-V

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 11

Model Honda CR-V kini baru sahaja menerima facelift generasi kelima pada tahun 2020 dengan pelancaran Honda CR-V generasi kelima pada tahun 2017. Hal ini bermakna, Honda CR-V generasi keempat kini sudah mengalami susut harga yang hampir separuh harga asal selepas 2 kemaskini.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 12

Juga didapati dalam pilihan enjin 2.4 liter

Ianya masih menampilkan ciri yang digemari ramai; ruang keluarga yang besar dan praktikal. Berdasarkan maklum balas pemilik, Honda CR-V generasi keempat ini masih baik jika dibandingkan dengan Honda CR-V 2.0 generasi kelima tetapi masih jauh kemampuan jika dibandingkan Honda CR-V 1.5 Turbo.

Kesimpulan

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 13

Dengan kapasiti ruang but sebanyak 598 liter dan mencapai 1,648 liter jika kerusi dilipat, Honda CR-V generasi keempat ini menampilkan nilai ruang yang masih baik.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 14

Masalah enjin yang dihadapi juga tidak begitu kritikal sampai perlu menyalin enjin dan masih boleh diuruskan pada kos yang agak rendah.

Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai? 15

Penampilan Honda CR-V generasi keempat juga masih cantik di mata dengan ciri kelengkapan yang masih baik. Malah, ini satu lagi petanda. Honda CR-V generasi ke 6 sudah dikesan! Adakah sekarang waktu yang baik untuk membeli Honda CR-V generasi 4 secara terpakai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda