window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan?

Haris · Feb 11, 2021 08:00 PM

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 01

Nissan Grand Livina generasi kedua dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Model tersebut kini dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Xpander berkongsi beberapa ciri-ciri namun mudah dibezakan dengan rekaan gril hadapan.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 02

Baca: Nissan Grand Livina generasi kedua

Hal ini menjadikan model Nissan Grand Livina generasi pertama adalah produk yang terhasil daripada Nissan sendiri dan bukannya perkongsian platform. Jualan Nissan pernah setanding Honda dalam suatu tempoh masa bermula tahun 2003 hingga 2013 di mana Nissan Grand Livina antara model yang menjadi taruhan Nissan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 01

Nissan Grand Livina pernah menjadi MPV bukan nasional terlaris di Malaysia pada tahun 2010. Kini lebih 10 tahun daripada reputasi tersebut, adakah Nissan Grand Livina terpakai ini berbaloi untuk dimiliki? Ikuti panduan membeli Nissan Grand Livina secara terpakai!

Generasi Nissan Grand Livina

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 02

Nissan Grand Livina dilancarkan di Malaysia pada tahun 2007 dengan 2 pilihan enjin iaitu 1.6 (manual dan automatik) dan 1.8 (automatik sahaja). Model pertama ini sebenarnya bersaing dengan Toyota Avanza di mana ia diposisikan sebagai sebuah MPV yang tidak berbuai-buai ketika memandu, suatu kekurangan pada Toyota Avanza.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 03

Tahun 2009 memperlihatkan Nissan Grand Livina ini menerima talaan oleh Impul di mana beberapa aksesori dan komponen Impul di tambah untuk meningkatkan lagi gaya dan kendalian pemanduan.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 04

Nissan Grand Livina 2011

Kemaskini kecil ditawarkan pada tahun 2011 yang menampilkan sedikit kemaskini pada bahagian gril hadapan termasuklah warna papan pemuka yang ditukar kepada hitam daripada putih sebelum ini.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 05

Nissan Grand Livina L11 2013

Pada tahun 2013, Nissan Grand Livina facelift (L11) dilancarkan. Model ini menerima pelbagai ciri-ciri moden ketika itu seperti butang penghidup tanpa kunci dan kemasukan tanpa kunci. Antara penambahbaikan yang ketara bagi model ini adalah ciri lipatan tempat duduk dengan satu langkah yang tidak lagi memerlukan pengguna untuk mengalihkan perehat kepala.

Masalah Nissan Grand Livina

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 06

Gambar dari Brohizat Workshop

Menurut pemilik bengkel Brohizat Speedwork Workshop, ada 3 masalah utama Nissan Grand Livina yang diberi nama 'masalah 3 serangkai'. 

Masalah tersebut adalah masalah lower arm bush, crossmember bush dan steering rack. Simptomnya adalah rasa melayang ketika kelajuan tinggi, bunyi-bunyi ketika jalan tak rata dan pemanduan yang kurang selesa.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 07

Gambar dari Brohizat Workshop

Bukan Nissan Grand Livina sahaja yang dibelenggu masalah tersebut, beberapa model Nissan lama seperti Nissan Latio juga terkena dengan masalah ini. 

Kos bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah sekitar RM 1,000 termasuk pemasangan tetapi ia mungkin akan pergi lebih tinggi lagi jika terdapat masalah lain.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 08

Gambar dari Brohizat Workshop

Dari segi trenkuasa, enjin Nissan Grand Livina dikatakan tidak memberi masalah namun transmisi automotik boleh terkena masalah gear tak boleh masuk.

Seperti biasa, penukaran kotak gear memakan kos yang tinggi, atas RM 3k untuk half-cut dan boleh mencecah 2 kali ganda bagi kotak gear original.

Dengan penjagaan kotak gear yang baik, Nissan Grand Livina dikatakan tidak memberi sebarang masalah kotak gear.

Tips membeli Nissan Grand Livina

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 09

Nissan Grand Livina L11 Impul

Model yang disyorkan adalah model Nissan Grand Livina facelift L11 di mana sela jarak penyelenggaraan model ini mengikut standard kereta moden iaitu pada sela jarak perbatuan 10,000 km.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 10

Model sebelum facelift mempunyai sela jarak penyelenggaraan yang rendah iaitu 5,000 km sahaja.

Kadar penggunaan minyak Nissan Grand Livina juga dikatakan agak memuaskan, sekitar 8 - 9 liter / 100 km. Namun ini lebih bergantung kepada cara pemanduan.

 

Kesimpulan

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 11

Konvoi pra PKP

Nissan Grand Livina pernah dinobatkan sebagai MPV bukan nasional terlaris pada tahun 2010. Hal ini bermakna kepercayaan kepada jenama Nissan ketika itu masih kukuh dengan tawaran produk yang kompetitif.

Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan? 12

Nissan Grand Livina pakej Impul

Apa yang ditawarkan pada Nissan Grand Livina sebenarnya lebih cenderung kepada model wagon, sama seperti Perodua Alza dan Toyota Wish. MPV ini kini boleh didapati pada harga serendah RM 30k, mungkin agak sesuai untuk mereka yang juga mahu berjinak-jinak untuk berniaga kerana praktikaliti yang ditawarkan.

Apa pula pendapat anda mengenai Nissan Grand Livina? Nyatakan di bahagian komen!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Grand Livina Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda