window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda?

Haris · Mar 15, 2021 08:00 PM

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 01

Proton Perdana lebih sinonim sebagai sebuah model mercu untuk Proton. Semenjak pelancaran generasi pertama, Proton Perdana diposisikan sebagai sebuah model eksekutif bagi penyokong jenama tempatan yang bercitarasa premium.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 02

DYMM Sultan Johor bersama nombor plat dan Proton Perdana milik baginda

Sebagai sebuah model mercu jenama automotif tempatan, Proton Perdana dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik pada harga yang lebih menarik. Ia juga digunakan sebagai kenderaan rasmi sesetengah jabatan awam sebelum ditukarkan kepada model Proton X70

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 03

Tiada lagi Proton Perdana dalam iklan promosi model jualan

Oleh sebab penukaran tersebut, Proton Perdana kini boleh didapati secara terpakai pada harga yang sangat rendah. Malah, iklan-iklan Proton juga sudah tidak menampilkan Proton Perdana, hanya model PIES sahaja. Oleh itu, adakah berbaloi untuk membeli Proton Perdana generasi kedua ini secara terpakai?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Latarbelakang Proton Perdana

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 01

Model untuk kegunaan kerajaan tiada perbezaan mekanikal dengan model pasaran umum, sekadar visual.

Melangkah terus kepada subjek artikel, Proton Perdana generasi kedua ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2013 untuk kegunaan kerajaan. Seperti yang diketahui ramai, Proton Perdana ini dibangunkan berasaskan model Honda Accord generasi ke 8.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 02

Pada tahun 2016, Proton Perdana menerima kemaskini facelift dengan tawaran enjin 2.0 liter dan 2.4 liter. Hal ini bermakna, Proton Perdana menjadi model pertama Proton yang dilengkapi dengan enjin 2.4 liter, kapasiti enjin paling besar untuk Proton (ketika artikel ini ditulis).

Model ini menjadi model Proton Perdana untuk pasaran orang awam.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 03

Varian 2.4 liter dilengkapi pedal anjakan (paddle shift) dengan warna 2 tona

Model ini juga tidak menggunakan transmisi punch CVT seperti model Proton yang lain, mengekalkan transmisi 5 kelajuan automatik daripada Honda. Malah, kebanyakan komponen Proton Perdana juga diambil ‘bulat-bulat’ daripada Honda Accord kerana Honda tidak membenarkan sebarang perubahan ketara dalam model rebadge mereka.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 04

Hal ini termasuklah tiada talaan Proton Ride & Handling yang menjadi sebutan peminat Proton. Proton juga mendakwa Proton Perdana adalah 50 kg lebih berat berbanding Honda Accord G8 dan juga lebih panjang (4,950 mm Honda Accord vs 4,999 mm Proton Perdana 2.0L vs 5,020 mm Proton Perdana 2.4L).

Masalah Proton Perdana generasi kedua

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 05

Gambar: Amin Photosyndrome

Tidak mengejutkan, Proton Perdana berasaskan Honda Accord generasi ke 8 kurang bermasalah kerana diasaskan oleh model dan trenkuasa yang sudah terbukti. Dengan jumlah pengeluaran yang rendah, tinjauan kami mendapati tidak banyak masalah major pada model ini.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 06

Antara masalah yang dikongsikan oleh pemilik adalah masalah stereng kuasa hidraulik. Simptom masalah ini adalah pusingan stereng terasa sedikit keras.

Antara punca masalahnya adalah kebocoran minyak stereng kuasa yang memerlukan penyelenggaraan yang rapi. Kos penukaran bagi masalah ini adalah sekitar RM 500 ke atas.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 07

Selain daripada itu, terdapat juga masalah elektronik kecil seperti sensor yang tidak berfungsi. Mungkin berpunca daripada kualiti pemasangan tempatan yang faham-faham sahajalah.

Bergantung kepada alat ganti, ia mungkin boleh diselesaikan dengan kos serendah RM 150 dan ke atas.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 08

Bukan Honda. Foto: Joe Beshir

Hanya catalytic converter sahaja yang dikatakan berlaku pada Proton Perdana dengan jarak melebihi 250,000 km perbatuan. Kos baikpulih masalah ini serendah RM 300 untuk menggantikannya.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 09

Dah bagitahu bukan Honda. Foto: Joe Beshir

Semak juga status masalah beg udara yang pernah meliputi beberapa model Proton Perdana generasi kedua ini. Proton pernah memanggil balik produk ini untuk menukar beg udara tersebut.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 10

Proton Perdana Limo ini juga boleh didapati? 

Proton Perdana generasi kedua ini boleh didapati pada harga serendar RM 60k dalam pasaran varian enjin 2.0 liter. Harga baharu kereta ini bermula daripada RM 113k.

Model Harga Baharu Harga Terpakai Kadar Penurunan
Proton Perdana 2.0 (2016) RM 103,930 RM 55,000 7.85% setahun
Proton Perdana 2.4 (2016) RM 126,850 RM 65,800 8% setahun

Harga pasaran terpakai ini nampak sangat memihak kepada pembeli. Walaubagaimanapun, sedikit tips yang boleh dikongsikan adalah periksa model di kedai kereta terpakai dengan sangat teliti dan buat perkiraan sebaiknya. 

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 11

Untuk kegunaan rasmi kerajaan

Status ‘bekas kenderaan rasmi kerajaan’ bukan suatu jaminan bahawa Proton Perdana tersebut kurang digunakan, malah, mungkin sebaliknya berlaku.

Kesimpulan

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 12

Ruang adalah kemewahan dan sedan segmen D dari Proton ini mampu memberikan anda ruang yang sangat luas. Selain itu, Proton Perdana ini juga mempunyai ketahanan yang sangat baik kerana diasaskan oleh jenama Honda yang terbukti andal.

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda? 13

Hanya pada artikel Proton Perdana boleh kita lihat 3 tokoh negara dalam satu artikel

Penggunaan enjin 2.0 liter dan 2.4 liter juga bermakna beberapa kos memelihara Proton Perdana ini sedikit tinggi seperti biasa contohnya kadar penggunaan minyak dan cukai jalan. Jika itu bukan masalah anda, memang inilah sedan segmen D paling berbaloi yang boleh anda beli.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda