window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela?

Zamil Syaheer · Aug 28, 2021 08:00 PM

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 01

Mewah, kereta kayangan, dan untuk orang ‘have-have’. Ini adalah antara perkataan yang biasa disebut untuk menggambarkan Toyota Alphard. Tak kisahlah generasi pertama (AH10), kedua (AH20) atau ketiga (AH30), Toyota Alphard ibarat Perodua Myvi – bersepah di jalan raya.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 02

Untuk rencana kali ini, mungkin anda sedang memasang hajat untuk membeli MPV mewah ini setelah sekian lama mengidam. Oleh itu, kami di WapCar – BM ingin membantu anda dengan memperincikan segalanya yang anda perlu tahu jika anda berminat untuk untuk membeli Toyota Alphard generasi kedua (AH20) secara terpakai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Toyota Alphard yang mana paling baik?

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 01

Alphard pra-facelift

Toyota Alphard generasi kedua (AH20) dilancarkan pada tahun 2008. Namun, pada masa itu di Malaysia, tidak ada versi yang diimport secara rasmi. Ini bermakna pembeli mempunyai banyak pilihan untuk memilih Alphard dengan pelbagai ciri, kelengkapan serta kemasan, walaupun tiada waranti rasmi daripada UMW Toyota (UMWT).

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 02

Enjin 3.5 liter V6 pada Toyota Alphard

Apa pun yang anda pilih, Alphard AH20 mempunyai dua pilihan enjin dan dua transmisi - enjin 2.4 liter, 4 silinder (170 PS, 224 Nm) dengan transmisi CVT, dan enjin 3.5 liter V6 (275 PS, 340 Nm) dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Pilihan enjin Toyota Alphard
Enjin Kuasa & Tork Transmisi
2AZ-FE
2.4 liter
170 PS, 224 Nm CVT
2GR-FE
3.5 liter
275 PS, 340 Nm 6AT

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 03

Alphard pra-facelift

Pada tahun 2011, Toyota mengeluarkan facelift pertama untuk model ini, dan pada tahun 2014 pula UMWT melancarkan Alphard secara rasmi di Malaysia. UMWT menawarkan dua pilihan varian iaitu 2.4G (RM 338,000 ketika baru) dan 3.5G (RM 398,000 ketika baru).

Walaupun Alphard import 'recond' mempunyai pelbagai pilihan ciri, kelengkapaan serta kemasan, unit UMWT dilengkapi dengan ciri standard seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Kelengkapan Toyota Alphard AH20 dari UMWT
  2.4G 3.5G
Lampu Bi-xenon Bi-xenon
Kemasan dalaman Kulit Kulit
Tempat duduk depan berkuasa Ya Ya
Tempat duduk barisan kedua berkuasa Ya Ya
Pintu gelongsor sisi berkuasa Ya Ya

But belakang berkuasa

No Yes
VSC Ya Ya
Beg udara 7 7
Kemasukan tanpa kunci/permulaan enjin Ya Ya
Sistem penghawa dingin 2-zon auto 2-zon auto

Kawalan pelayaran

Ya Ya
Kamera undur Ya Ya

Pilihan trenkuasa dari model pra-facelift dibawa ke model facelift. Walau bagaimanapun, unit 'recond' masih lagi dibawa masuk.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 01

Pada masa ini, anda boleh mendapatkan Toyota Alphard AH20 pra-facelift dengan harga serendah RM 70k. Apa yang lebih luar biasa ialah, dengan harga yang diminta, anda boleh memilih antara untuk membeli Alphard 'recond' dengan pilihan enjin 2.4 liter 2AZ-FE atau enjin 3.5 liter 2GR-FE.

Sekiranya anda mahukan Alphard AH20 terpakai yang diimport secara rasmi, sediakan sejumlah wang sekitar RM 105k untuk varian 2.4G 2014, sementara varian 3.5G 2014 pula sekitar RM 120k.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 02

Kiri: Nombor casis import 'recond'. Kanan: Nombor casis UMWT. Imej dari Carlist

Menariknya, nombor casis untuk model 'recond' (bermula dengan ANH20) dan UMWT (bermula dengan JTE) Alphard berbeza. Ini memudahkan urusan pengecaman sekiranya anda tidak pastis ama ada ia adalah model 'recond' ataupun UMWT.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 03

Beberapa Alphard AH20 import 'record' mempunyai kit badan G's

Kami mencadangkan anda untuk membeli model import 'recond' pra-facelift 2.4G (atau 240G) yang berharga sekitar RM 70k. Ini kerana ia mempunyai kemudahan seperti pintu gelangsar sisi berkuasa, pintu belakang berkuasa, sistem pencahayaan AFS, dan tempat duduk depan berkuasa.

Jangan risau, enjin 2.4 liter ini lebih dari cukup untuk membawa 7 orang penumpang sambil menikmati penjimatan dari segi kos cukai dan kos penggunaan bahan bakar.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 04

Contoh laporan lelongan Jepun, dan cara menguraikan butirannya

Perlu kami ingatkan bahawa membeli Alphard 'recond' mempunyai risiko yang lebih tinggi (tidak ada dua unit 'recond' yang serupa). Oleh itu, pastikan anda sudah melakukan kaji selidik sebelum mencari. Oleh kerana kebanyakan unit 'recond' di pasaran diimport dari Jepun, pastikan anda meminta atau membeli laporan lelongan.

Dengan sedikit bayaran, anda boleh membeli laporan lelongan tersebut dari laman web seperti recond.my yang memperincikan keadaan sebenar kereta. Anda hanya perlu nombor VIN kereta yang ingin anda periksa.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 01

Walaupun peniaga kereta 'recond' akan menunjukkan laporan lelongan kepada anda, lebih baik jika anda berbelanja sedikit wang untuk mendapatkannya sendiri. Ini kerana dokumen ini dapat diedit secara digital. Jika peniaga tidak mahu memberikan nombor VIN kepada anda, cari penjual kereta yang lain.

Ini sangat penting sekiranya terdapat gangguan jarak perbatuan, sejarah kemalangan dan keadaan umum unit yang anda cari.

Perlu juga kami ingatkan bahawa sistem infotainment kereta anda (sesuatu yang dapat diselesaikan dengan sistem aftermarket) dan kawalan utama (butang stereng, suis instrumen) kemungkinan besar menggunakan bahasa Jepun.

Kenapa saya patut beli Alphard?

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 02

Kemasan kayu coklat terang - rasa 'old school' sikit

Di Malaysia, ramai yang menganggap Toyota Alphard sebagai sebuah simbol status tanpa mengira generasi mana. Bahkan ia merupakan pilihan kereta untuk golongan kenamaan rasmi di Malaysia.

Oleh itu, jika anda mempunyai keluarga dan ingin kelihatan seperti anda berjaya dalam hidup, mempunyai Toyota Alphard di garaj anda akan membantu meningkatkan imej tersebut. Ia juga bagus untuk imej perniagaan anda.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 03

Kemasan kayu coklat gelap - nampak moden dah lebih elegan

Bahagian dalaman Alphard AH20 juga cukup lengkap. Secara umum, pemilihan bahan dan pilihan warna yang dipilih membuatkan kabin terasa lapang, dan itu bagus. Terdapat dua pilihan kemasan kayu di serata interior Alphard ini, iaitu gelap dan terang. Tepuk dada, tanya selera.

Lebih-lebih lagi, faktor bentuk Alphard memberikan ruang kabin yang sangat luas untuk para penumpang untuk bersantai. Tidak kira di barisan tempat duduk mana anda berada, terdapat banyak ruang kepala dan kaki untuk semua.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 04

Dari segi pengalaman pemanduan pula, ianya sebuah MPV besar yang ditugaskan khas untuk membawa penumpang dengan selesa tanpa banyak ragam, tak kisah varian, transmisi dan jenis enjin.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 05

Sila ubah mentaliti and jika anda rasa Alphard itu akan memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan.

Mahal tak nak jaga dan baiki Alphard?

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 01

Memandangkan Alphard diposisikan sebagai sebuah MPV mewah dengan enjin berseseran besar, penjagaan MPV ini semestinya jauh lebih mahal berbanding Honda HR-V. Namun, ia adalah sebuah Toyota – terkenal dengan kebolehpercayaan, tahan lasak, dan juga jarang buat hal.

Kang dari MD Auto mengatakan bahawa kedua-dua transmisi CVT dan 6AT pada umumnya tahan selagi anda memandunya dengan cermat dan menukar minyak transmisi tepat pada waktunya.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 02

Untuk sesetengah pihak, enjin 2.4 sudah mencukupi

Untuk model 2.4 liter, Kang juga mengesyorkan menukar minyak transmisi CVT setiap 20,000 km (di bawah RM 250) kerana transmisi ini lebih sensitif terhadap keadaan pemanduan Malaysia berbanding 6AT di Alphard 3.5 liter.

Kang juga mengesyorkan pemasangan alat penyejuk minyak CVT (RM 990) yang akan membantu memanjangkan hayat transmisi dan sesuai dengan gaya pemanduan orang kita.

Apakah permasalahan yang biasa terjadi?

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 03

Imej daripada Car-Superkids.

Kenny Lee, dari Kegani Racing Services menyebutkan bahawa masalah paling biasa yang melanda Alphard AH20 adalah rak stereng kuasa.

Rak stereng yang bermasalah menghasilkan bunyi bising ketika melalui jalan yang kasar, walaupun ianya boleh terjadi ketika kenderaan tidak bergerak (hanya dengan memusing stereng). Untuk menyelesaikan masalah ini, sediakan bajet sekitar RM 5,000.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 04

'Counter balance shaft' yang sudah rosak. Imej dari Goo-Net.

Seterusnya dalam senarai adalah isu 'counter balance shaft' yang khusus untuk enjin 2.4 liter 2AZ-FE. Antara simptom yang akan terjadi adalah penggunaan minyak enjin yang berlebihan dalam jangka masa panjang. Menurut Kenny, penyelesaian masalah ini memerlukan bajet sekitar RM 2,000.

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 05

Pintu gelangsar berkuasa Alphard juga boleh rosak akibat ‘wear and tear’. Apabila pintu belakang ini sudah mula rosak, pintu akan terbuka separuh jalan dan akan tertutup semula. Kos pembaikian isu ini antara RM 1,000 hingga RM 2,000.

Permasalahan biasa Toyota Alphard AH20
Isu Simptom Kos pembaikian (RM)
 
Rak stereng Bunyi 'knocking' 5,000
'Counter
balance shaft'
Penggunaan minyak enjin berlebihan 2,000
Pintu gelongsor sisi rosak Buka separuh jalan dan tutup semula 1,000 - 
2,000

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah isu panggilan balik beg udara Takata. Tak kisah sama ada Alphard anda adalah 'recond' atau unit UMWT kerana panggilan balik ini meliputi kedua-duanya. Sila pastikan anda memeriksa perkara ini semasa mencari unit di pasaran Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Secara keseluruhan, ia adalah idea yang baik untuk melakukan pemeriksaan pra-pembelian pada unit yang ingin beli.

Juga baca: Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Konklusi

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 06

Tak kisahlah Alphard generasi mana sekalipun, ia teramat popular di Malaysia kerana ia mampu membawa 7 orang dengan selesa, mempunyai reka bentuk yang nampak mewah di luar dan di dalam, serta mempunyai tahap kebolehpercayaan yang begitu tinggi.

Juga baca: Sejarah Toyota Alphard: Pembangunan yang menjadi raja segala MPV

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 07

Kalau dulu ramai yang nak dilihat dalam sebuah Mercedes-Benz serta jam Rolex, kini ramai yang ingin dilihat dalam sebuah Alphard. Walaupun banyak pesaing lain yang cuba mengikuti resipi yang sama (Nissan Elgrand, Honda Elysion), namun tidak ada yang mampu bersaing dengan Alphard di Malaysia.

Juga baca: "Sokong Buatan Malaysia" katanya, tapi kenapa Toyota Alphard pula jadi ‘kereta rasmi’ ahli politik?

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela? 08

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda