window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah?

Haris Β· May 1, 2021 11:59 AM

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 01

Dunia berubah tetapi persepsi kekal. Begitulah ungkapan yang sangat sesuai dengan Toyota Vios, sebuah sedan yang sinonim dengan ketahanan. Sedan ini juga dekat dengan rakyat Malaysia, setiap generasi mempunyai nama panggilan tersendiri.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 02

Pilihan zaman berzaman

Maka tidak hairanlah jika harga jualan terpakai Toyota Vios adalah yang paling tinggi dalam kategori sedan segmen B. Persepsi yang dibentuk ketika model pertama Toyota Vios masih kekal sehingga ke hari ini. Pembeli dalam kalangan 'abah-abah' dengan senang hati membeli Toyota Vios terpakai berbanding model segmen A tempatan baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 01

Tidak dinafikan, kuasa pembeli yang lebih kuat kepada golongan 'abah-abah' ini menyebabkan harga Toyota Vios kekal mantap. Justeru, adakah baik beli Toyota Vios atau ‘sedan tempatan’ dalam kelas yang sama?

Generasi Toyota Vios

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 02

Model Toyota Vios generasi ketiga ini (NCP150) dilancarkan pada tahun 2013, meneruskan legasi Toyota Vios yang sudah sedekad di Malaysia. Seperti biasa, kereta yang dekat di hati rakyat Malaysia ini diberi julukan ‘Vios Keli’.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 03

Model Vios dengan TRD terakhir 

Pada tahun 2016, Toyota Vios generasi ketiga menerima enjin baru 2NR-FE Dual VVT-i dengan output kuasa 107 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork. Transmisi automatik 4 kelajuan digantikan dengan transmisi CVT Toyota yang lebih andal.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 04

Model kemaskini tahun 2016

Tahun 2019 menyaksikan model facelift dengan rekaan yang dikemaskini untuk Toyota Vios. Tiada sebarang kemaskini trenkuasa yang ditawarkan tetapi transmisi manual kini digugurkan. UMW Toyota mengisi kekosongan tersebut dengan pengenalan Toyota Vios GR-S pada tahun 2020.

Masalah Toyota Vios gen 3

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 05

Kami merujuk kepada Mr Jason, mekanik di VMax Garage yang pakar dalam membaiki dan menyelenggara Toyota Vios. Menurut beliau, model Toyota Vios NCP150 generasi ketiga mempunyai beberapa masalah seperti berikut.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 06

1. Pautan enjin (engine mounting) pada bahagian kanan selalu didapati bocor. Kos bagi memperbaiki masalah ini adalah sekitar RM 100++ untuk halfcut manakala komponen baharu memakan kos sekitar RM 500++

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 07

2. Bahagian lower arm pula berbunyi-bunyi ketika melalui bonggol, ini bermakna sesendal (bush) perlu ditukar pada kos RM 300++. Jika perlu menukar keseluruhan arm, kosnya memakan sehingga RM 700++.

3. Bahagian bearing hadapan pula jika berbunyi seperti berdengung, perlu digantikan dengan komponen aftermarket sebanyak RM 300++ manakala komponen original berharga RM 700++.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 08

Lampu ABS menyala juga dikaitkan dengan masalah bearing, kos sama seperti di atas.

4. Jika enjin terasa seperti ingin mati ketika enjin melahu (idling), pedal tiada respons, ini boleh dikaitkan dengan masalah sensor oksigen pada bahagian ekzos. Kosnya adalah sekitar RM 400++ untuk komponen aftermarket (2 buah) manakala komponen original memakan kos sehingga RM 1,000++.

5. Terdapat juga masalah kegagalan motor kipas radiator yang menyebabkan simbol suhu tinggi (overheat) dinyalakan ketika melahu atau dalam kesesakan trafik. Kos memperbaikinya adalah sekitar RM300++ untuk komponen original Denso.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 09

Melihat kepada pasaran terpakai, model Toyota Vios generasi ketiga NCP150 ini boleh didapati pada harga serendah sekitar RM 40k untuk model tahun 2015. Harga ketika baharu bagi Toyota Vios varian J automatik adalah RM 77,300

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 10

Kiraan mudah mendapati bahawa Toyota Vios mengekalkan sekitar 51% daripada nilainya walaupun selepas tamat jaminan pengeluar 5 tahun. Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa Toyota Vios adalah raja harga jualan semula, jika dibandingkan dengan sedan segmen B yang lain.

Kesimpulan

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 11

Secara peribadi, ahli keluarga penulis sendiri mempunyai model Toyota Vios generasi ketiga dan sedan tersebut tidak pernah memberi sebarang masalah seperti yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragam. Hati-hati dengan sebarang pembelian kereta terpakai.

Panduan membeli Toyota Vios terpakai, sekitar RM 40k - dijamin bebas masalah? 12

Toyota Vios adalah sebuah plat nama yang dipercayai dalam dekad ini, berkemungkinan untuk terus kekal dengan reputasi tersebut dalam tahun mendatang. Ia adalah sebuah produk dengan premis yang sangat mudah; tidak gagal. Adakah anda mempercayainya?

Bacaan Lanjut:

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik?

Evolusi Toyota Vios: 3 generasi dengan gelaran ikan! Yang mana paling lama bertahan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda