window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan?

Haris · Jul 17, 2021 08:00 PM

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 01

Ketika Proton Suprima S dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, harganya mencecah RM 80,000 - bersaing dengan pasaran sedan segmen B bukan nasional yang sedang berkembang. Ia dilihat sebagai alternatif Malaysia untuk saingan Eropah seperti Ford Focus dan Volkswagen Golf.

Ketika itu, Suprima S juga dilihat seperti suatu tawaran yang cukup mantap - ia menawarkan 6 beg udara dan kawalan kestabilan - ciri yang tidak dimiliki oleh Toyota Vios dan Honda City pada zaman itu.

Hari ini Proton Suprima S terpakai telah jatuh ke paras harga RM 2+k, menjadikannya pilihan yang sangat baik. Jika ini salah satu kereta dalam pertimbangan anda, ikuti panduan kami ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Preve Hatchback mungkin nama yang lebih sesuai

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 01

16 bulan selepas Proton pelancaran Proton Preve, Proton Suprima S pula melakukan penampilan. Ketika pelancaran, Proton menawarkan 2 varian Suprima S: Executive dan Premium. Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter bercaj turbo yang mencatatkan sehingga 140 PS dan 205 Nm dengan gandingan transmisi automatik CVT.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 02

Proton Suprima S

Varian Standard lebih rendah diperkenalkan setahun kemudian - menggugurkan ciri seperti beg udara sisi dan tirai, kawalan kestabilan, dan kawalan cengkaman. Proton juga menggugurkan sistem infotainment 7-inci Android yang terdapat pada varian Eksekutif dan Premium, menggantikannya dengan sistem audio 2-DIN biasa.

Proton mengurangkan harga asas Suprima S Standard kepada RM 69,888, iaitu RM 6,800 lebih murah daripada varian Executive.

Sejujurnya, varian ini agak jarang ditemui di Malaysia mungkin kerana rakyat Malaysia tidak kisah membayar lebih.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 03

Naik taraf Proton Suprima S tidak dapat dilancarkan

Walaupun terdapat banyak spekulasi dan desas-desus mengenai Suprima S yang dipertingkatkan pada tahun 2017, model tersebut tidak menemui pasaran, justeru Proton menghentikan model Suprima S pada tahun 2019.

Varian yang patut dipilih?

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 04

Kebanyakan model Suprima S dalam pasaran terpakai adalah varian Premium. Varian paling atas ini dilengkapi lampu DRL LED, roda aloi 17-inci, kemasan kulit, 6 pembesar suara, butang penghidup mula, cruise control, dan Bantuan Daki Mula.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 05

Varian Eksekutif yang lebih murah juga boleh dipertimbangkan, kerana ia masih mempunyai 6 beg udara dan kawalan kestabilan. Untuk varian Standard pula, tak banyak model ini dalam pasaran terpakai. Tanpa fungsi Kawalan Kestabilan dan Cengkaman yang penting, lebih baik ia dielakkan.

Persediaan akaun bank untuk kos memelihara

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 01

Kenyataan yang sukar ditelan - Suprima S bukanlah kereta yang paling dipercayai dari Proton. Seperti model Proton turbocharged yang lain, Suprima S juga dijangkiti masalah oil cooler hose (OCH) yang sama.

Menjadi versi hatchback Preve juga bermaksud bahawa Suprima S mewarisi beberapa masalah yang berkaitan Preve. Misalnya kotak fius yang bermasalah, rak stereng, dan Modul Kawalan Kenderaan (Body Contorl Module). Transmisi CVT pada Suprima S juga rentan terhadap masalah.

Komponen Maklum balas Kos (RM)
OCH Masalah utama, disyorkan tukar pada 35,000 km - 40,000 km ~150
Steering rack Bukan masalah besar, boleh timbul masalah bunyi-bunyian Bergantung
Fuse box  Simptom seperti penyaman udara berhenti berfungsi dengan betul atau masalah lampu depan menyala sebelah sahaja ~600
CVT Kegagalan kotak gear CVT paling awal adalah sekitar 50,000 km, jika dijaga dengan baik, tiada masalah

2-3k baik pulih

4-5k kos tukar

BCM Mengawal aspek elektronik dalam kenderaan, misalnya lampu hadapan automatik 550 - 700

Selain dari aspek mekanikal, terdapat juga masalah kualiti seperti tombol gear yang pecah dan papan pemuka yang agak rapuh. Harga sekitar RM 50 hingga RM 70 untuk menggantikan tombol gear dan RM 700 hingga RM 800 untuk membaiki papan pemuka baru.

Jadual di bawah memberikan anggaran kasar untuk kos pembaikan.

Komponen Jarak perbatuan Kos (RM)
Minyak enjin Setiap 10,000 km / setiap 6 bulan Bergantung
Pemegang enjin (mounting) Biasanya perlu ditukar sekitar 100,000 km perbatuan / setiap 5 tahun ~150/satu
Timing Belt Setiap 80,000 km / 100,000 km ~700/satu
Water Pump Setiap 80,000 km / 100,000 km ~600
Pad brek Apabila brek sudah berbunyi 150 - 400/satu
Tayar Mengikut corak pemanduan individu 250 ke atas untuk tayar 17-inci

Untuk Proton Suprima S, ada baiknya jika anda berkunjung ke bengkel yang biasa dengan model Proton kerana mereka mempunyai pengalaman dan mengetahui kaedah penyelesaian terbaik untuk model ini.

Berapa kos bulanan?

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 01

Proton Suprima S terpakai berharga sekitar RM 2+,000. Jika ditolak dengan wang pendahuluan 10%, bayaran bulanan adalah sekitar RM 25+ sebulan, untuk pinjaman 9 tahun dengan kadar faedah 3.5%.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 02

Tayar 17-inci semahal tayar SUV

Berdasarkan garis panduan yang disyorkan, anda tidak seharusnya membayar lebih dari 20% dari gaji bulanan anda untuk pembayaran bulanan kereta. Ini bermakna, gaji bersih minimum adalah sekitar RM 2,500 sebulan.

Dengan kos insurans, penyelenggaraan, tayar, dan kos operasi lain yang berkaitan, perbelanjaan yang berkaitan dengan kereta anda tidak boleh melebihi 30% daripada gaji bulanan anda.

Patut beli atau elakkan?

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 03

Untuk harga sekitar RM 2+k, sukar untuk membantah nilai yang ditawarkan oleh Proton Suprima S. Hal ini kerana tidak banyak kereta terpakai di luar sana yang menawarkan enjin turbo, 6 beg udara, dan kawalan kestabilan di bawah harga tersebut.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 04

Oleh kerana susut harga kereta ini terlalu tinggi, satu-satunya kereta baru yang boleh dibeli pada harga tersebut adalah Perodua Axia.

Malah, Perodua Axia juga selepas 3 generasi pun masih tidak mempunyai cruise control, pengelap cermin dan lampu automatik di samping saiznya jauh lebih kecil (segmen A vs segmen C).

Namun jika tidak berani, asyik mendengar cakap-cakap orang dan berimpian kecil, beli sahaja Perodua Axia yang lebih kecil dan jauhkan diri dari Proton Suprima S

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 05

Jika anda mahu membeli kereta secara dalam talian tetapi tidak mahu berisiko tinggi,  Carsome's Promise merangkumi jaminan 1 tahun dan kini ada tambahan lagi 1 tahun, Kalau anda buat tukar-ganti pula, potongan harga akan diberi sebanyak RM 1,500.

Panduan: Proton Suprima S terpakai serendah RM 2+k, agak baru dan patut dipertimbangkan? 06

Bacaan Lanjut:

Kami mahu orang ramai tidak sabar untuk membeli kereta terpakai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Carsome

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo!

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Suprima S Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda