window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti!

Haris · Nov 14, 2022 08:00 PM

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 01

Boleh dikatakan sebagai salah satu daripada BMW 5-Series yang terbaik, BMW 5-Series generasi E39 masih kelihatan bergaya walaupun untuk standard hari ini. Keenakan mekanikal premium BMW turut mengundang pengguna dengan krisis pertengahan hayat untuk mencuba sedan ini justeru adakah ia masih berbaloi?

Susut nilai BMW yang sangat lagenda kini membenarkan anda untuk membelinya tetapi nasihat siapa yang perlu anda rujuk? Di sini Wapcar.my telah mengambil nasihat beberapa pakar dalam menulis panduan untuk membeli BMW 5-Series generasi E39 jadi ayuh kita!

Varian yang disyorkan untuk BMW 5 Series E39?

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 02

Model pra-facelift

Apabila BMW 5-Series E39 mendarat di Malaysia pada tahun 1996, terdapat dua pilihan trenkuasa, kedua-duanya daripada keluarga enjin M52. Enjin pertama hadir dalam BMW 523i iaitu enjin 2.5 liter, 6-silinder sebaris menghasilkan 170 PS dan 245 Nm. Selain itu, ia juga tampil dengan enjin 6-silinder sebaris 2.8 liter, lebih berkuasa (193 PS, 280 Nm) dalam BMW 528i.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Umum mengetahui bahawa enjin 6-silinder daripada BMW sememangnya sedap-sedap belaka. Lebih enak lagi apabila kedua-dua enjin dipasang dengan transmisi automatik 5-kelajuan, dengan sistem Steptronic yang membolehkan penukaran gear gaya manual yang sporty.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 01

Sesuatu yang perlu diperhatikan ialah enjin M52 awal ini menggunakan sistem 'single-VANOS', dengan hanya segelintir daripada enjin 2.5 dan 2.8 liter mendapat 'kemas kini teknikal' pada tahun 1998 yang menyaksikan ia memperoleh 'double-VANOS'. Output kekal sama namun penghantaran tork rendah didakwa lebih baik.

 Variasi enjin BMW 5 Series E39 pra-facelift (M52)
Enjin Output Transmisi
523i 6-silinder
2.5-liter
170 PS, 245 Nm 5AT
528i 6-silinder
2.8-litre
193 PS, 280 Nm 5AT

Pada tahun 2000, BMW 5-Series E39 menerima model facelift, membawa bukan sahaja kemas kini luaran tetapi juga enjin M54 yang lebih baharu untuk dirasai. Pelanggan kini mempunyai pilihan tiga varian: 520i, 525i dan 530i.

Variasi enjin BMW 5 Series E39 facelift (M54)
Enjin Output Transmisi
520i 6-silinder
2.2-litre
170 PS, 210 Nm 5AT
525i 6-silinder
2.5-litre
192 PS, 245 Nm 5AT
530i 6-silinder
3.0-litre
231 PS, 300 Nm 5AT

Secara terang-terangan, semua varian adalah cemerlang (tanpa mengira facelift atau tidak) disebabkan enjin 6-silinder sebaris yang lancar bak sutera. Harga terpakai bermula daripada RM 14k untuk model awal, 528i pra-facelift  hingga mencecah hanya di bawah RM 40k untuk 530i facelift yang lemak berkrim.

Tetapi, jika saya terpaksa memilih satu varian untuk hidup bersama, kami mengesyorkan pra-facelift 528i. Sebabnya, ia menggabungkan kuasa dan kelancaran ke dalam satu pakej yang mudah. Tambahan pula, harga adalah menarik dan terdapat kurang isu secara mekanikal (lebih lanjut mengenai perkara di bawah).

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 02

Model facelift

Alang-alang membeli BMW 5-Series E39 ini, varian yang disyorkan adalah BMW 528i pra-facelift. Ia menggabungkan kuasa dan kelancaran mekanikal ke dalam satu pakej yang mudah. Hanya bayaran cukai jalan sedikit sukar untuk dihadamkan.

Selain itu, harganya masih menarik dan turut dilaporkan mempunyai kurang isu mekanikal berbanding varian lain dan ini akan dibincangkan lebih lanjut di bawah.

Apa sebab utama untuk membeli BMW 5-Series E39?

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 03

Secara ringkas, wang anda dibelanjakan terhadap salah satu daripada model BMW yang abadi ketika ini. Apabila BMW 5-Series E39 membuat debut globalnya, ia mengejutkan dunia automotif dengan penampilannya yang sangat tampan. Ia malar segar dan jika BMW melancarkan kereta ini pada tahun 2022, ia mungkin masih diterima dengan baik. Semak sahaja komen mengenai gril BMW terkini.

Selain itu, BMW 5-Series E39 didatangkan dengan enjin 6-silinder terbaik BMW, dan memiliki adab jalan raya yang sesuai dengan sebuah Ultimate Driving Machine. Ketepatan stereng juga dibantu oleh fakta bahawa E39 menggunakan rak dan pinion, yang lebih baik daripada sistem bola edaran semula yang digunakan dalam pendahulunya E34.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 04

Di dalam, kabin BMW 5-Series E39 membawa anda kembali ke zaman di mana BMW benar-benar ingin menjadikan pemandu titik utama. Roda stereng adalah saiz yang sempurna, pedal dijarakkan dengan sempurna, dan kesemua perincian tengah dan papan pemuka bersudut ke arah pemandu. Sesuatu yang hilang dalam BMW moden kini?

Bahan kabin dan kualiti binaan standard Jerman. Ia terasa kukuh seperti peti besi. Kawalan dan suis berasa hebat pada sentuhan. Sudah tentu, ia agak suram dengan upholsteri kelabu di sini tetapi reka bentuk dan ergonomik adalah sempurna.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 05

BMW 5-Series E39 mempunyai bentuk badan praktikal 4 pintu yang mampu memuatkan 4 hingga 5 orang dengan selesa. Dengan ruang but 460 liter, ini adalah sedan eksekutif sporty yang mampu melakukan tugas kekeluargaan. Kesemua ini menjadikannya suatu pakej yang menarik.

BMW 5-Series E39 mudah untuk servis?

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 06

Memandangkan BMW 5-Series E39 dikuasakan oleh enjin 6-silinder berkapasiti besar, ia tidak akan semurah untuk diselenggara seperti Perodua Myvi. Secara relatifnya, kos penyelenggaraan juga tidak terlalu tinggi seperti model baharu.

Kos penyelenggaraan BMW 5 Series E39 pra-facelift
Varian 523i 528i
Cukai jalan (RM) 880 1,630
Tayar/unit (RM) 310 380
Saiz Tayar 205/45
R17
225/45
R17
Servis minor 10k km 500 500

Jika ada satu perkara yang agak ketinggalan dalam BMW 5-Series E39 ini ialah: saiz tayar. Saiz tayar 205/65 R15 hingga 225/55 R16  (dengan lebar 205 hingga 225) adalah sesuatu kekurangan terbesar di mana tayar 18 inci adalah standard dalam kereta segmen ini hari ini. Namun, ini juga bermakna ia memerlukan kos rendah.

Kos penyelenggaraan BMW 5 Series E39 facelift
Varian 520i 525i 530i
Cukai jalan (RM) 580 880 2,130
Tayar/unit (RM) 310 320 380
Saiz Tayar 205/45
R17
215/45
R17
225/45
R17
Servis minor 10k km 500 500 500

 

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 07

Saiz tayar ini sedikit sukar dicari sekarang

Seperti yang anda bayangkan, tayar dengan saiz yang dinyatakan di atas agak sukar diperolehi pada masa kini. Oleh itu, kompromi yang lebih baik adalah untuk meningkatkan saiz rim kepada 17 inci, di mana lebih pilihan boleh ditemui. Di sini, kami cuba mengekalkan profail tayar asal.

Bagaimana kos baikpulih BMW 5-Series E39?

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 08

Bagi masalah biasa dalam BMW 5-Series E39, WapCar.my mendapatkan kepakaran Encik Lai daripada M Dynamic. Siapa yang lebih layak untuk bercakap mengenai pengalaman pemilikan daripada individu yang memiliki dua buah E39?

Menurut Encik Lai, dari segi enjin, M52 secara amnya kurang menyusahkan berbanding M54. Dengan enjin M54, Lai berkata terdapat lebih banyak isu lazim yang perlu diberi perhatian.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 09

Sebagai permulaan, periksa kegagalan oil separator yang akan menyebabkan enjin melahu dalam keadaan tidak stabil (RM 800 untuk diperbaiki). Transmisi dalam kereta yang dilengkapi M54 juga terdedah kepada kegagalan pam minyak, di mana kos baikpulih mencecah RM3,000.

Masih lagi berkisar mengenai enjin M54, kegagalan modul pam ABS juga adalah perkara biasa kerana pam terletak terlalu dekat dengan manifold ekzos dan terdedah kepada haba. Kos baikpulih mencecah RM 2,000 untuk komponen ini.

Pam air juga terdedah kepada kegagalan, menelan belanja sebanyak RM700 untuk diganti.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 10

Berpindah ke bahagian kabin dalam, Lai berkongsi bahawa isu biasa ialah tempat duduk elektrik hadapan. Lama kelamaan, kabel menipis dan memanjang lalu menyebabkan pelarasan tempat duduk ke hadapan/belakang menjadi tidak sejajar. Untuk membaiki ini, Lai berkata bajet RM 500 untuk setiap tempat duduk.

Satu lagi keluhan biasa di bahagian kabin dalaman ialah paparan digital pada panel instrumen menjadi kabur dan tidak boleh dibaca. Lai berkata adalah mungkin untuk menggantikan hanya paparan digital tetapi memberi amaran bahawa ia suatu tugas yang rumit (RM 500).

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 11

Seorang lagi pakar BMW, Syed daripada Abu Classic BMW Auto Works (1, Jalan 51/201, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor) turut menjawab dengan beberapa panduan yang sangat berguna.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam E39 ialah termostat dan perumahnya (RM 400) serta expansion tank (RM 300).

Masalah water ponding dalam pam brek dan petak kotak fius juga perlu diberi perhatian kerana lapisan getah yang haus di sini akan membolehkan air/wap menyebabkan kerosakan pada ECU dalam jangka masa panjang. Beri perhatian yang sama pada lapisan getah belakang yang haus juga kerana air boleh meresap ke dalam but.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 12

Syed berkata rotor brek adalah satu lagi komponen yang lazimnya memerlukan penggantian. Sekiranya ia rosak, pemandu akan mengalami masalah brek dan lebih teruk lagi, masalah pengimbangan roda. Sekitar RM 1,000 untuk menggantikan rotor brek sepasang.

Lengan bawah hadapan E39 juga sesuatu yang perlu diberi perhatian. Sekiranya haus, ia akan menyebabkan masalah penjajaran tayar. Bajet kira-kira RM 1,900 untuk menggantikannya.

Walaupun BMW 5-Series E39 agak berpatutan untuk dibeli sekarang, perlu diingatkan bahawa kos baikpulih masih tahap BMW. Tetapi, apabila diselenggara dengan baik, ia masih sedan yang mantap menurut Lai dan Syed.

Masalah biasa BMW 5 Series E39
Komponen Simptom Kos
(RM)
Oil separator
(enjin M54)
Enjin melahu tidak stabil 800
Pam air
(enjin M54)
Suhu air tinggi 700
Thermostat
+ perumah
Suhu tidak stabil 400
Expansion tank Suhu tidak stabil 300
Pam minyak transmisi
(enjin M54)
Tukar gear kasar 3,000
Modul pam ABS
(enjin M54)
ABS gagal 2,000
Longshaft bearing
coupling & center nut
Bunyi besi bergesel bila
gear dimasukkan
700
Kerusi pelarasan elektronik Penjajaran tidak sekata 500/
seat
Panel Instrument Paparan digital
menjadi kabur
500
Lengan bawah hadapan Penjajaran tayar lari 1,900
Rotor brek Brek bermasalah/tidak stabil 1,000

Konklusi

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 13

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa BMW 5-Series E39 adalah yang sedan terbaik dalam keturunan 5-Series. Ini adalah puncak BMW, pada pendapat kami. Ia mempunyai segala-galanya untuk menarik spektrum minat semua orang.

Pemandu sejati akan tertarik kepada enjin, dinamik dan pengendalian yang lancar bak baldu. Ahli perniagaan/wanita menyukai imej eksekutif yang dibawanya. Keluarga menghargai bentuk sedan empat pintu dengan but besar.

Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti! 14

Selain itu, BMW 5-Series E39 kini berada pada harga yang menarik dalam susut nilai berbanding kebanyakan pemanduan harian moden. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa sedan ini sememangnya sebuah sedan klasik kontemporari.

Pada pandangan kami, BMW 5 Series F10 dan G30 yang terkini tampil elegan tetapi E39 mempunyai legasi tersendiri, selepas 26 tahun ia dilancarkan.

Baca: BMW 5-Series F10 terpakai - sedan eksekutif dari RM 52k, apa yang perlu diperhatikan & mahal tak nak jaga?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda