window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik?

Haris Β· Nov 7, 2022 08:00 PM

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 01

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 02

KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!

_____________________________________

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasaran kenderaan bawah RM 60k sudah didominasi oleh Proton dan Perodua. Kadang kala, memang ada pakcik dan makcik yang mungkin serik menggunakan 2 model tersebut, atau sekadar mahu mencari kenderaan yang paling berbaloi pada harga yang diharapkan justeru kereta terpakai adalah jawapannya.

Maka, 2 model yang paling banyak disyorkan adalah Toyota Vios terpakai atau Honda City second hand.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 01

Namun, tentunya model Toyota lebih menawarkan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menghadapi masa akan datang. Lantas, pilihan seperti Toyota Vios generasi ketiga (kod nama NCP150) menjadi buruan. 

Di sini kita bincangkan panduan mengenai Toyota Vios terpakai ini.

Varian mana yang disyorkan?

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 02

Kabin dalaman warna beige untuk varian G dari 2013 hingga 2015

Toyota Vios generasi ketiga dilancarkan pada 2013 dengan 5 varian. Varian paling asas adalah Vios J dengan transmisi manual 5-kelajuan, justeru selamat untuk menjangkakan bahawa kebanyakan pembeli tidak mencari varian ini.

Varian TRD pula adalah varian teratas hanya merupakan peningkatan kosmetik kepada varian G tanpa sebarang ciri tambahan.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 03

Ini menjadikan hanya tiga varian automatik dalam pertimbangan iaitu – J, E dan G. Varian J dan E tidak berbeza dari segi peralatan, paling ketara ialah pada cermin lipat berkuasa (bukan automatik pun), tempat duduk belakang lipat 60/40 dan lampu kabus hadapan. Jika anda memilih antara dua varian tersebut, kami syorkan untuk memberi penekanan yang lebih banyak pada keadaan kereta berbanding varian.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 04

2014 Toyota Vios G

Tetapi jika mampu, kami mengesyorkan untuk mencari varian G. Ia mempunyai brek cakera depan belakang (J dan E mendapat brek dram belakang), lampu depan projektor, ciri kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup mula (standard dalam semua varian dari 2015 dan seterusnya), cermin depan akustik, stereng kulit, dan 6 pembesar suara (berbanding 4 dalam varian J dan E).

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 05

Kabin dalaman hitam untuk semua varian dari 2015 dan seterusnya.

Selain itu, perbezaan harga dalam pasaran kereta terpakai antara semua varian tidak begitu besar jadi memilih varian yang lebih lengkap tentu lebih berbaloi, bukan?

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 06

Sungguhpun begitu, Vios generasi ketiga telah mengalami banyak perubahan sepanjang kitaran hayatnya (yang sedang dijual sekarang secara teknikal masih merupakan generasi ketiga). Justeru, di sini kami memfokuskan Toyota Vios dari tahun 2013 hingga 2017 kerana model yang lebih baharu berada jauh melebihi paras RM 60k.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 07

Enjin 2NR-FE

Perubahan paling ketara dalam tempoh itu ialah pengenalan penjana kuasa baharu pada tahun 2016 – enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Ia menggantikan kombo enjin 1.5 liter 1NZ-FE VVT-i dengan transmisi automatik 4-kelajuan lama.

Output trenkuasa baharu sebenarnya lebih rendah berbanding dengan yang digantikan – [107 PS/140 Nm] vs [109 PS/141 Nm]. Namun apa yang lebih penting adalah rangkaian kuasa baharu itu dikatakan 18 peratus lebih jimat minyak berbanding sebelum ini.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 08

Enjin 1NZ-FE

Satu lagi perubahan penting ialah penambahan Kawalan Kestabilan (VSC) dalam semua varian, walaupun beg udara kekal dengan 2 unit. Jadi, jika anda boleh berbelanja lebih sedikit daripada bajet RM 60k untuk versi yang lebih baharu dari 2016 hingga 2017, itu lebih disyorkan.

Berapa harga Toyota Vios terpakai tahun 2013 hingga 2017?

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 09

Ketika artikel ini ditulis, Toyota Vios yang lebih awal dari 2013 hingga 2015 boleh didapati disenaraikan dengan harga sekitar RM 40k hingga RM 50k. Model yang dikemas kini dengan rangkaian kuasa baharu dari 2016 hingga 2017 berada dalam lingkungan RM 60k hingga RM 65k.

Masalah biasa yang dialami Toyota Vios terpakai?

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 10

Sebagai Toyota, kebolehpercayaan adalah salah satu kelebihan Vios. Penulis sendiri mempunyai 2 buah Toyota Vios di rumah keluarga.

Untuk artikel ini, Jason dari V Max Autoworks telah berkongsi kepada Wapcar.my di mana dia telah banyak memberi perkhidmatan kepada ramai pemilik Vios dari semua generasi termasuk model generasi ketiga, untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang masalah yang biasa ditemui.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 11

Kredit foto

Jason berkata bahawa pautan enjin (engine mounting), khususnya pautan enjin yang berada di sebelah kanan dan boleh dilihat lebih jelas mempunyai jangka hayat yang sedikit lebih pendek sebelum waktu yang sepatutnya.

Apabila masalah ini berlaku, bendalir dari dalam pautan enjin boleh bocor ke komponen sekelilingnya. Pemasangan komponen baharu akan menelan kos sekitar RM 400 tetapi Jason mampu mendapatkan unit terpakai dengan harga RM 150 dan mengenakan bayaran RM 30 untuk kos pemasangan.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 12

Kredit foto

Jason juga mengatakan bahawa bunyi berdecit adalah perkara biasa apabila melalui permukaan yang tidak rata atau bonggol secara laju. Hal ini berkemungkinan sama ada pada sendi atau sesendal pada lengan kawalan bawah (lower control arms), atau rak stereng.

Sepasang lengan kawalan bawah berharga kira-kira RM 600 untuk ditukar manakala rak stereng mungkin sedikit mahal. Pusat perkhidmatan yang sah mungkin akan memberi sebut harga sekitar RM 4,000 untuk rak stereng baharu, tetapi Jason berkata penggantian OEM berharga RM 950 tanpa kos pemasangan.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 13

Selain daripada itu, Toyota Vios mempunyai ketahanan mekanikal yang agak baik. Isu rak stereng adalah perkara biasa dalam kebanyakan kereta dengan stereng kuasa elektrik, manakala lengan kawalan bawah lebih merupakan isu haus dan lusuh.

Berapa kos untuk menyelenggara Toyota Vios?

Kos penyelenggaraan asas Toyota Vios (NCP150)
Barang Kos (RM)
Minyak enjin (semi-sintetik) dan penapis 175
Penapis udara enjin 35
Pad brek (sepasang) 150
Minyak ATF, penapis, gasket 220 (4AT), 290 (CVT)
Palam pencucuh Iridium 248

Ada apa-apa lagi tips tambahan?

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 14

Seperti semua kereta terpakai, perhatikan badan dan struktur kenderaan untuk mengetahui sama ada ia telah mengalami kemalangan yang serius. Dari segi trenkuasa, ia mungkin tahan lasak tanpa mengira yang baharu atau lama tetapi rekod perkhidmatan penuh akan memberikan lebih ketenangan fikiran.

Konklusi

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 15

Tak banyak yang boleh diperkatakan untuk Toyota Vios terpakai kerana ia merupakan pilihan alternatif terbaik jika pengguna tidak mahu jenama Proton/Perodua. Namun, ia bukannya sebuah sedan sempurna justeru pembeli masih perlu memberikan usaha yang wajar untuk mencari kenderaan yang paling sesuai.

Carsome mempunyai pelbagai model terpakai untuk anda, kesemuanya disokong oleh waranti trenkuasa 1 tahun dan jaminan wang dikembalikan selama 5 hari.

Panduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik? 16

Semua kereta dengan Carsome Certified disertakan dengan Carsome Promise, yang memastikan bahawa kereta tersebut telah lulus pemeriksaan 175 poin yang ketat, termasuk waranti setahun, termasuk jaminan wang dikembalikan dalam lima hari dan harga tetap tanpa kos tersembunyi.

Apa kata cuci mata terlebih dahulu hari ini dan buat keputusan kemudian? Ikuti pautan ini.

Baca juga:

Jualan Honda City tetap 'steady', bila agaknya Toyota Vios 2023 serba baru akan dilancarkan di Malaysia?

Evolusi Toyota Vios: 3 generasi dengan gelaran ikan! Yang mana paling lama bertahan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda