window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli 'Baby Vellfire' jimat roadtax?

Haris · Aug 21, 2021 04:00 PM

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 01

Sebuah lagi MPV yang mula meniti populariti di Malaysia adalah Toyota Voxy. MPV terbaru ini seolah-olah meneruskan legasi MPV Toyota yang sentiasa menjadi pilihan bagi pengguna yang mahukan kenderaan dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 02

Model rasmi dari Toyota Indonesia

Apa yang lebih menarik, Toyota Voxy tidak disasarkan sepenuhnya sebagai sebuah kenderaan keluarga di Jepun. Susun atur ruang dalaman yang menarik pada Toyota Voxy sebenarnya sesuai bagi golongan muda yang mahu sebuah MPV yang bergaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 01

Kiri: Varian tertinggi. Kanan: Varian pertengahan. Model pasaran Jepun

MPV ini boleh dibeli pada harga bermula RM 120k. Justeru, jika anda berminat dengan ‘Baby Vellifre’ ini, apa kata semak sedikit sebanyak mengenai MPV ini.

Latar belakang Toyota Voxy

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 02

Toyota Voxy bukanlah sebuah model tunggal, ia hadir dengan kembar Toyota Noah dan Toyota Esquire. Secara mekanikal, kesemua MPV ini berkongsi enjin, platform dan transmisi yang sama. Perbezaan ketara adalah pada rekaan luar.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 03

Toyota Esquire

Model Toyota Voxy yang banyak dipasaran Malaysia adalah model generasi ketiga, selalunya dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter NA 3ZR-FAE dengan padanan transmisi automatik CVT Toyota. Sebuah lagi pilihan enjin 1.8L hibrid sedikit jarang ditemui, disebabkan oleh ramai pengguna di Malaysia yang alergik dengan hibrid.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 04

Toyota Noah

Bergantung pada varian, Toyota Voxy boleh didapati dalam banyak spesifikasi. Ada pilihan satu pintu gelangsar atau dua, pilihan Toyota Safety Sense atau tiada dan bermacam-macam lagi. Bagi yang mencari varian tertinggi, kata kuncinya adalah 'Kirameki'.

Namun kebanyakan Toyota Voxy yang dijual secara recond di Malaysia mempunyai 2 beg udara sahaja. Model dengan beg udara yang lebih daripada ini agak sukar.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 05

Perhatikan logo

Maklumat tambahan, logo hadapan Toyota Voxy yang mirip Toyota Vellfire dan Toyota Wish. Hal ini disebabkan oleh model-model ini dijual melalui pengedar Netz di Jepun. Logo yang dilihat mirip huruf N. Model Noah dijual melalui pengedar Corolla manakala Esquire melalui Toyota Store.

Baca: Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ?

Masalah utama Toyota Voxy

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 06

Memang tak banyak bengkel yang arif tentang model recond seperti Toyota Voxy, Noah atau Esquire. Namun mujur En Danial dari Toyota CBU Specialist tampil membantu kerana mereka memang pakar dalam model-model Toyota, lebih-lebih lagi model recond.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 07

Rekaan papan pemuka yang selalu ditemui di Malaysia

Menurut beliau, masalah utama pada Toyota Voxy steering column, steering motor bush dan juga absorber bearing. Masalah bahagian stereng ini memang sinonim dengan MPV Toyota, turut terjadi pada Toyota Alphard, Toyota Estima dan Toyota Vellfire. Jangkakan kos baik pulih sehingga RM 5k.

Baca: Toyota Alphard – MPV mewah serendah RM 40k, baloi untuk angkat ‘second hand’?

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 08

Penggunaan pintu gelangsar juga mampu memberikan sedikit masalah. Masalah ini malah begitu terkenal, ia turut dialami oleh pengguna-pengguna Voxy di Jepun. Kos baik pulih masalah pintu gelangsar ini adalah sekitar RM 1,000 - RM 2,000 untuk 1 pintu.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 09

Tips penjagaan pintu gelangsar MPV

Bagaimana dengan enjin dan transmisi? Masalah untuk komponen ini tidak perlu dibimbangkan. Komponen enjin turut dikongsi bersama Toyota Wish. Tiada masalah besar untuk enjin ini.

Baca: Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar?

Tips untuk membeli Toyota Voxy

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 10

Sekiranya anda membeli model recond:

  • Periksa Auction Report yg asli (Recond dan sebagainya). Cari gred atas daripada 4 untuk mengelakkan sebarang masalah besar.
  • Periksa jarak perbatuan pada odometer dan bandingkan dengan Auction Report.
  • Pandu uji & pastikan tiada bunyi-bunyian yang kurang menyenangkan.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 11

Perbandingan Voxy (kiri) dengan Alphard (kanan)

Sekiranya anda membeli secara terpakai:

  • Periksa bahagian casis jika ada sebarang kesan kemalangan.
  • Periksa bahagian lantai dan atas enjin dan kotak gear jika ada sebarang kesan kebocoran.
  • Pandu uji kereta (nilai bergantung kepada tahun buatan dan jarak perbatuan).
  • Periksa kluster meter jika ada simbol yang menyala, terutamanya lampu enjin. (Putar suis kunci tanpa hidupkan enjin)
  • Semak tahun tayar.
  • Minta waranti dari pihak penjual dan buat pemeriksaan sepenuhnya semasa masih dalam waranti untuk tuntutan jika terdapat sebarang masalah.

Berbaloi beli Toyota Voxy?

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 12

Pada harga sekitar RM 99k hingga RM 170k (rata-rata berharga RM 120k), agak sukar untuk melihat nilai yang ada pada Toyota Voxy, Noah atau Esquire berbanding ‘abang’ Alphard-Vellfire yang berharga tidak begitu jauh. Malah, lebih banyak varian Alphard-Vellfire yang hadir ke pasaran Malaysia berbanding Toyota Voxy.

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli  'Baby Vellfire' jimat roadtax? 13

Namun begitu, bagi mereka yang memandang ke arah MPV bersaiz kotak seperti Nissan Serena, Mazda Biante dan Honda StepWGN, adalah lebih mudah untuk mengesyorkan ketahanan sebuah Toyota.

Baca: Nissan Serena vs Toyota Voxy: MPV manakah yang patut anda beli?

Apa yang lebih menarik dan ramai terlepas pandang adalah Toyota Voxy sangat sesuai untuk dijadikan MPV gaya hidup dan sememangnya inilah antara nilai tambah yang ditawarkan (rujuk video).

Kerusi baris kedua dan ketiga yang boleh dibaringkan sangat sesuai untuk melepaskan lelah dalam perjalanan jauh. Namun ramai yang lebih mahukan ruang lebar dan panjang berbanding tahap praktikaliti. Adakah anda juga berfikiran sama?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda