window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan

Zamil Syaheer ยท Mar 15, 2021 04:00 PM

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan 01

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa melakukan pemantauan terhadap harga insurans yang dikenakan kepada pengguna kenderaan di Malaysia.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana beliau mendapati ada pengguna yang mendakwa mereka terpaksa membayar insurans kenderaan pada harga yang tidak selari dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor negara.

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan 02

Imej dari Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya pengguna perlu membayar premium insurans pada harga yang sama ketika kadar penggunaan kereta telah menurun, manakala kejadian kemalangan dan kehilangan kereta juga mencatatkan pengurangan yang mendadak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Sebagai contoh, jumlah kemalangan jalan raya turun 26.3 peratus ke 418,237 kes pada tahun lepas berbanding 567,516 kes untuk tahun 2019 akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan rentas negeri.

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan 01

“Jumlah kecurian kereta dan motosikal bagi separuh tahun pertama 2020 juga turun 39 peratus daripada 5,512 ke 3,340 buah akibat PKP. Ini meneruskan trend penurunan enam tahun berturut-turut bagi jumlah kecurian kereta akibat sistem keselamatan kereta yang semakin canggih.

“Jadi, persoalannya ialah jika kes kemalangan dan kecurian kereta turun begitu ketara tahun lepas dalam keadaan sektor insurans motor sudah diliberasasikan, kenapa pula harga insurans kereta tidak turun?” soalnya menerusi satu hantaran di Facebook-nya pada Ahad.

Liberalisasi insurans kenderaan bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor ataupun senarai harga yang ditetapkan tetapi sebaliknya ia akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Dalam pelaksanaan dasar liberalisasi tarif insurans yang bermula pada 2017 itu, antara faktor yang diambil kira dalam penetapan harga insurans terhadap pengguna kenderaan adalah jumlah kemalangan yang pernah dialami.

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan 02

Jumlah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Imej dari Roadtax Sarawak.

Dalam hal ini, harga premium yang dikenakan kepada pengguna akan dikira dan dibayar dengan penyelarasan mengikut Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).

Ini bermakna pemandu yang mempunyai rekod prestasi memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi.

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan 03

“Adakah berlakunya kolaborasi harga (price collusion) dalam industri insurans motor Malaysia yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010 diluluskan kerajaan Barisan Nasional dahulu masa saya Perdana Menteri?

“Bank Negara Malaysia sebagai badan bertanggungjawab perlu pantau atau suruh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang juga ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 untuk menyiasat agar keadilan diberi kepada pengguna,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda