window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil?

Mersita · Jul 17, 2021 02:00 PM

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 01

Letak kereta sambil hadang 2 rumah pada masa yang sama

Ruang letak kereta terhad dan pengangkutan awam kurang efisien adalah antara punca penyumbang isu letak kereta di seluruh negara. Kebanyakan isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kereta, namun rumah ‘landed’ atau atas-tanah selalunya ada ruang untuk memarkir sebuah kereta sahaja.

Ini memaksa ramai pemilik memarkir kenderaan mereka di luar rumah, acap kali mengganggu laluan awam dan kawasan peribadi di kejiranan yang didiami.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 02

Seperti biasa, perkara ini menjadi isu besar dan mengakibatkan pergaduhan sesama jiran tetangga. Si pemilik kereta tiada pilihan, si jiran pula samada mahu bertolak ansur atau pertahankan hak kerana ia menyusahkan kehidupan seharian. Apa kesudahannya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, tahukah anda yang meletakkan kenderaan anda di tanah peribadi jiran dan mengakibatkan kesukaran kepada mereka adalah satu kesalahan di sisi undang-undang serta boleh dikenakan denda?

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 01

Undang-undang trafik mana yang anda langgar?

Meletakkan kenderaan anda di hadapan rumah jiran ialah satu kesalahan di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987:

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 02

Jika kenderaan milik anda menghadang laluan jiran atau berada di kawasan milik jiran sehingga mengakibatkan kegusaran, ia adalah satu kesalahan yang boleh dikompaun dan kenderaan anda juga boleh ditunda oleh pihak berkuasa.

Jiran ada ada hak untuk menghubungi pihak berkuasa seperti majlis bandar tempatan mahupun pihak polis - samada bagi mengeluarkan saman, mengapit (clamp) kenderaan anda, ataupun menunda kenderaan anda secara paksa.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 03

Jika pemilik Honda HR-V ini tidak mendiami rumah di atas, pemilik rumah berkenaan ada hak untuk memanggil pihak berkuasa supaya mengalihkan HR-V tersebut

Menurut portal AskLegal, jika terdapat keperluan untuk menunda kenderaan anda, ia boleh ditunda ke mana-mana lokasi yang sesuai. Pihak berkuasa boleh mengalihkan kenderaan anda di hujung jalan, misalnya, dimana ia tidak mengganggu sesiapa, ataupun mereka boleh menunda kereta anda ke depoh majlis.

Salah satu contoh jelas situasi ini diceritakan oleh seorang penulis blog, Pepper Lim, pada 2017. En. Lim mendakwa penyewa rumah jirannya selalu meletakkan kereta di hadapan rumahnya sehingga menghadang laluan masuk dan keluar dari rumahnya sendiri. Isu ini berlanjutan selama lebih kurang 10 bulan.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 04

Kredit gambar: iampepperlim

Kecewa dengan sikap endah tak endah jiran penyewa itu walaupun sudah ditegur secara baik, En. Lim menghubungi pihak majlis bandar tempatan dimana pegawai dihantar untuk mengeluarkan saman berkali-kali keatas kereta jirannya itu. Saman yang dikeluarkan berkali-kali dikatakan sudah mencecah RM 1,000, namun jirannya masih juga berdegil dan kekal dengan tabiat sama.

Sebagai langkah seterusnya, En. Lim dinasihatkan oleh pihak majlis untuk membuat laporan polis. Jiran berkenaan akhirnya berhenti meletakkan keretanya di hadapan rumah En. Lim setelah polis masuk campur.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 05

PDRM mengalihkan kenderaan yang menghadang laluan pemilik rumah di Senawang

Satu lagi contoh terbaru yang tular di laman sosial atas isu sama memperlihatkan polis membantu seorang pemilik rumah di Senawang mengalihkan kenderaan jiran. Rumah pengadu yang terletak di hujung jalan seringkali dihadang kenderaan jiran dan masalah ini berlarutan sehingga mengganggu ketenteraman. Salah seorang jiran pemilik rumah itu juga dikenakan saman.

Baca juga: Bengang depan rumah asyik jadi 'port' parkir, polis dipanggil, jiran dapat saman

Bolehkah jiran mengeluarkan saman keatas saya?

Secara teknikalnya, boleh. Kami berhubung dengan beberapa peguam dan mereka mengesahkan yang jiran anda boleh juga mengeluarkan ‘Letter of Demand’ keatas anda.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 06

Parking depan rumah jiran seberang

Terma bagi saman dikeluarkan oleh jiran anda akan bergantung kepada nasihat peguam dilantik oleh jiran anda. Tapi, besar kemungkinannya anda boleh disaman atas kesalahan mengakibatkan gangguan. Saman ini boleh dikeluarkan jika jiran anda mempunyai bukti menunjukkan bahawa tingkah-laku anda dianggap ‘bukan sementara’ mengikut undang-undang.

Kalaulah jiran anda kaya, mereka juga boleh membuat tuntutan sivil dan anda berkemungkinan untuk diheret ke mahkamah.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 07

Tapi, ada pengecualiannya…

Sebelum anda ‘start moto’ dan buat aduan, anda perlu kaji beberapa perkara. Perlu diingatkan bahawa saman/tindakan ini tidak termasuk isu ruang parkir buatan yang tidak mengganggu laluan. Kita ‘pusing’ situasi ini untuk lihat gambaran jelas. Katakanlah anda yang menjadi pemilik rumah ‘corner lot’ dan jiran-jiran anda meletakkan kereta mereka di sisi jalan sekitar rumah anda.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 08

Myvi ini tidak menghalang laluan keluar-masuk dan jalan raya

Jika tiada pagar/’gate’ atau mana-mana laluan keluar-masuk dari rumah anda di sisi jalan, kereta-kereta ini akan dianggap tidak menghadang laluan dan menyebabkan mana-mana halangan.

Dalam erti kata lain, pihak berkuasa tidak akan dapat mengambil apa-apa tindakan walaupun anda memanggil mereka untuk mengalihkan kereta-kereta ini.

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 09

Anda tak boleh panggil pihak berkuasa untuk ambil tindakan keatas kereta-kereta ini hanya kerana anda yang mahu memarkir kereta di sana

Ini kerana tanah di luar premis rumah anda bukanlah milik anda, melainkan anda ada membeli geran untuk tanah diluar rumah tersebut. Jika tiada, ia akan dianggap sebagai hak awam dan anda tiada hak untuk mengalihkan kereta jiran melainkan ia menghalang trafik.

Baca juga: Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan?

Parking depan rumah jiran menyalahi undang-undang, sejauh mana tindakan boleh diambil? 10

Kesimpulan

Kami faham pemilikan kereta sudah menjadi satu keperluan bagi ramai rakyat Malaysia kerana rangkaian pengangkutan awam di negara ini belum cukup meluas. Tapi, ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan atas tingkahlaku anda sebagai pemilik kereta dan ahli jiran tetangga yang tidak bertanggungjawab. Jangan pentingkan diri sendiri!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda