window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut?

Faisal · Aug 29, 2021 12:00 PM

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 01

Sewaktu mengambil lesen memandu dahulu, kita hanya diajar untuk parkir secara selari. Keadah parkir yang lain seperti melintang, bersebelahan, atau parkir bersudut tidak diajar kerana ia sebenarnya lebih mudah.

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 02

Nak cop parking katanya. Kredit: Uber Ad.

Hari ini, pelan tempat parkir yang paling kerap diguna oleh pemaju adalah jenis melintang kerana ia lebih menjimatkan ruang. Secara teknikal, parkir melintang bermaksud anda masuk 90 darjah daripada arah jalan.

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, kaedah ini ada dua jenis iaitu parkir masuk terus atau parkir undur. Setiap pemandu mesti ada pilihan masing-masing. Tetapi untuk sesetengah tempat, papan tanda yang mengarahkan pemandu parkir secara undur. Jadi untuk mereka yang tak reti, bagaimana?

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 01

Untuk maklumat anda, parkir undur memudahkan anda untuk tinggalkan tempat dengan lebih cepat apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Parkir masuk terus pula lebih cepat untuk diselesaikan. Sesetengah pihak berpendapat bahawa parkir undur lebih selamat. Sesetengah pula lebih suka parkir masuk terus kerana ia menjimatkan masa. Tetapi sebenarnya, mana satu paling bagus?

Kelebihan parkir masuk terus

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 02

Parkir masuk terus. Foto.

1. Cepat dan mudah

Untuk pemandu baru ataupun amatur, kaedah parkir masuk terus lebih mudah. Nak lihat ruang yang ada pun lebih jelas. Malah, nak laraskan kenderaan dengan garisan kotak pun lebih senang. Kaedah parkir undur pula boleh memeningkan kepala sekiranya pemandu tersebut kurang berpengalaman.

Di samping itu, parkir masuk terus juga lebih cepat. Kalau anda tidak yakin dengan parkir undur yang mana ia membuatkan kereta belakang menunggu, gunakan sahaja kaedah parkir masuk terus.

2. Akses ke but belakang lebih mudah

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 03

Secara logiknya, anda ada akses yang lebih lapang untuk memunggahkan barang ke dalam but kenderaan.

Kelebihan parkir undur

1. Pandangan yang lebih menyeluruh sekiranya ada ciri kamera undur

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 04

Foto.

Kebanyakan kereta zaman sekarang sudah ada kamera undur. Dengan kaedah ini, fungsi kamera tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya yang mana ia dapat melihat objek yang tiada pada pandangan anda. Antaranya seperti kanak-kanak, haiwan, dan sebagainya.

2. Mudah untuk meletakkkan kenderaan dengan tepat

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 05

Foto: telegraph.

Kereta lebih mudah untuk dikendalikan di ruang parkir yang sempit apabila dalam keadaan undur. Antara sebabnya ialah stereng dapat melaraskan posisi bahagian belakang dengan lebih mudah dan tepat.

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 06

Kalau anda perasan, pergerakan kereta sorong dikendalikan oleh roda belakang. Foto: Meridian Leasing.

Macam kereta sorong la kiranya.

3. Lebih selamat dan mudah untuk keluar nanti

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 07

Foto: distasiofirm.com.

Sekiranya anda parkir undur, anda akan terus menghadap jalan yang hendak dikeluar nanti. Pandangan yang lebih dapat dilihat juga lebih besar. Jadi, anda dapat keluar dengan lebih selamat tanpa sebarang keraguan.

Untuk pengetahuan anda, sesetengah kereta sudah dilengkapkan dengan Rear Cross Traffic Alert System tetapi parkir undur sebenarnya membolehkan anda untuk lebih berwaspada dan bertindak terus akan situasi yang berlaku ketika itu.

@adrianchiaaa

Anda parking depan atau reverse parking? ##carsafetytips ##fypmalaysia ##TikTokGuru ##learnontiktok

♬ Time Back-剪辑版 - 杨多

Rakan WapCar kami, Adrian, ada menceritakan hal ini dengan lebih mendalam di klip video TikTok di atas.

4. Akses yang mudah ke bahagian enjin

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 08

Foto: searlesauto.ca.

Buat mereka yang suka main dengan bahagian enjin kereta, parkir undur sememangnya memberikan ruang yang lapang pada bahagian depan kereta. Malah kalau bateri kereta habis, pengguna dapat lakukan jump start dengan lebih senang kerana bahagian enjin kereta anda bersemuka terus dengan enjin kereta satu lagi.

Konklusi

Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut? 09

Secara amnya, parkir undur pada mulanya mungkin sedikit sukar. Tetapi kalau anda sudah biasa, ia sebenarnya jauh lebih bermanfaat berbanding parkir masuk terus.

Tetapi walau apapun pilihan anda, pastikan anda meletakkan kenderaan dengan betul supaya tidak menyusahkan orang lain.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda