window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana?

Zamil Syaheer · Nov 6, 2021 06:00 PM

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 01

Hujah mengenai parkir undur atau masuk terus adalah lebih baik sebenarnya sama seperti hujah pensel berukuran 0.05 mm atau 0.07 mm. Bagi mereka yang rasa parkir secara terus adalah segalanya, kami di sini ingin menyangkal hujah anda dan menerangkan kenapa parkir undur sebenarnya lebih baik.

Lebih mudah untuk masuk ke tempat yang sempit

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 02

Adakah anda tahu bahawa ianya lebih mudah untuk mengendalikan kereta di tempat yang sempit apabila dalam mengundur? Contohnya, forklift dipandu oleh roda belakangnya untuk memudahkan pengendalian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apabila anda masuk ke tempat letak kereta yang sempit, ianya lebih mudah untuk mengundurkan kereta anda. Inilah sebabnya mengapa pemandu di negara seperti Singapura dan Jepun, di mana penduduknya padat dan terdapat kekangan ruang, lebih suka meletak kereta undur daripada masuk terus.

Senang nak keluar

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 01

Jika anda meletak kereta secara mengundur, ia juga memudahkan untuk keluar dari tempat letak kereta, terutamanya di kawasan dengan aliran trafik yang tinggi. Apabila kereta anda menghadap ke hadapan, anda tidak akan terhad kepada pergerakan badan anda dan pandangan anda tidak akan disekat oleh seluruh bahagian kereta, terutamanya oleh tiang C yang besar.

Anda boleh melihat dengan mudah sebarang trafik yang bergerak laju semasa anda keluar dari tempat letak kereta dan brek tepat pada masanya untuk mengelak sekiranya perlu. Ia juga akan memudahkan anda untuk merangkak ke hadapan dan meletakkan kereta anda dalam barisan sekiranya ada kesesakan trafik betul-betul di hadapan tempat letak kereta anda.

Keselamatan diri lebih penting

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 02

Parkir undur juga lebih selamat untuk anda, terutamanya untuk wanita. Anda akan mempunyai pandangan yang jelas tentang persekitaran anda dan akan dapat melihat dengan serta-merta jika ada sesiapa menghampiri anda selepas anda meletakkan kereta atau hendak memasuki kereta anda.

Jika ada orang yang mencurigakan, anda boleh masuk semula ke dalam kereta dan memandu keluar dengan mudah.

Juga baca: Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu?

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 03

Rakan sekerja saya Adrian juga berkata parkir undur ke dalam rumah membolehkan anda melihat sama ada orang yang tidak dikenali akan cuba untuk masuk ke dalam rumah semasa anda menunggu pintu pagar automatik ditutup.

Apabila dalam kecemasan…

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 04

Anda hanya perlu melihat kawasan sekeliling anda untuk memeriksa sama ada anda memandu keluar dengan segera. Jimatlah masa dan tenaga untuk menyemak beberapa kali sebelum menekan pedal pendikit untuk keluar (dengan terhegeh-hegeh) dari tempat letak kereta.

Syarikat yang terlibat dalam industri berat seperti sektor minyak dan gas mempunyai peraturan parkir terbalik yang ketat di tempat letak kereta mereka. Ini adalah sebahagian daripada piawaian keselamatan pekerjaan mereka untuk memastikan pekerja dan pelawat sama-sama boleh melarikan diri dengan mudah sekiranya berlaku kecemasan.

Cara pasif-agresif untuk menghalang pencuri

Ia juga akan menghalang pencuri daripada memecah masuk dari but, terutamanya apabila kereta anda diletakkan berdekatan dengan dinding.

Juga baca: Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut?

Akses lebih mudah ke bateri kereta

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 05

Walaupun anda disyorkan untuk memerhatikan hayat bateri kereta, kadang-kadang malang tidak berbau - apabila bateri anda tiba-tiba rosak kerana anda terlupa untuk mematikan lampu kereta.

Pada masa-masa seperti ini, anda perlu menghidupkan kereta anda dengan cara ‘jump-start’, dan kereta di posisi undur akan memudahkan anda mengakses bateri kereta anda dengan lebih mudah.

Kesimpulan

Parkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana? 06

Berbeza dengan Amerika Syarikat, tiada undang-undang khusus di mana anda dipaksa untuk meletak kereta secara undur atau masuk terus di Malaysia. Kita bebas memilih mana-mana cara untuk meletakkan kereta. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan parkir undur demi keselamatan masyarakat.

Jadi, jika anda masih belum terbiasa dengan parkir undur, maka kami cadangkan anda mula berlatih dengan segera. Tak susah mana pun.

Juga baca: Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda