window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara?

Faisal · May 23, 2021 02:00 PM

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 01

Aksesori offroad seperti besi penghadang ataupun dikenali sebagai ‘bull bar’ cukup menarik. Secara teknikal, ia melindung bahagian depan kereta terutamanya radiator daripada impak pelanggaran oleh binatang yang besar. Kebiasaannya, bull bar dilengkapkan sekali dengan lampu tambahan dan kabel penarik.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 02

Kalau bull bar ada, kereta anda takkan remuk seperti ini. Kredit.

Turut dikenali sebagai ‘kangaroo bar’, ia juga melindung bahagian bampar daripada tercabut. Malah, lampu depan juga boleh dilindung daripada pecah. Senang cerita, ia meningkatkan tahap keselamatan kenderaan anda.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, pemasangan bull bar ini tidak boleh sembarangan. Selalunya, ia diikat pada casis ladder frame yang menjadi asas pada kereta offroad anda. Memandangkan ia titik pertama yang akan disentuh sekiranya pelanggaran berlaku, fungsi beg udara juga akan terganggu.

Bagaimana ia boleh menjejaskan fungsi beg udara?

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 01

Secara teknikal, beg udara dikawal oleh Airbag Control Unit (ACU).

ACU berfungsi dengan mengesan daya impulsif melalui sensor beg udara (mengesan perubahan mengejut pada kelajuan). Sewaktu impak, sensor beg udara akan menutup litar elektrik yang mana secara langsungnya akan mengaktifkan beg udara.

Juga bacaKenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan?

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 02

Satu pusingan sesondol yang menutup litar elektrik untuk sensor beg udara akan mengaktifkan beg udara. Kredit: speedkar99.

Secara logiknya, titik pertama yang akan dirempuh sewaktu pelanggaran adalah pada bahagian bampar 4x4 anda. Keseluruhan bahagian depan ini agak lembut dan menyerap beberapa daya impulsif.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 03

Bull bar pula diperbuat dari besi yang keras. Jadi, ia takkan menyerap daya impulsif dengan begitu baik. Sekiranya pelanggaran berlaku pada kelajuan rendah, daya impulsif yang dijana adalah sama dengan pelanggaran di kelajuan tinggi tanpa ada bull bar.

Kesannya, beg udara boleh aktif secara pramatang walaupun pelanggaran berlaku pada kelajuan rendah. Insiden ini sebenarnya cukup bahaya.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 04

Kesan luka dan lebam akibat beg udara yang tidak berfungsi pada keadaan yang sepatutnya.

Namun demikian, semua bull bar tidaklah sama. Sesetengah daripadanya telah melalui pelbagai hasil penyelidikan. Sesetengah bull bar pula sudah mengambil kira akan mekanisma ACU kereta itu sendiri.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 05

Bull bar juga perlu membuat ujian pelanggaran supaya ia berfungsi tanpa menjejaskan kereta itu sendiri.

Oleh itu, anda harus membuat sedikit kaji selidik sebelum memasang bull bar pada kereta 4x4 anda.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 06

Bull bar yang hancur atau kemek menandakan bahawa ia berfungsi dengan baik. Kredit.

Bull bar dan waranti pengeluar

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 07

Ujian pelanggaran bull bar. Kredit: 4WD 24-7.

Bull bar yang elok dapat menyerap impak sebagus kereta anda sendiri. Malah, beg udara juga dapat berfungsi dengan tepat.

Walaupun terdapat sistem piawaian untuk bull bar seperti ADR di Australia, waranti kenderaan anda boleh dibatalkan oleh pengeluar.

Bagi kami, ia bukanlah isu yang besar. Cumanya, lebih baik anda tahu awal-awal.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 08

Buku manual Toyota Land Cruiser. Hubunyi pengeluar sekiranya ada sebarang keraguan.

Bagi anda yang belum tahu, perihal mengenai pemasangan bull bar selalunya diterangkan dalam buku manual kenderaan.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 09

Pemasangan bull bar boleh mengakibatkan kegagalan pada sistem kenderaan anda. Contohnya, sistem LDA pada Toyota Land Cruiser.

Cara memasang bull bar dengan cara yang betul

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 10

Untuk penyerapan impak yang paling berkesan, bull bar perlulah dipasang di tempat yang betul. Contohnya, sewaktu meletakkan bull bar, pastikan ia dipasang paling jauh dari slot bolt supaya ketika impak, bull bar mempunyai ruang untuk bergerak dan menyerap daya impulsif tersebut.

Apa lagi yang perlu ditelitikan?

Aliran udara dan kelegaan. Sebelum anda membeli bull bar, pastikan reka bentuknya tidak menghalang laluan udara yang menyejukkan bahagian enjin. Kalau tidak, enjin boleh overheat.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 11

Selain itu, anda perlu mengambil kira sedikit kelegaan memandangkan bull bar dipasang terus ke ladder frame, bukannya di badan kereta anda sendiri.

Untuk pengetahuan anda, agak normal untuk casis ladder frame anda bergoyang. Sekiranya bull bar dipasang, ia boleh bergesel dengan badan kereta. Perkara ini boleh mengakibatkan kemek dan menjejaskan warna cat.

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 12

Jika kelegaan tidak cukup, bull bar dan badan kereta 4x4 akan bergesel sewaktu memandu di permukaan jalan yang tidak rata.

Konklusi

Pasang ‘bull bar’ di depan boleh jejaskan fungsi beg udara? 13

Penggunaan bull bar sebenarnya cukup berfaedah. Tetapi seperti produk yang lain, dapatkan yang betul-betul berkualiti tinggi. Umumnya, bull bar sememangnya meningkatkan tahap keselamatan kenderaan anda daripada daya impulsif yang kuat. Malah, ia melindung bahagian radiator daripada terjejas teruk sewaktu impak pelanggaran. Cumanya, letakkan usaha untuk mencari bull bar yang terbaik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda