window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasangan panik disergah polis, langgar dan heret polis atas Perodua Alza sejauh 150 meter!

Haris · Mar 11, 2021 11:00 AM

Pasangan panik disergah polis, langgar dan heret polis atas Perodua Alza sejauh 150 meter! 01

Seorang anggota polis berdepan dengan situasi sukar dalam sebuah kejadian langgar lari di Bandar Baru Bangi. Sebuah Perodua Alza telah cuba melanggar seorang anggota polis dan ‘melarikan diri’ bersama anggota tersebut. Video rakaman kejadian tersebut telah tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian bermula apabila pihak polis melakukan rondaan di kawasan tempat letak kereta sebuah makanan segera dan mendapati sebuah kenderaan mencurigakan pada diparkir dalam keadaan enjin masih hidup.

Oleh yang demikian, seorang anggota telah mengetuk dan dan menyuluh cermin kenderaan tersebut yang didapati ada seorang lelaki dan seorang perempuan di dalamnya. Menyedari kehadiran polis tersebut, pasangan tersebut bertindak cuba melarikan diri dengan melanggar pihak polis tersebut dan motorsikalnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Keadaan itu memaksa anggota polis berkenaan melompat di atas bonet kenderaan Perodua Alza dan terpaksa berpaut dalam keadaan kenderaan dipandu laju sejauh kira-kira 150 meter sebelum mangsa terjatuh," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasangan panik disergah polis, langgar dan heret polis atas Perodua Alza sejauh 150 meter! 01

Anggota polis berkenaan menjalani cedera ringan manakala Perodua Alza tersebut berjaya meloloskan diri. Walaubagaimanapun, polis berjaya memberkas pasangan tersebut pada jam 3.04 pagi semalam.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, cubaan membunuh dan mencederakan penjawat awam.

Bacaan lanjut:

VIDEO: Lori dipandu mengundur cetus kemarahan orang ramai!

Pemandu Proton Waja yang meloloskan diri dari polis kini diburu, kereta dah tinggal tepi jalan!

Ditipu RM 9,000 untuk Proton Satria Neo terpakai, polis buru scammer

"Kami makan sate je bang" - rupanya kantoi khalwat dalam Toyota Vios!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda