window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan!

Haris · Aug 29, 2022 06:00 PM

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 01

Jualan kenderaan di Malaysia dijangka mampan walaupun tanpa pengecualian cukai SST, menurut laporan daripada Kenanga Investment Bank Berhad.

"Kami percaya pembatalan tempahan adalah minimum dengan permintaan melebihi bekalan memandangkan terdapat tunggakan pesanan yang dicatatkan secara besar-besaran (sehingga 9 bulan) ditambah dengan komitmen kerajaan untuk menyerap SST untuk pesanan sebelum 30hb Jun 2022, dan pendaftaran JPJ sebelum 31 Mac 2023." berdasarkan satu kenyataan.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam pada itu, pengumuman oleh Menteri Kewangan mengenai kebenaran pembeli yang membuat tempahan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022 dan melengkapkan pendaftaran sebelum 31 Mac 2023 untuk menikmati pengecualian SST dilihat sebagai "kelonggaran" yang menyumbang terhadap jumlah tempahan yang mantap ini.

Pada masa ini, tempahan tertunggak dalam industri berjumlah sekitar 400k unit di mana sebahagian besar daripada tunggakan tersebut adalah untuk kenderaan model baharu yang kini kehabisan stok.

Baca: Pengakhiran insentif SST makin dekat, tempahan kereta di Malaysia tiba-tiba melonjak 2x ganda!

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 01

Mazda dilihat memenuhi pesanan sedikit pantas daripada pesaing mereka dalam pemulihan besar-besaran dengan bekalan stok telah dipesan bermula seawal Julai 2022. Jualan Mazda dipacu oleh Mazda CX-5 dan CX-8 facelift. Mazda mempunyai 10k pesanan tertunggak dengan tempoh menunggu sehingga 3-5 bulan.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 02

Nissan pula merekodkan pertumbuhan positif kerana tunggakan inventorinya lebih rendah daripada jenama lain, dengan bekalan stok yang lebih pantas didorong oleh hanya satu model iaitu Nissan Almera serba baharu. Nissan kini mempunyai 2k unit pesanan tunggakan di mana tempoh menunggu sehingga 1-2 bulan.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 03

Perodua mengalami kekurangan inventori berikutan pelancaran Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan pada 17 Julai 2022. Model ini merupakan tunggakan tempahan terbesar Perodua kerana hanya 4k unit telah dihantar walaupun tempahan awal berada pada 39k unit.

Jualan Perodua dipacu oleh Myvi dan Ativa dan disokong oleh Axia, Myvi, Bezza dan Alza serba baharu. Perodua mempunyai lebih daripada 200k unit pesanan tertunggak (sehingga 5 bulan untuk Ativa/Myvi, dan sehingga 3 bulan untuk model lain).

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 04

Jualan pengeluar nasional Proton didorong terutamanya oleh Proton X50 dan X70 facelift (6,218 unit SUV terjual membentuk 56% daripada jualan), dan disokong oleh Persona, Iriz, Exora dan Saga - kesemuanya menerima model facelift. Proton mempunyai 80k unit pesanan tertunggak yang menyaksikan sehingga 6 bulan untuk Proton X50 dan 4 bulan untuk model lain.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 05

Honda memacu segmen B (selain SUV) dengan City, Civic dan BR-V serta menerima sambutan luar biasa untuk HR-V serba baharu baharu yang dilancarkan pada 14 Julai 2022. Secara keseluruhan, ia masih terjejas oleh kekurangan inventori terutamanya untuk model yang lebih terkini. Berdasarkan unjuran jualan, Honda kini mempunyai 20k pesanan tertunggak namun tempoh menunggu sekitar 2-3 bulan kecuali HR-V yang menjangkau sehingga 12 bulan.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 06

Jualan Toyota kebanyakannya daripada model terbaik iaitu Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Toyota Hilux. Secara keseluruhannya, ia masih dipengaruhi oleh kekurangan inventori terutamanya untuk model yang lebih baharu. Toyota juga dianggarkan mempunyai 35k pesanan tertunggak dengan tempoh menunggu sehingga 3-5 bulan.

Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan! 07

Selain itu, pelancaran Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) baharu dijangka yang dirangsang oleh pengecualian cukai jualan dan insentif kemudahan EV sehingga 31 Disember 2025 untuk CKD manakala CBU sehingga 2023 dilihat menyokong pembangunan industri EV tempatan.

Insentif untuk BEV, Malaysia
  CKD CBU
Duti Import 0%
1-Jan 2022 - 31-Dec 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dec 2023
Cukai Eksais 0%
1-Jan 2022 - 31-Dec 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dec 2023
Cukai Jalan RM 0
1-Jan 2022 - 31-Dec 2023 (bakal dikemaskini)
Pengecualian Cukai Pendapatan  Rebat sehingga RM 2.5k untuk perbelanjaan perkakasan / perkhidmatan pengecasan BEV

Baca: Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda