window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023

Khairil · Mar 20, 2023 07:00 PM

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 01

Gandingan Andrew Haryanto, Yu Kuai dan Markus Winkelhock memenangi perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, hujung minggu lalu, perlumbaan 'endurance' yang kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas enam tahun 'direhatkan'.

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 02

Podium kelas GT3 Sepang 12 Hours 2023

Menggunakan jentera Audi R8 LMS GT3 Evo II, pasukan berkenaan menamatkan perlumbaan kelas GT3 dengan keseluruhan 215 pusingan bersama catatan masa 8 jam 01:44.878 saat (s).

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Meraih tempat kedua adalah pasukan B-Quick Absolute Racing yang ditunjangi tiga pelumba, Henk Kiks, Peter Kox dan Christopher Haase yang turut menggunakan jentera Audi R8 LMS GT3 Evo II.

Gandingan itu ketinggalan 16.253s untuk berpuas hati dengan catatan keseluruhan 8 jam 02:01.131s.

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 01

Melengkapkan kedudukan podium adalah pasukan EBM Giga Racing.

Pasukan yang menggunakan jentera Porsche 911 GT3R itu menampilkan pelumba negara, Nazim Azman bersama rakan sepasukannya, Adrian D Silva dan Reod Harker. Gandingan itu ketinggalan 22.214s untuk catatan keseluruhan 8 jam 02:07.092s.

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 02

Dalam kelas GT3 AM, pasukan AAI Motorsports yang dipacu Yin Yu Chen, Piti Bhirombhakdi dan Tanart Sathienthirakul yang menggunakan jentera BMW M4 GT3 memenangi perlumbaan.

Kelas GTC AM pula dimenangi pasukan FM Motorsports x Silver Rocket (Porsche 911 GT3 Cup) yang dipandu Chan Sye Wai, Lo Jia dan Shaun Thong.

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 03

Dimulakan pada jam 2 petang (Sabtu), perlumbaan Sepang 12 Hours berakhir pada 10 malam. Apa yang menariknya, perlumbaan berlangsung dengan sangat lancar tanpa sebarang kemalangan, kemasukan kereta keselamatan, kibaran bendera merah sejak dari awal hingga akhir.

Davide de Gobbi, Pengurus Besar Top Speed yang juga penganjur perlumbaan berkata perlumbaan yang berlangsung tanpa sebarang insiden membuktikan standard tinggi barisan pelumba yang bertanding kali ini.

Pasukan Absolute Racing, Audi R8 LMS GT3 Evo II takluk Sepang 12 Hours 2023 04

"Kami bertuah untuk mendapat sokongan daripada rakan kongsi kami seperti Hankook dan Motul di dalam dan di luar litar. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan lagi pasukan-pasukan bertanding kembali ke SIC pada tahun depan."
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda