window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana?

Faisal Β· Nov 8, 2022 11:30 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru-baru ini, rakan kami di AutoFun ID telah menjumpai imej paten Toyota Sienta serba baharu dalam dokumen Indonesian Directorate General of Intellectual Property (DJKL).

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 01

Didaftarkan di bawah nombor A00202202287, patent reka bentuk Sienta seperti di atas difailkan sendiri oleh Toyota pada 13 Julai 2022.

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 02

Toyota Sienta generasi dahulu masih lagi dipasang di Indonesia.

Walaupun jualan Toyota Sienta telah dihentikan di Malaysia, model generasi dahulu masih dijual di Indonesia dan menariknya, ia turut dipasang di sana. Walaupun pembeli di pasaran Indonesia memang gemar akan kereta 7 tempat duduk, jualan Toyota Sienta pada September lepas misalnya hanya meraih setakat 11 unit sahaja (berdasarkan data jualan dari Gaikindo).

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 03

Toyota Sienta varian WelCab yang ada di pasaran Indonesia.

Sebagai perbandingan, dalam bulan sama, Avanza dan Veloz di sana masing-masing terjual sebanyak 6,855 unit dan 3,411 unit. Jadi dengan terjumpanya imej paten tersebut, PT Toyota Astra Motor nampaknya tetap mahu meneruskan model Sienta tetapi dengan terkandungnya ia dalam dokumen IP Indonesia, tidak semestinya model ini akan dilancarkan.

Juga bacaRupa β€˜buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 04

Dari segi teknikal, Sienta baharu buat masa sekarang hanya ada dalam pasaran Singapura dan Jepun. Ia menggunakan platform TNGA-B, sama seperti yang diguna pada Yaris dan Yaris Cross yang ada di pasaran Jepun, Eropah dan Australia.

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 05

Bagi anda yang belum tahu, MPV kompak ini dikuasakan oleh enjin 1.5L M15A-FKS (120 PS, 145 Nm) atau enjin hibrid 1.5L 3 silinder M15A-FXE (Enjin: 91 PS/120 Nm, Motor elektrik: 80 PS/141 Nm).

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 06

Antara ciri yang unik adalah pintu gelangsar berkuasa, lantai kabin yang rata dan tempat meletak barang yang banyak.

Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana? 07

Walaupun Sienta generasi sebelum ini agak hambar di beberapa pasaran Asia Tenggara, anda yang masih berminat mungkin boleh mendapatkan pada harga yang jauh lagi menarik. Tak percaya, lihat sahaja dalam Carsome. Kondisinya pun dijamin dalam keadaan baik kerana ia telah melalui pemeriksaan 175-mata untuk mendapat pengiktiran Carsome Certified.

  • 2016 Toyota SIENTA V 1.5

    RM 69,500
    RM 729
    /bulan

    45,293 km

    7 years

    Kuala Lumpur

  • 2016 Toyota SIENTA V 1.5

    RM 63,900
    RM 754
    /bulan

    59,399 km

    7 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota SIENTA V 1.5

    RM 65,500
    RM 718
    /bulan

    55,909 km

    7 years

    Petaling Jaya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda