Baru-baru ini, paten Toyota Tacoma generasi baru iaitu model trak pikap permulaan yang dijual di pasaran Amerika telah terdedah. Menariknya, butiran pembangunannya boleh memberi petanda awal tentang apa yang bakal Hilux generasi seterusnya dapat.
Untuk makluman anda, saiz Toyota Tacoma sebenarnya lebih besar daripada Hilux. Menurut pelbagai sumber yang dilaporkan oleh AutoFun ID, kedua-dua model baharu nanti akan berkongsi komponen yang sama. Perkara ini sebenarnya pernah dimaklumkan oleh Toyota yang mana mereka sedang mengubah strategi pembangunan kenderaan komersial bagi mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan.
Antara komponen sama yang dimaksudkan adalah struktur dan elektronik. Yang berbezanya adalah saiz. Strategi ini sebenarnya telah mula diterapkan pada Toyota Tundra baharu (khas untuk pasaran Amerika) iaitu abang sulung buat segala trak pikap Toyota. Kalau anda nak tahu, Toyota menamakan trak pikap generasi baharu mereka dengan asas TNGA-F dan huruf ‘F’ bermaksud Frame.
Mengenai Hilux, model generasi baharu dijangka debut pada tahun 2024. Bagi anda yang belum tahu, Hilux model sekarang sudah beransur sejak tahun 2015 lagi. Setakat ini, belum ada maklumat lanjut tentang trenkuasa yang bakal didatangkan tetapi ia dijangka menggunakan teknologi hibrid dan elektrik sepenuhnya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen