window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Patutlah enjin Honda tahan lasak, ini rupanya resipi Honda? 'Lenjan' enjin sampai...

Haris · Jan 22, 2022 02:00 PM

Patutlah enjin Honda tahan lasak, ini rupanya resipi Honda? 'Lenjan' enjin sampai... 01

Honda sentiasa terkenal dengan kebolehpercayaan enjin yang 'kalis peluru'. Jika anda tertanya-tanya bagaimana Honda menguji ketahanan enjin mereka sebelum ia dikeluarkan ke dunia, berikut ialah video ringkas mengenainya.

Selain daripada ujian biasa untuk memastikan enjin baharu yang dibangunkan mematuhi peraturan semasa, syarikat itu juga akan menjalankan ujian 'terlampau' dengan memerah enjin pada 6,800 RPM selama 100 jam untuk menguji hadnya.

Patutlah enjin Honda tahan lasak, ini rupanya resipi Honda? 'Lenjan' enjin sampai... 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedengaran seperti sesuatu yang melampau namun inilah resepi kejayaan Honda. Ujian ini adalah ujian yang menarik memandangkan bagaimana kenderaan akan sentiasa memberi amaran sekiranya kereta diperah secara maksimum atau enjin mungkin boleh rosak.

Bukan itu sahaja, fungsi pemampat (compressor) penyaman udara turut dihidupkan untuk menambah beban pada enjin, meniru keadaan pemanduan dunia sebenar. Selain itu, penggunaan cecair seperti minyak enjin dan petrol turut digunakan seperti situasi biasa anda pandu sebagai sebahagian daripada rejim ujian enjin tersebut.

Klip video pendek tersebut dimuat naik oleh 大家车言论 serta dihoskan oleh Yuan Qicong sebagai sebahagian daripada lawatan ulang tahun ke-22 Honda Guangqi. Dalam video utama, hos merasai sendiri kehidupan sehari sebagai juruteknik produk kilang Honda untuk menunjukkan kepada kita cara pengeluar melakukan ujian produk mereka.

Tidak hairanlah bahawa Honda antara pengeluar kenderaa dengan ketahanan enjin yang mantap. Adakah anda tahu bahawa di China, terdapat pepatah yang mengatakan bahawa "Jika anda membeli sebuah Honda, anda membeli enjin manakala kereta dan selebihnya adalah percuma?".

Tapi apa yang lebih penting adalah, JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH!

Baca: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda