window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat

Haris · Mar 17, 2021 12:30 PM

PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat 01

Berikutan daripada amaran daripada Kementerian Kesihatan mengenai kluster ‘interstate’, pihak PDRM telah mengumumkan bahawa sekatan jalan raya akan diperketatkan pada hujung minggu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa pihak polis memandang serius terhadap tugas-tugas mengekang wabak Covid-19.

PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat 02

Foto: Arkib NSTP

“Untuk hari Isnin sehingga pagi hari Jumaat, sekatan jalan raya di kawasan bandar di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilonggarkan. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada aktiviti harian seperti menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Tapi bermula dari petang Jumaat sehingga ke hari Isnin, sekatan jalan raya akan diperketatkan.

"Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pergerakan rakyat curi balik ke negeri di pantai timur. Mungkin esok berlaku cubaan rentas ke Perak dan Pulau Pinang. Saya akan pastikan pegawai tinggi setiap negeri dan juga dari Bukit Aman turun pantau operasi.” ujar beliau.

PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat 01

Di samping itu, beliau turut meluahkan rasa hairan kerana pergerakan merentas negeri pada hujung minggu terasa lebih ramai berbanding hari bekerja. Malah, ‘kepulangan’ individu yang merentas negeri pada hari ahad juga turut dirasai.

“Adakah individu-individu ini dibenarkan untuk merentas negeri? Kalau ada yang dibenarkan pun, saya rasa banyak yang alasannya cetek sekali.

"Kepada mereka yang curi-curi keluar menggunakan alasan remeh walaupun dibenarkan atas budi bicara polis, usahlah buat pergerakan.

PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat 02

Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa terdapat majlis tahlil yang dihadiri 45 ahli keluarga termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang , akhirnya menjadi satu kluster apabila 15 daripada mereka itu disahkan positif COVID-19.

Selain itu, terdapat juga Kluster Bukit Bayas yang turut dipanggil kluster rentas negeri yang terbaharu di Terengganu melibatkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan merebak di lima daerah.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda