window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PDRM buru rider moto dan pemandu yang langgar lampu merah, denda RM 2k atau penjara

Mersita · Dec 18, 2020 01:00 PM

PDRM buru rider moto dan pemandu yang langgar lampu merah, denda RM 2k atau penjara 01

Perhatian bagi penunggang motosikal dan pemandu kenderaan di Malaysia! Bermula 15 Disember hingga 31 Disember 2020, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menguatkuasakan ‘Operasi Lampu Isyarat Merah’ di seluruh negara bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah – terutama sekali di kalangan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan atau barangan (p-hailing) serta pemandu kenderaan yang lain.

Op Lampu Isyarat Merah ini dilancarkan berikutan trend pemanduan masa kini bagi kesalahan lalu-lintas tersebut yang semakin kerap dilakukan oleh pengguna jalan raya dan menggusarkan orang awam. Pihak JSPT juga mengeluarkan statistik yang merisaukan bagi kesalahan ini, dimana motosikal acap kali mendahului jumlah kesalahan yang tertinggi dalam tahun 2019 dan 2020.

Pada tahun 2019, sejumlah 69,267 saman dikeluarkan untuk motosikal (32,657 / 47%), kereta (29,873 / 43%), lori (2,808 / 4%) dan lain-lain kenderaan (3,929 / 6%). Bagi bulan Januari – November 2020 pula, jumlah keseluruhan saman bagi kesalahan ini ialah 52,170 dengan pecahan motosikal (26,764 / 51%), kereta (20,751 / 40%), lori (2,208 / 4%) dan lain-lain kenderaan (2,447 / 5%).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa akibatnya? Mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dimana pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan.

PDRM buru rider moto dan pemandu yang langgar lampu merah, denda RM 2k atau penjara 01

Sebelum ini, kami pernah menulis tentang dilema yang dihadapi rider penghantar makanan menerusi aplikasi atas-talian yang mengadu mereka terpaksa menunggang motosikal dengan laju bagi mengejar masa penghantaran, walaupun ini bermaksud mereka terpaksa melanggar beberapa peraturan jalan raya.

Bagi keselamatan dan keharmonian semua, semua pihak haruslah bijak mengatur langkah bagi memastikan semua proses logistik dijalankan secara realistik dan patuh undang-undang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda