window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pecah monopoli TnG dan Puspakom disambut baik ahli ekonomi, rakyat untung besar!

Haris · Mar 29, 2023 11:00 AM

Pecah monopoli TnG dan Puspakom disambut baik ahli ekonomi, rakyat untung besar! 01

Monopoli berlaku apabila satu syarikat atau kumpulan syarikat mempunyai kawalan eksklusif ke atas pasaran atau industri tertentu.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Fakulti Perniagaan Putra Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata sekiranya wujud banyak persaingan, syarikat yang terlibat akan berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan untuk mendapatkan pelanggan.

Pecah monopoli TnG dan Puspakom disambut baik ahli ekonomi, rakyat untung besar! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Biasanya syarikat yang mempunyai status monopoli akan cenderung untuk menaikkan dan mengekalkan harga yang tinggi kepada pelanggan yang tidak mempunyai pilihan lain dan ini menyebabkan kekayaan serta keuntungan sesebuah syarikat tidak dimanfaatkan kepada banyak pihak.

"Jadi secara teori jika terdapat banyak penawaran, harga barangan atau perkhidmatan itu akan turun dan ia akan memaksa syarikat terlibat menjadi lebih cekap dalam usaha mendapatkan pelanggan masing-masing, sekali gus memberi manfaat dan pilihan kepada pengguna," katanya kepada Bernama.

Baca: Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024

Pecah monopoli TnG dan Puspakom disambut baik ahli ekonomi, rakyat untung besar! 01

Sungguhpun begitu, kerajaan perlu menilai ketersediaan peserta industri, terutamanya keupayaan pengurusan dan kewangan mereka, agar mereka dapat menyediakan perkhidmatan yang sama kepada firma monopoli.

"Kalau nak hapuskan monopoli kena ada penggantinya bermakna adakah kita mempunyai beberapa organisasi yang mampu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang sama ditawarkan monopoli tersebut.

"Saya lihat kemampuan itu ada dan kita lihat ada banyak yang berpotensi mewujudkan persaingan sihat cuma kena teliti pelbagai sudut dan jenis industri contohnya yang mudah dipecahkan monopoli kini ialah Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) manakala Touch 'n Go (TNG) memerlukan lebih masa," ujarnya lagi.

Pecah monopoli TnG dan Puspakom disambut baik ahli ekonomi, rakyat untung besar! 02

Monopoli di negara ini sedang dikaji semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada orang ramai pada harga yang berpatutan.

Anwar menyatakan dalam sidang media di Jeddah pada akhir lawatan rasmi tiga hari beliau bahawa semua kementerian telah diberi arahan untuk menganalisis pelaksanaannya bagi mendapatkan penilaian yang adil terhadap masalah itu.

Baca: Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda