window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pegawai JPJ dirasuah untuk lepaskan 8 buah kenderaan dijel, denda RM 17.5k

Mersita ยท Apr 8, 2022 09:00 AM

Pegawai JPJ dirasuah untuk lepaskan 8 buah kenderaan dijel, denda RM 17.5k 01

Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didapati menerima rasuah berjumlah RM 3,500 telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM 17,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.

Tertuduh, Mohd. Najmi Zakaria (38), yang didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 didapati menerima wang suapan berkenaan daripada pemilik syarikat Lukut Agency sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan keatas lapan buah kenderaan yang melanggar notis di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor Utusan Malaysia.

Pegawai JPJ dirasuah untuk lepaskan 8 buah kenderaan dijel, denda RM 17.5k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di Seremban antara 13 Februari 2018 hingga 31 Mei 2019 ketika bertugas sebagai Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 JPJ Negeri Sembilan. Mohd. Najmi telah berkhidmat di JPJ selama 14 tahun.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara 14 hari bermula dari tarikh tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 28 Mac lalu. Jika tertuduh gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara tiga bulan.

Mahkamah juga melepaskan tertuduh dibawah TIC (Take Into Consideration) bagi satu lagi pertuduhan lain di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda