window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PEKEMA - risau tak kompetitif, keputusan pemberian AP Terbuka kepada Bumiputera perlu dikaji semula

Faisal · Jun 20, 2024 11:11 AM

PEKEMA - risau tak kompetitif, keputusan pemberian AP Terbuka kepada Bumiputera perlu dikaji semula 01

Dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengalu-alukan permohonan AP Terbuka walaupun oleh syarikat yang tiada pengalaman automotif bermula 1 Julai ini, Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dalam laporan Media Prima terhadap keputusan ini memaklumkan bahawa keputusan untuk melantik lebih banyak syarikat permit import (AP) terbuka perlu dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Juga bacaMITI: Syarikat Bumiputera tanpa pengalaman automotif dialu-alukan memohon AP Terbuka

PEKEMA - risau tak kompetitif, keputusan pemberian AP Terbuka kepada Bumiputera perlu dikaji semula 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata bahawa pihaknya bimbang sekiranya syarikat yang dilantik tidak mempunyai cukup pengalaman, sekaligus boleh mengakibatkan kerugian besar kerana kenderaan terpakai mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa keutamaan perlu diberi kepada pemain industri yang menunjukkan keupayaan dan pengalaman dalam bidang automotif.

PEKEMA - risau tak kompetitif, keputusan pemberian AP Terbuka kepada Bumiputera perlu dikaji semula 01

"PEKEMA menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dalam bidang automotif. Walau bagaimanapun, kawalan yang ketat terhadap jumlah syarikat yang diberi AP terbuka adalah penting untuk memastikan industri automotif kekal berdaya saing.

"Pemilihan yang teliti perlu dibuat untuk memastikan hanya syarikat yang mampu menyumbang kepada industri automotif sahaja yang diberi peluang, dengan penekanan kepada kualiti berbanding kuantiti.

PEKEMA - risau tak kompetitif, keputusan pemberian AP Terbuka kepada Bumiputera perlu dikaji semula 02

"Keutamaan harus diberikan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar layak dari segi pengalaman dan modal," ulasnya.

Bagi anda yang belum tahu, hanya ada 5 syarat untuk memohon AP Terbuka iaitu:

  • 100% oleh Bumiputera
  • Modal berbayar minimum sebanyak RM 1 juta
  • Ahli lembaga pengarah syarikat terdiri hanya daripada Bumiputera
  • Jawatan pengurusan utama dipegang hanya oleh Bumiputera.
  • Syarikat pemohon telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun (tidak semestinya dalam perdagangan automotif)

Juga bacaHR-V dah tak 'rare', CR-V pula besar sangat? Honda ZR-V 'recond' inilah yang rakyat Malaysia mahu!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2024 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda