window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar

Mersita ยท May 31, 2021 05:00 PM

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 01

Pengilang tayar, Goodyear Tire & Rubber Co, sedang berdepan tuduhan eksploitasi buruh di kilang tayarnya di Malaysia susulan aduan difailkan oleh sekumpulan pekerja-pekerja warga asing kilang berkenaan yang terdiri daripada warga Nepal, Myanmar, dan India.

Menurut satu laporan oleh Reuters, tuduhan ini mula didedahkan apabila 185 pekerja asing memfailkan tiga aduan (dua aduan pada 2019, satu aduan pada 2020) terhadap syarikat pengilangan tayar dari Amerika itu atas kesalahan tidak mematuhi perjanjian kolektif antara syarikat berkenaan dan pekerjanya.

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 02

Gambar: REUTERS

Diwakili oleh sebuah kesatuan pekerja dan peguam, kumpulan pekerja yang memfailkan aduan ini mendakwa pihak syarikat tidak memberikan mereka manfaat elaun shif, bonus tahunan, dan kenaikan gaji walaupun kelebihan ini diberi kepada pekerja tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut satu temuramah oleh Reuters bersama enam orang pekerja dan bekas pekerja warga asing serta pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Goodyear dilaporkan melakukan kesalahan memotong gaji secara tidak adil, mengarahkan kerja lebih masa, serta menahan akses penuh kepada paspot pekerja.

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 01

Sharan Kumar Rai, salah seorang bekas pekerja kilang Goodyear berkenaan berkata syarikat itu mempunyai peraturan berlainan untuk kumpulan pekerja tertentu. Beliau telah bekerja di kilang tersebut selama 9 tahun.

Dua daripada kes-kes yang dibentangkan memihak kepada kumpulan pekerja tersebut dan Goodyear diarah membayar semula gaji mereka dan patuh kepada perjanjian kolektif tersebut. Menurut peguam yang mewakili pekerja-pekerja warga asing ini, Chandra Segaran Rajandran, mereka menuntut sekitar RM 5 juta untuk gaji tidak berbayar.

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 02

Gambar: REUTERS

Sekitar 150 keping slip gaji yang dihantar kepada Mahkamah Buruh Malaysia sebagai bukti gaji tidak berbayar menunjukkan bahawa beberapa warga asing bekerja lebih masa (OT) sehingga 229 jam sebulan – melebihi had 104 jam yang ditetapkan di Malaysia.

Namun, pihak Goodyear telah mencabar kedua-dua keputusan mahkamah itu di mahkamah tinggi dan keputusan rayuan dijangka akan diperolehi pada 26 Julai ini. Keputusan bagi kes ketiga pula akan diperolehi tidak lama lagi.

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 03

Menurut keputusan mahkamah tahun lalu, Goodyear Malaysia menegaskan bahawa pekerja warga asing tidak layak untuk diberi manfaat-manfaat tersebut kerana mereka bukannya ahli kesatuan.

Namun, wakil kesatuan memberi keterangan bahawa pekerja warga asing layak untuk menyertai kesatuan pekerja dan layak menerima manfaat tertakluk di bawah perjanjian kolektif syarikat berkenaan walaupun mereka bukan ahli.

Mahkamah pula bersetuju yang skop kerja pekerja warga asing melayakkan mereka untuk menerima manfaat berkenaan.

Pekerja warga asing dakwa kilang Goodyear Malaysia berat sebelah, kerja lebih masa tidak dibayar 04

Kumpulan pekerja warga asing yang memfailkan tuntutan ini dikatakan menerima ugutan dari Goodyear. Tambahan pula, setelah saman difailkan pada Julai 2019, Goodyear meminta beberapa orang pekerja teraniaya ini untuk menandatangani surat persefahaman supaya mereka menarik diri daripada kes ini.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia juga memberitahu akhbar itu bahawa pihak mereka telah menyiasat dan mendakwa Goodyear atas sembilan kesalahan undang-undang buruh yang lain berkaitan tentang waktu kerja berlebihan serta potongan gaji tidak adil.

Peguam yang mewakili kumpulan pekerja warga asing ini mendakwa syarikat berkenaan mengamalkan diskriminasi dengan menidakkan hak pekerja-pekerja yang diwakilinya seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Sumber berita: Reuters

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda