window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa!

Khairil · Jan 19, 2022 12:00 PM

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa! 01

Pelakon versetail, Azhan Rani terbabit dengan kemalangan motosikal berkuasa tinggi, Isnin lepas dan berdasarkan hantaran terbarunya di Instagram, keadaannya stabil sekalipun mengalami kecederaan teruk di bahagian bahu.

Cukup popular dengan watak antagonis Ustaz Hamadi dalam drama Nur 1 dan Nur 2, Azhan berkata kemalangan itu mengakibatkan tulang scapulanya pecah, menurut doktor yang merawatnya.

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan karibnya yang juga pelakon iaitu Beto Kusyairy serta isterinya, Tisha Shahar yang sentiasa mengambil berat mengenai keadaan dirinya.

"Syukur atas izin Allah untuk diri ini terus bernafas," tulis pelakon popular berusia 46 tahun itu.

Juga baca: BMW R 1250 GS milik UTK, memang padu dan menggerunkan!

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa! 01

"Doktor kata tulang scapula aku pecah tapi 2 insan hebat ni jadi tulang belakang aku untuk aku terus berdiri. dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Ilahi buatku. terima kasih sahabat @beto_kusyairy & @tishashahar juga sahabat2 lain yang tak henti2 bertanya khabar. Moga syurga menunggu kalian di sana nanti."

Azhan turut mengucapkan terima kasih atas ingatan kepada semua yang mendoakan keselamatan dirinya.

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa! 02

"Ampun maaf tak dapat nak jawab dan reply (balas) semua. Inshaallah saya ok atas izin Allah. Alhamdulillah."

Berdasarkan Instagram Azhan, antara motosikal yang ditayangkan olehnya adalah Honda CBR1000RR dan BMW R1200GS.

Pelakon Azhan Rani 'pecah tulang scapula' kemalangan motosikal, syukur masih bernyawa! 03

Sementara itu memetik laporan Kosmo!, Beto berkata motosikal kuasa besar yang ditunggang Azhan untuk ke sebuah lokasi penggambaran semalam bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain di Jalan Templer, Rawang. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Dia melambung dan kemudian terjatuh. Nasib baik tak kena bahagian kepala," tulisnya.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda