window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik!

Khairil · Mar 12, 2021 05:00 PM

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 01

Sekatan Jalan Raja (SJR) yang dilakukan Polis Diraja Malaysia adalah antara perkara yang ingin dielakkan bagi pesalah trafik. Malah, bukan saja SJR, kelibat anggota polis itu sendiri boleh membuatkan mereka 'kecut perut'.

Itulah yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal apabila tindakannya cuba mengelak daripada bertemu dengan 'anggota polis' selepas melawan arus berjaya dirakam lensa kamera.

Begitupun lucunya, lensa kamera berkenaan adalah milik produksi drama kepolisian popular tanah air, Gerak Khas dan anggota polis yang ingin dielak itu adalah pelakon Roy Azman dan Dazrin Kamarudin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 01

Sebaik sahaja melihat pelakon yang disangka anggota polis trafik itu, lelaki berkenaan yang merasakan dirinya 'kantoi' secara perlahan-lahan bertindak memusingkan kembali motosikalnya.

Tindakan penunggang motorsikal itu dapat dilihat dengan jelas semasa pelakon itu sedang melakonkan babak mereka.

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 02

Dan rakaman drama itu kemudiannya dikongsikan di laman Tik Tok dan Facebook itu oleh seorang penggunanya, deejayfaz dan menjadi tular yang sekaligus membuktikan ketajaman mata rakyat Malaysia.

Dengan operasi besar-besaran yang dilakukan pihak polis yang membabitkan ubahsuai motosikal ketika ini, tindakan lelaki berkenaan sememangnya dapat dijangka.

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 03

Sekalipun salah, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat penunggang berkenaan.

Malah ramai yang memgakui memahami situasi cemas yang dilalui penunggang motosikal itu apabila melihat dua kelibat anggota polis trafik di hadapannya sekalipun ia hanyalah sekadar sesi penggambaran.

Berikut adalah antara komen mereka. Semoga terhibur.

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 04

Pelakon drama Gerak Khas disangka polis tulen, penunggang motosikal 'kantoi' patah balik! 05

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Tags

View More Tags

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda