window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi

Faisal ยท Dec 31, 2020 09:00 AM

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 01

Selepas melancarkan 5 model pada tahun ini (Accord, Civic facelift, CR-V facelift, City, dan BR-V facelift), semestinya Honda Malaysia tidak mahu ketinggalan di dalam pasaran Malaysia yang cukup hangat ini. Dengan tahun 2021 yang bakal beransur tidak lama lagi, mari kita lihat apa yang akan Honda Malaysia tawarkan buat kita semua.

Honda City RS 2021

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 02

Varian teratas buat Honda City ini akan menjadi pelancaran pertama buat Honda Malaysia untuk tahun 2021. Pelancaran Honda City RS sebenarnya dijadualkan pada Januari 2021 walaupun syarikat ini mempamerkannya sewaktu pelancaran Honda City baharu pada tempoh hari.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 01

Honda City RS di Malaysia mempunyai logo berwarna biru kerana ia sebuah hibrid

Uniknya, Honda City RS menggunakan tren kuasa hibrid penuh i-MMD.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 02

Motor elektrik buat tren kuasa hibrid ini menjana kuasa sebanyak 109 PS dan 253 Nm tork. Menariknya, enjin 1.5L hanya diguna untuk memandu generator bagi menghasilkan kuasa tambahan buat motor elektrik tersebut. Pada masa yang sama, enjin ini boleh memacu roda depan secara terus ketika belayar pada kelajuan tinggi.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 03

Untuk maklumat anda, Honda City RS adalah satu-satunya varian yang hadir dengan sistem bantuan keselamatan Honda Sensing yang penuh dimana ia menggunakan kamera monokular baru dengan sudut yang lebih lebar. Antara ciri yang terdapat dalam rangkaian ADAS ini ialah Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist System, Auto High Beam, dan kamera LaneWatch.

Honda City Hatchback 2021

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 04

Dijangka untuk menggantikan Honda Jazz, Honda City Hatchback nampaknya akan bersaing sengit dengan Toyota Yaris.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 05

Honda City Hatchback yang kelihatan lebih sporty ini membuat debut global di Thailand pada bulan November yang lalu. Maka itu, pelancaran di Malaysia dijangka pada tahun 2021.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 06

Sebagai model yang sama, versi hatchback ini dijangka hadir dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan padanan transmisi CVT. Walau bagaimanapun, enjin 1.0L turbo mungkin tidak diperkenalkan di sini.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 07

Walaupun kelengkapannya mirip Honda City sedan, versi hatchback mempunyai ciri Ultra Seats yang cukup praktikal.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 08

Untuk pengetahuan anda, inilah ciri yang menjadi kekuatan Honda Jazz di Malaysia selama ini.

Honda Odyssey facelift 2021

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 09

Honda Odyssey telah berada di pasaran sejak tahun 2013. Pada tahun 2017, ia menerima kemaskini yang pertama. Beberapa bulan yang lalu, ia dikemaskini buat kali kedua dimana ia kelihatan jauh lebih berbeza.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 10

Kali ini, Honda Odyssey menerima wajah depan yang memperagakan identiti rekaan Honda yang terkini dimana ia menampilkan 4 jalur krom yang disempurnakan oleh lampu LED yang cukup garang. Pada bahagian belakang pula, MPV ini menampilkan grafik lampu LED yang lebih baru.

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 11

Di samping itu, Honda Odyssey 2021 mempunyai ciri yang unik dimana pintu gelangsarnya boleh dioperasi dengan menggunakan isyarat tangan sahaja – macam seorang Jedi di dalam cerita Star Wars.

Pilihan tren kuasa pula masih kekal seperti sebelum ini. Untuk maklumat anda, Honda Odyssey 2021 di Jepun hadir dengan pilihan enjin aspirasi natural 2.4L dan enjin hibrid 2.0L i-MMD.

Honda Jazz dan Honda HR-V

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi 12

Kedua-dua model ini berkemungkinan diganti tidak lama lagi. Honda Malaysia dijangka membuat promosi atau pakej aksesori percuma untuk menghabiskan jualannya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda