window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!

Khairil ยท Aug 19, 2021 09:00 AM

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 01

CFMoto 700CL-X yang dipertontonkan buat pertama kali di pameran EICMA 2019 Itali bakal dilancarkan secara global dalam tempoh terdekat dengan pelancarannya di Malaysia dijadual menyusul pada November ini.

Dianggap sebagai salah satu model terpenting bagi syarikat pengeluar motosikal China itu, CFMoto 700CL-X mendapat respon yang positif terutama dengan rekaannya yang sememangnya mampu menarik perhatian.

Juga baca: Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 01

CFMoto 700CL-X pada awalnya dijadual dilancarkan di pasaran antarabangsa pada tahun lalu namun ia tertangguh susulan pandemik yang melanda.

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 02

Dan ketika pelancaran 700CL-X secara rasmi di pasaran antarabangsa dijangka pada September, pengedar rasmi jenama berkenaan di Malaysia, KTNS Holdings Sdn Bhd mendedahkan model itu akan tiba di tanah air pada November ini.

Harga jualannya juga cukup menarik bagi motosikal dalam segmen 'naked' kelas pertengahan iaitu RM 28,800 (tanpa insurans, cukai jalan).

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 03

Sebelum beralih kepada trenkuasa yang menjana CFMoto 700CL-X, apa yang membuatkan model ini dinanti-nanti adalah rekaannya yang menarik hasil gabungan moden dan retro ala 'Cafe racer'. Rupa menarik itu dikatakan terhasil susulan kerjasama CFMoto dengan syarikat pengeluar motosikal Austria, KTM.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 04

Berbalik kepada trenkuasa, CFMoto 700CL-X menggunakan enjin bersesaran 692 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, EFI Bosch yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan bersama teknologi slipper clutch.

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 05

Kuasa yang dihasilkan adalah kira-kira 73 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.

Suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik dari jenama KYB 41 mm dan monoshock dari jenama KYB boleh laras dan brek cakera depan dan belakang dari jenama J Juan berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 06

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti panel meter digital LCD, sistem lampu LED penuh, cruise control dan port mengecas USB bawah pelana.

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 07

CFMOTO 700CL-X datang dengan tiga varian iaitu Sports, Heritage dan Adventure namun perincian mengenai varian dan pilihan warna yang akan tiba ke Malaysia akan diumumkan ketika pelancarannya.

Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k! 08

Di bawah kami sertakan tunggang uji ekslusif CFMoto 700CL-X oleh Visordown untuk pasaran di United Kingdom yang dijadual dilancarkan pada September ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda